Showing posts with label Khalid Samad. Show all posts
Showing posts with label Khalid Samad. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Khaild Samad phobia sangat dengan Dr Hassan Ali

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa pada Jumaat menegaskan tidak wujud sebarang komplot untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Sebaliknya yang kedengaran ialah mereka di sekeliling Datuk Menteri Besar Selangor yang cuba menjatuhkan beliau (Abdul Khalid)," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Mohamad Adzib berkata demikian bagi menjawab segala dakwaan kononnya wujud konspirasi politik bagi menjatuhkan Menteri Besar Selangor semasa pertemuan MAIS dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam sebagaimana yang didakwa Anggota Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad.

Pengerusi MAIS itu menjelaskan, MAIS mengadakan perjumpaan dengan 45 buah NGO Islam pada 5 Ogos lepas bagi memberi penerangan dan penjelasan berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan menegaskan ia tiada kena mengena dengan dakwaan bahawa perjumpaan itu bertujuan menjatuhkan Khalid.

Mohamad Adzib berkata, perjumpaan dengan NGO Islam itu dipengerusikan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan dihadiri beliau selaku Pengerusi MAIS, Pengarah JAIS, Marzuki Hussin dan Penolong Penasihat Undang-undang Negeri.

Agenda perjumpaan itu, jelasnya, antara lain ialah ucapan Dr Hasan sendiri, taklimat dan tayangan video oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS serta sesi soal jawab.

"Tohmahan yang dilemparkan oleh YB Khalid Samad tersebut amat tidak bertanggungjawab dan bertujuan mengelirukan masyarakat Islam terutamanya di negeri Selangor," kata Mohamad Adzib lagi.

Beliau berkata, dalam hal ini, MAIS akan merujuk kepada peguam untuk menentukan sama ada satu tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Anggota Parlimen PAS itu berhubung segala tohmahan yang dilemparkannya.

Mohamad Adzib dalam kenyataan itu turut berkata, institusi-institusi Islam di Selangor seperti JAIS, Lembaga Zakat Selangor, masjid dan surau tidak boleh digunakan bagi tujuan politik oleh sesuatu kumpulan, individu atau pihak tertentu.

"Inilah yang berlaku selama ini di mana pihak atau parti politik tertentu menjadikan institusi-institusi agama sebagai tapak menyebarkan agenda politik masing-masing yang boleh mencemarkan kredibiliti institusi tersebut termasuklah kesucian rumah ibadat," katanya

Friday, July 23, 2010

Khalid Samad Mahukan Pemimpin Pas Tidak WALA Dipecat Daripada Pas

PAS diingatkan supaya bertindak tegas terhadap pemimpinnya yang mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bagi meminta beliau mengusahakan kesatuan parti itu dengan Umno.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata sekiranya terdapat mana-mana pemimpinnya terlibat walaupun atas kapasiti peribadi, pemimpin berkenaan boleh dikatakan tidak wala' (setia),

"Ini kerana dasar parti jelas dan ditegaskan dalam tiga muktamar berturut-turut. Kukuhkan Pakatan Rakyat dan tolak perpaduan dengan Umno!" kata Khalid tanpa menyebut secara langsung nama pemimpin itu.
Setakat ini, isu pertemuan yang didedahkan Harussani itu masih menjadi misteri apabila mufti veteran itu memilih tutup mulut berhubung perkara itu.

Bagaimanapun tersebar di laman-laman blog dan menjadi buah mulut di kalangan pemimpin akar umbinya bahawa pemimpin yang dimaksudkan ialah pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Dr Hasan yang juga exco kerajaan negeri sendiri setakat ini belum tampil mengesah atau menafikan dakwaan itu.

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid berkata, tindakan "pemimpin itu" menyulitkan PAS, mengelirukan ahli-ahli dan menimbulkan fitnah di kalangan parti-parti rakan dalam Paktan.

Tambahnya, tindakan tersebut berpotensi untuk melemahkan Pakatan dan pastinya disahut oleh musuh politknya Umno dan parti komponen dalam BN.

"Pemimpin tersebut patut diberi surat tunjuk sebab. Dan sekiranya didapati benar beliau bertemu dengan tujuan tersebut (menyatupadukan Umno-PAS), maka beliau patut diminta tinggalkan parti.

"Dan sekiranya enggan, (hendaklah) dipecat dari parti," katanya lagi.

Khalid - kini masih digantung sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS - berkata sekiranya pertemuan itu benar-benar berlaku ia merupakan sesuatu yang malang kerang masih ada pemimpinnya "menganggap Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu".

"Ini bermakna ada pimpinan yang 'tidak cukup tarbiahnya' (didikan) dan oleh itu mereka perlu diturunkan daripada kedudukan mereka sebagai pemimpin.

"Mereka bukanlah seperti saya, seorang ahli biasa (sehingga hujung bulan ini) tetapi mereka 'pemimpin' dan oleh itu perlu dipertanggung-jawabkan atas tindakan mereka dengan lebih tegas lagi.

"Kalau tidak, maka (PAS) akan semakin celaru," tambahnya.

Sunday, January 31, 2010

Khalid Samad Kini Beralih Ganyang Umno Dah Puas Dengan Hassan Ali

Betul kah Khalid Samad tidak kecewa walaupun digantung jawatan sebagai Yang DiPertua Pas Shah Alam dan Ahli Lujnah Politik Pas Pusat selama enam bulan berkuatkuasa semalam?.

"Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minimum saya telah pun tercapai," katanya di dalam laman blog beliau www.khalidsamad.com.

Matalamat saya agar Hassan Ali diberi kata dua oleh parti. Itu sudah tercapai. Hassan Ali tidak boleh lagi mengaku bahawa semua tindak tanduknya mendapat restu pemimpin pusat.

Pada masa ini "saya akan menumpukan masa pula mengganyang umno sehingga umno tersunggkur" demikian akuan Khalid.

AYT ingin tanya pada Khalid ini, kamu nak ganyang UMNO? selama ini pun kerja Pas hanya ganyang Umno. Kerja Pakatan hanya ganyang Umno. Bagi Pakatan Umno adalah punching bag.

Isu pakatan hanya: SEMUA MASALAH DALAM NEGERA INI DISEBABKAN OLEH UMNO.

Gereja dirosak, Pakatan kata disebabkan oleh Umno.Zaharin kata Lim Guan Eng diktator,komunis Pakatan kata disebabkan oleh Umno.

Anwar melakukan kerja liwat juga disebabkan oleh Umno.

Orang kristian mahu menggunakan kalimah Allah juga kerana Umno.

Pemimpin Pakatan rasuah dan salahguna kuasa juga kerana Umno.

Wahai Khalid (mengelar diri pula semacam Khalid Al-Walid), kamu siapa mengganyang Umno.

Wahai Khalid, sebelum kamu jadi ahli politik, kamu bekerja pada Petronas. Kamu jadi kaya kerana Petronas. Kalau bukan kerana hasil daya Umno, Petronas tidak akan wujud dalam negara ini.

Rakyat dah tahu kamu Khalid.. kamu berjuang demi politik, sehingga akidahpun kamu korbankan. Laporan Zulkefli Nordin dan 16 NGO mengenai kamu kerana kamu menghina MAIS dan JAIS termasuk Sultan Selangor masih menunggu.

Parti kamu hanya memberikan kamu 6 bulan untuk tidak aktif, kata kamu itu tidak penting,kerana bagi kamu, sosok tubuh kamu seorang lebih berkuasa daripada parti kamu. Kerana itu, apabila parti kamu gantung kamu, kamu kata tak ada kesan.

AYT nak tunggu,apa kah kamu boleh menang pada PRU akan datang? masa akan menentukan.

Blog Archive