Showing posts with label Osma mati dibunuh. Show all posts
Showing posts with label Osma mati dibunuh. Show all posts

Thursday, May 05, 2011

Cara pembunuhan Osama tidak bertamadun: Tun M

Tun Mahatahir berkata cara Amerika membunuh Osama bin Laden adalah cara tidak bertamadun. Osama seperti diakui oleh Amerika tidak bersenjata semasa diserbu di tempat persembunyiannya di Islamabad Pakistan pada pagi Isnin, namun tetap sahaja ditembak oleh pasukan elit tentara Amerika.

Opreasi membunuh Osama dilakukan oleh sepasukan tentara elit Amerika yang berpangkalan di Afganistan.

Sebelum kejadian, menurut reuters- dua helikopter berlepas daripada waliayah Afganistan, dan masuk ke wilayah Pakistan-tanpa dikesan oleh sistem radar Pakistan, kerana menggunakan anti dikesan radar.

Semasa tiba di tempat persembunyian Osama, salah satu helikopter mengalami kerosakan, sementara yang satu lagi berjaya mendarat di halaman rumah mewah di mana Osama bersembunyi.
Menurut perisikan Amerika, tempat persembunyian Osama tersebut telah dipantau sejak setahun lalu, kerana pasukan perisik Amerika berjaya memintas satu percakapan telipon antara "orang perantara" Osama dengan seseorang pemimpin rangakaian al-Qaeda.

Jenazah Osama sepertimana laporan Amerika telah disemadikan di laut Arab. Cara pengurusan jenazah Osama tersebut mendapat kritikan daripada dunia islam termasuk ulama Malaysia.
Tun Mahathir berkata sudahlah Osama tidak bersenjata dan tidak mengancam nyawa pasukan elit Amerika, namun masih juga ditembak dan mayatnya dicampakkan di laut. Sungguh Tidak bertamdun-demikian kata Mantan Perdana Menteri Malaysia itu.

Tuesday, May 03, 2011

Jenazah Osma ben Laden disemadi di laut

Amerika mengumumkan bahawa jenazah osama ben Laden yang terbunuh di Islamabad Pakistan telah disemadikan di laut.

Menurut pegawai Amerika yang enggan menyebutkan identitinya, terlalu sukar mencari negara yang akan menerima jenazah tersebut, kerana jenazah perlu dikebumikan dalam masa 24 jam.

Di laut mana jenazah Osama di semadikan tidak pula dilaporkan.

Monday, May 02, 2011

Akhirnya Osama ben Laden berjaya dibunuh Amerika juga

WASHINGTON, 2 Mei — Pengasas dan pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama ben Laden telah terbunuh dalam satu serangan Amerika Syarikat (AS) di Islamabad, Pakistan, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama pagi ini (waktu Malaysia).

Jenazah Osama yang menjadi buruan AS sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di ibu negara Pakistan selepas dipantau sejak tahun lalu.

Obama mengesahkan laporan itu menerusi satu ucapan disampaikan ke seluruh negara itu (sekitar 11.30 pagi ini, waktu Malaysia).

Media AS menyiarkan secara langsung ucapan itu.

“Malam ini (waktu Washington), saya boleh melaporkan kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa AS telah mengadakan satu operasi yang membunuh Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda, dan seorang pengganas yang bertanggungjawab ke atas kematian beribu-ribu orang yang tidak berdosa,” kata Obama dalam ucapannya.

Kata Obama, sejurus selepas mengambil alih jawatan presiden pada Januari 2009, beliau telah mengarahkan Pengarah CIA Leon Panetta untuk menjadikan penangkapan atau pembunuhan Osama sebagai keutamaan perang mengatasi Al-Qaeda.

“Kemudian pada Ogos lalu, selepas kerja penat bertahun-tahun oleh komuniti risikan kita, saya diberi taklimat mengenai kemungkinan tangkapan Osama. Ia jauh daripada kepastian. Dan, ia mengambil masa berbulan untuk mengadakan operasi ini.

“Saya berulang kali bertemu dengan pasukan keselamatan saya ketika kami menghimpunkan lebih banyak maklumat mengenai kemungkinan bahawa kami telah mengesan tempat perlindungan Osama di satu kawasan dalam Pakistan,” katanya.

Kemudian pada minggu lalu, kata Obama, beliau pasti bahawa AS mempunyai maklumat secukupnya untuk mengambil tindakan dan telah memberi kelulusan bagi operasi membawa Osama ke muka pengadilan.

“Hari ini, atas arahan saya, AS melancarkan opersi yang disasarkan ke atas kawasan di Abad Abad, Pakistan,” kata Obama lagi.

“Selepas kejadian tembak-menembak, mereka membunuh Osama dan memperoleh jenazahnya,” katanya.

Osama mendahului senarai teratas orang dikehendaki oleh Washington sejak lebih satu dekad lalu.

Dalam pada itu laporan Reuters pula menyebut, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat hari ini jenazah Osama telah dikesan oleh pihak berkuasa negara itu.

Laporan itu juga menyebut ia dilihat satu pencapaian besar bagi pentadbiran Obama dan pasukan keselamatan kebangsaannya.

Bekas Presiden George W. Bush telah berulang kali tertekad untuk membawa Osama, yang dilabel sebagai dalang peristiwa 11 September, sebelum tamat tempoh perkhidmatannya pada Januari 2009.

Obama menggantikan Bush pada awal 2009.

Osama, kelahiran Arab Saudi, berjaya membolosi buruan askar Amerika Syarikat dan militia Afghanistan di kawasan pergunungan Tora Bora sejak 2001.

Usaha mengesan Osama menjadi ‘dingin’ selepas beliau dikatakan hilang dan banyak maklumat risikan rasmi percaya beliau berselindung di Pakistan.

Sejak itu, Osama mencemuh Barat dan menyebarkan pandangan Islam militannya menerusi rakaman video.

Selain serangan 11 September, Osama juga dipertanggungjawabkan sebagai dalang serangan bom ke atas Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998 dan ke atas kapal perang USS Cole di Yemen dua tahun kemudian.

Blog Archive