Showing posts with label PM Najib. Show all posts
Showing posts with label PM Najib. Show all posts

Sunday, December 07, 2014

Najib Saman Pengeritik- Bukan Cara Yang Betul

DATO Seri Najib Razak, mempunyai berbagai peluang, cara untuk menerangkan/menjelaskan berbagai dakwaan atau semacamnya.

Beliau mempunyai akeses media, beliau boleh sahaja memanggil sidang media, seberapa kerap beliau suka. Beliau juga boleh mempergunakan parlimen untuk menjawab.

Tugas Perdana Menteri adalah untuk menjelaskan kepada pengeritik sesuatu yang tidak jelas, atas sebab pengeritik tidak mempunyai maklumat lengkap berkaitan sesuatu yang dikritik.

Pengeritik biasanya menagacah untuk mengetahui lebih dalam berkaitan sesuatu yang dikritik.

Rakyat melihat/mengadili Perdana Menteri tentang caranya mengatasi kritikan atau dakwaan.

Apa yang dialami Najib pada masa ini, jauh lebih ringan berbanding apa yang dialami Mantan PM Tun Dr Mahathir semasa masih menjadi Perdana Menteri.

Najib mengikut rentak Anwar Ibrahim, sesiapa yang bersuara mengeritik atau membuat dakwaan atau tohmahan, maka jawabnya adalah saman. Mempergunakan pihak lain iatu mahkamah untuk menjawab bagi pihaknya.

Seorang Perdana Menteri mesti incommand, incontrol, bukan terikut-ikut cara orang lain.

Tindakan Najib menyaman Tony Pua dan Rafizi Ramli, lebih banyak membawa negatif pada imej Najib sebagai Perdana Menteri. Rakyat berkata, seorang Perdana Menteri menyaman rakyatnya sendiri.Walaupun dakwaan Tony dan Rafizi itu mengarut. Dakwaan mengarut, kena dijawab dengan fakta yang betul, agar si tukang karut tersipu-sipu malu.

Najib perlu memanafaatkan semua saluran untuk membuat penjelasan, seperti mana dilakukan Tun Dr Mahathir, suatu masa dahulu. Najib kena belajar cara orang tua itu. Jangan hanya petah bercakap berapi-api; tetapi kerusi cepat kosong.

Friday, October 11, 2013

Pembangkang Baru Nampak Kuasa Najib

KALAU dulu, saban hari, macam-macam fitnah pembangkang limpar kepada Perdana Menteri. Mereka spin terus kematian Altantuya. Kini spin itu bagaikan unggun yang tidak berapi lagi, malah asappun tidak keluar lagi.

Sebabnya, selepas pergantian Menteri Dalam Negeri, Daripada Hishamuddin kepada Zahid.

Kini Menteri KDN, tiada istilah amaran lagi. Melanggar undang-undang saja terus libas. Zahid tidak perlu menjaga hati siapa-siapa. Beliau bertindak mengikut undang-undang ada dalam negara.

Disebabkan kegerunan Pembangkang pada Menteri KDN itu, berbagai helah mereka lakukan, termasuk mengedit satu "upload" di Youtube, kononnya Zahid mengeluarkan kenyataan Tembak dulu, tanpa amaran. Malah mereka mengelar beliau sebagai menteri TIGA LINE.

Terkini pembangkang pula secara menyindir, meminta akan bila PM Najib bertindak terhadap Zahid? lihat bagaimana sindirin Latefa Koya, Peguam Kebebasan seperti caption.

Blog Archive