Showing posts with label Low Yat Plaza. Show all posts
Showing posts with label Low Yat Plaza. Show all posts

Monday, July 13, 2015

Hp Oppo Boleh Menyatukan Melayu?

1. Hanya kerana mencuri telepon bimbit OPPO boleh menyatukan melayu. Penyatuan itu bukan melalui tindakan terpuji, akan tetapi spontan yang sepatutnya tidak perlu berlaku.

2. Rakyat Malaysia mungkin terlalu kenyang dengan kenyataan khyalan, sehingga jika berlaku sesuatu diluar kebiasaan, akan menyebabkan mereka bersatu.

3. Akibat tindakan 7 pemuda pada petang Sabtu di Low Yat Plaza Bukit Bintang dan berlarutan sehingga pagi pada Ahad, bukan sahaja kerugian harta benda juga masa dan tenaga pihak berkuat kuasa seperti Polis.

4. Apa yang malang ada pihak-pihak tertentu mengambil peluang keadaan itu mengapi-apikan perkauman, malah salah seorang pemimpin DAP menduduh polis bertindak perkauman semasa kejadian tersebut..

5.Kejadian mencuri telepon bimbit OPPO yang menyebabkan ratusan kaum melayu membela pencuri dan menyalahkan peniaga cina sebagai biang kerok kejadian tersebut merupakan satu tindakan tidak bertamadun yang masih terdapat di negara yang telah merdeka lebih setengah abad.

6. Malaysia menjadi sorotan dunia hanya kerana kejadian yang salah. Malaysia menjadi bualan dunia kerana 1MDB, kerana RM2.6bilion masuk ke akaun Perdana Menteri dan sebelum ini kerana RM250juta NFC.

Terkini Pergaduhan di Low Yat Plaza Bukit Bintang Kuala Lumpur

Pihak Polis sedang berjaga-jaga di Low Yat Plaza
1. Akibat pekedai handphone yang menipu pelanggan, maka berlaku lah serangan ke atas kedai penjual handphone Oppo yang berlokasi di Low Yat Plaza, bukit Bintang petang semalam.

2. Pergadauhan itu melarat sehingga kini, dan dikhabarkan ada beberapa orang tercedera daripada kedua belah pihak.

3. Di laman sosial ada yang menggambarkan bahawa persistiwa 13 Mei 1969 kemungkinan akan berulang dan bermula pada kejadian ini.

4. Pihak polis "down play" kejadian, dan membuat kenyataan, pergaduhan bukan kerana perkauman, akan tetapi hanya pergaduhan biasa.

5. Setakat ini, pihak polis mampu menangani pergaduhan tersebut.

Blog Archive