Showing posts with label Najib. Show all posts
Showing posts with label Najib. Show all posts

Monday, September 03, 2012

Mengapa Pembangkang pijak gambar Najib?

DISEBABKAN mereka tahu bahawa sokongan rakyat majoriti berpihak kepada Perdana Menteri.

Pembangkang tahu bahawa kepopularan Najib jauh melebihi gabungan Anwar, Nik Aziz, Lim Guan Eng.

Pembangkang tahu, mereka tiada peluang menang dan merampas Putrajaya pada PRU-13.

Melihat sambutan rakyat terhadap Najib, di mana-mana sahaja di negera ini, daripada Perlis hinggalah ke Sabah, sungguh luarbiasa, pembangkang mati akal, sehingga emosilah yang menguasai mereka.

Tindakan mereka membangkitkan kebencian dan kemarahan terhadap PM, bukan sahaja memakan diri sendiri, malah rakyat jelata semakin simpati terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Tuesday, August 30, 2011

Benarkah populariti Najib menjunam?

Ada kebenaran kah kajian yang dilakukan oleh Merdeka centre? Semasa PRN Sarawak-pengkaji yang sama membuat ramalan, bahawa PR sekurangnya mendapat 40 kerusi, namun kenyataannya hanya 16.

Kali ini, kajian itu mendapati bahawa taraf kepopularan Najib telah menjunam daripada 72 kepada 59. Alasan yang digunakan adalah kesilapan pentadbiran Najib menangani Bersih2.0 dan trend kenaikan harga barangan dalam negara. Selain itu, kononnya Najib tidak mempunyai iktizam politik kerana PM itu berkata-penubuhan selcet commitee parlimen mengenai Pilihanraya tiada kaitan dengan pembubaran parlimen.

Bagi AYT sebab-sebab kenapa kepopularan Najib menjunam bukan berpunca kepada dua perkara yang ditimbulkan oleh kajian itu, sebaliknya persepi rakyat biasa yang menyelubungi Najib sendiri.

Aktiviti menonjol isterinya lebih membawa banyak negatif kepada kerajaan berbanding isu budak-budak Tingkat4 yang mengakibatkan BN kehilangan kuasa 2/3 di parlimen.

Selain itu, penumpuhan pembangunan di kawasan yang dikuasai pembangkang telah membawa mesej yang salah, kerana bagi mereka yang mengundi kerajaan merasa dianak tirikan.

Bagi kawasan AYT sendiri, dimana BN tidak pernah kalah, mesej akar umbi kali ini, kerajaan pusat tidak banyak membantu penduduk luar bandar. Taraf kehidupan rakyat semakin parah disebabkan tiada kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan mereka. Benar ada projek-projek besar di bandar, tetapi itu hanya menguntungkan kontraktor-kontraktor besar yang tiada kaitan dengan peningkatan pendapatan penduduk majoriti.

Monday, August 29, 2011

Najib semakin tidak popular

Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menurut laporan terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center.

Menurut Merdeka Center kemerosotan itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat apabila pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik baru-baru ini.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.

Hasil kajian turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Selain itu hampir setengah (49 peratus) dari responden menyatakan mereka memahami permintaan BERSIH 2.0 mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya negara ini.

Hanya 39 peratus yang puas hati dengan cara kerajaan mengawal isu berkenaan BERSIH dengan 48 peratus menyatakan sebaliknya.

Lebih menarik, majoriti bersetuju dengan beberapa permintaan BERSIH 2.0. Lebih dua pertiga menyatakan sokongan membenarkan pemantau dari dalam dan luar negara memantau pilihan raya kita (70 peratus), membenarkan akses media kawalan kerajaan kepada pembangkang untuk kempen pilihan raya (68 peratus), penggunaan dakwat kekal (70 peratus) dan pembersihan daftar pemilih (88 peratus).

Hasil kajian ini juga menunjukkan rakyat Malaysia masih berbelah bahagi dalam pelbagai isu penting dengan hanya 51 peratus, berbanding 54 peratus Mei lalu yang bersetuju bahawa negara ini menuju ke arah yang betul.

"Kajian menunjukkan kebimbangan awam masih berkaitan ekonomi dengan 38 peratus menyatakan demikian diiikuti masalah sosial - 10 peratus. Isu kebimbangan berkaitan politik pula di tangga ketiga dengan 9 peratus dan berkenaan jenayah dan keselamatan awam, 7 peratus," mengikut laporan tersebut.

Kajian ini melibatkan 1,027 responden dengan agihan kaum 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India. Mereka dipilih mengikut metodologi sampel berdasarkan etnik, umur, jantina dan negeri kelahiran dari seluruh semenanjung.

Monday, August 01, 2011

Najib jalani pembedahan kecil di HKL

Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya awal pagi ini.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam.

Khamis lepas semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas.

Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.

Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990. Bernama

Blog Archive