TIDAK ADA TALI YANG LEBIH KUAT DARIPADA TALI SILATURAHIM; TIDAK ADA PINTU YANG LEBIH KUKUH DARIPADA PINTU HATI; TIADA ADA HUTANG YANG LEBIH BESAR DARIPADA HUTANG BUDI; DAN TIADA PEMBERIAN YANG LEBIH BERHARGA DARIPADA PEMBERIAN MAAF.JIKA ADA ORANG MEMAAFKAN KAMU, JANGAN PERNAH SIA-SIAKAN. PENAFIAN: Tulisan sepenuhnya adalah pandangan penulis dan tidak terikat dengan mana-mana pihak, baik yang masih hidup atau yang telah mati.
Showing posts with label PRK -15 Merlimau Melaka. Show all posts

Saturday, February 26, 2011
Friday, January 21, 2011
Jenazah DUN Merlimau di kebumi Tengah Hari ini
MELAKA, 21 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, yang meninggal dunia malam tadi selepas mengalami serangan jantung sejak Sabtu lalu akan dikebumikan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar Putra di sini, Radhuana Salleh berkata Exco Kerajaan Negeri Melaka itu meninggal dunia pada kira-kira pukul 8.10 malam tadi.
Ia membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008.
Petang semalam Allahyarham yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa Melaka, berada dalam keadaan koma serta kritikal, dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan semasa dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU) hospital.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditemui di hospital itu malam tadi berkata, Allahyarham Mohamad Hidhir disahkan meninggal dunia selepas alat itu menunjukkan tanda mendatar.
“Kerajaan negeri, dan bagi pihak semua rakyat negeri ini mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham,” kata beliau dipetik Bernama.
Allahyarham akan dikebumikan hari ini, kata beliau.
Allahyarham dimasukkan ke hospital itu sejak seminggu lepas bagi membersih arteri yang tersumbat selepas mengadu perutnya tidak selesa sejak kembali dari Taiwan pada 13 Januari lalu.
Allahyarham yang berasal dari Kampung Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang periang dan sentiasa mesra dengan penduduk sekitar kawasan yang diwakilinya.
Dilahirkan pada 27 Jun 1956, Allahyarham pernah bertugas di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai pembantu luar dan jawatan terakhirnya sebagai pegawai seranta di Yayasan Melaka sebelum bertanding pada pilihan raya umum 2004.
Allahyarham yang menjadi Naib Ketua Umno bahagian Jasin sejak 2004 itu, memenangi pilihan raya pertamanya menewaskan S. Jayathas dari PKR dengan majoriti 5,087 undi dan pada pilihan raya lepas, beliau menang dengan majoriti 2,154 mengalahkan pencabarnya, Jasme Tompang dari parti PAS.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noor Azian Mohd Ali dan empat orang anak yang berada di sampingnya semasa beliau menghembuskan nafas terakhir.
Mohd Ali berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang dan akan disembahyang selepas solat Jumaat di Masjid Simpang Kerayong sebelum dikebumi di Kampung ChinChin.

PRK ke-15: Kali ini di Merlimau Melaka
PRK DUN N5 Tenang-Labis Johor di mana penamaan calon Sabtu ini (22 Jan) dan pembuangan undi pada 30 Januari bertambah panas lagi-apabila PRK ke-15 bakal diadakan.
PRK-15 kali ini adalah di DUN Merlimau Meelaka. DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan (Gambar) meninggal dunia pada jam 8.10 malam ini di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung semalam.Perkara itu disahkan Ahli parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah.
Beliau merupakan antara pemimpin BN yang berada di hospital berkenaan sejak tengahari.
Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.
Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.
Dilaporkan, Mohamad Hidhir mengalami serangan jantung sebanyak tiga kali dalam tempoh lima hari lalu yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma di hospital berkenaan hari ini.
Mohamad Hidhir dilaporkan mengalami serangan jantung yang pertama pada Sabtu lalu pada kira-kira jam dua petang dan mengalami serangan jantung kedua pada waktu
tengahari, Isnin lalu.
Ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau mendapati Mohamad Hidhir berada dalam keadaan koma sewaktu melawat ADUN berkenaan petang semalam.
"Sewaktu menziarahi beliau sebentar tadi bersama beberapa anggota Exco negeri, beliau berada dalam keadaan koma dan bernafas menggunakan alat sokongan mesin," katanya kepada pemberita di hospital berkenaan.
Ketika ditemui di hospital berkenaan malam ini, Mohd Ali mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Jenazah akan dibawa ke rumah allahyarham sebelum dikebumika menjelang tengah hari.
Antara yang turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham malam ini ialah Speaker DUN Melaka Datuk Othman Muhammad, anggota Exco serta pemimpin BN.
Allahyarham yang berasal dari Kampung Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang periang dan sentiasa mesra dengan penduduk sekitar kawasan yang diwakilinya.
Dilahirkan pada 27 Jun 1956, Allahyarham pernah bertugas di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai pembantu luar dan jawatan terakhirnya sebagai pegawai seranta di Yayasan Melaka sebelum bertanding pada pilihan raya umum 2004.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noor Azian Mohd Ali dan empat orang anak yang berada di sininya semasa beliau menghembuskan nafas terakhir.
Mohd Ali berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang dan akan disembahyang selepas solat Jumaat di Masjid Simpang Kerayong sebelum dikebumi di Kampung Chin Chin.
Merlimau merupakan kawasan majoriti Melayu dengan lebih 64 peratus daripada keseluruhan 10,500 pengundi. Selebihnya terdiri daripada 21 peratus pengundi Cina dan 14 peratus pengundi India.
Mohamad Hidhir mengekalkan kerusi berkenaan pada 2008 apabila menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan memperolehi majoriti undi sebanyak 2,154.
Allahyarham yang menjadi Naib Ketua Umno bahagian Jasin sejak 2004 itu, beliau memperolehi majoriti lebih besar sebanyak 5,087 undi dengan menewaskan calon PKR S Jayathas dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)