Showing posts with label Musa Hassan. Show all posts
Showing posts with label Musa Hassan. Show all posts

Thursday, December 06, 2012

Buku: 50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM-Tiada yang mengarah untuk siasat: Tan Sri Musa Hassan

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menegaskan beliau tidak pernah diarahkan oleh sesiapa untuk membuka kertas siasatan ke atas buku 50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM pada sekitar tahun 1998.

Menurutnya, siasatan ke atas buku itu hanya dijalankan apabila terdapat laporan polis dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan timbalan perdana menteri pada masa itu

"Dalam kes itu saya tak diarah sesiapa kerana yang buat laporan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri," katanya.

Tambahnya, beliau ada memberikan taklimat kepada Anwar berkenaan perkembangan kes itu pada peringkat awal siasatan.

Beliau bagaimanapun berhenti berhenti berbuat demikian kerana timbul konflik kepentingan.

Jelasnya, bekas timbalan perdana menteri itu merupakan pengadu kes dan pada masa sama terdapat laporan polis lain terhadap Anwar, kata Musa.

"Masa permulaan, ya betul (saya jumpa beliau) untuk maklum (siasatan kes)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas wacana Sinar Harian di Shah Alam petang tadi.

Musa sebelum ini meraih kontroversi berhubung dakwaannya mengenai campur tangan menteri sewaktu beliau memikul tanggungjawab sebagai ketua polis negara.

Dalam laporan Sinar Harian hari ini, beliau memberi contoh camputangan menteri berkenaan dalam operasi polis dalam menangani perhimpunan BERSIH.

Katanya, campur tangan berkenaan antara lainnya menyebabkan "orang di bawah pening kepala nak buat kerja".

Musa pernah bertugas di bawah Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sewaktu menjadi ketua polis negara.

Musa juga merupakan pegawai penyiasat dalam kes salah guna kuasa Anwar dengan mengganggu siasatan polis dalam kes Liwat I – yang mana bekas timbalan perdana menteri itu didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada 14 April 1999.

Wednesday, October 17, 2012

Mantan IGP Musa Hassan-Nafi Masuk PAS

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dengan keras khabar angin yang mengatakan beliau akan menyertai Pas atau mana-mana parti.

Malah beliau juga menegaskan, keputusannya menarik balik saman ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam tiada kaitan dengan khabar angin dan spekulasi kononnya akan menyertai parti politik pembangkang termasuk Pas.

“(Khabar angin) tidak ada kaitan dengan kes semalam,” kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Ketika ditanya dakwaan dan spekulasi di laman siber bahawa beliau akan menyertai Pas, Musa yang bersara sebagai Ketua Polis Negara akhir 2010 berkata: “Itu tidak benar."

"Kalau cerita-cerita yang keluar di Internet tu, tahu sahajalah kebenarannya.

“Lagipun sama ada Pas ataupun Umno, tidak ada sesiapa pun yang datang berjumpa saya untuk menawarkan keahlian,” kata beliau lagi.

Semalam, Musa menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, berhubung siasatan insiden 'mata lebam' pada 1998.

Keputusan itu dicapai dan diputuskan di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad semasa prosiding hari pertama perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memutuskan kes itu dibatalkan tanpa sebarang kos.

Musa menjelaskan, sejak mula berkhidmat sebagai anggota polis, beliau tidak pernah terlibat atau menyatakan sokongan terhadap mana-mana parti politik.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menyertai Pas jika ada tawaran, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh cakaplah tentang perkara di masa depan.

“Pada diri saya, saya bebas dan undi saya adalah rahsia jika ditanya tentang parti mana yang akan saya pilih pada pilihan raya,” kata beliau yang kini mengajar secara kontrak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Blog Archive