Showing posts with label Kenaikan Harga Minyak. Show all posts
Showing posts with label Kenaikan Harga Minyak. Show all posts

Friday, January 10, 2014

Kesan kenaikan Harga Minyak

KENAIKAN harga minyak sudahpun terasa bahangnya. Kehidupan semakin mahal. Nilai wang semakin mengecil. Kata orang, terima kasih kepada kerajaan, kerana mengurangkan beban mengangat barang ketika beli belah di pasar raya atau pasar-pasar awam. Sebabnya, kalau dahulu wang sama boleh beli barang yang lumayan, namun pada keadaan sekarang, hanya sedikit (seperti pada kaption).

Kerajaan mengambil langkah merasionalisasikan subsidi; untuk mengurangkan defisit kewangan negara; melalui pengurangan tanggungan subsidi dan mendapat tambahan hasil cukai.

Selain itu, untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, Perdana Menteri mengumumkan 11 langkah penjimatan, termasuk mengurangkan gaji Menteri dan Pegawai Awam Jusa C ke atas.

Bagi mengetahui kesan kenaikan harga barang, Kerajaan Negeri Sabah misalnya menubuhkan Jawatan Kuasa khas bagi memantau kenaikan harga barang. Namun, jawatan kuasa itu, tidak diketahui setakat mana bidang kuasanya. Apa kah hanya memantau? dan kemudian menyalurkan kepada kerajaan maklumat untuk membolehkan kerajaan mengubal dasar untuk mengatasinya?.

Pengurangan defisit perbelanjaan negara, seolah-olah menjadi hantu kepada kerajaan; antara sebabnya, apabila pada tahun 2013, kerajaan gagal memenuhi target mengurangkan defisit kepada 4.5 peratus; atas sebab itu, kerajaan sangat terdesak mencapainya pada tahun fiskal 2014.

Laporan The economic Disember 2013, ada melaporkan, bahawa kerajaan Persekutuan mengambil langkah menjual asset negara, pensekuritian harta gadaian negara, demi menampung defisit kewangan.

Kerajaan begitu terdesak sekali, mengurangkan defisit negara, atas sebab itu mengambil langkah-langkah termasuk merasionalisasikan subsidi, kenaikan tarif litrik dan kenaikan bayaran tol leburraya.

Sesuatu yang perlu diterima rakyat akibat langkah-langkah kerajaan mengurangkan defisit adalah kenaikan harga barangan, di mana akibatnya sara hidup juga turut naik. Berbagai implikasi yang berlaku, kerana hanya mengrasionalisasikan subisidi; termasuk inflasi (mengecilnya nilai mata wang ringgit). Mata wang ringgit yang mengecil, bukan sahaja kerana akibat kenaikan harga barangan, akan tetapi juga merosotnya nilai wang negara berbanding mata wang asing, seperti dollar Amerika, dollar Australia atau Yen.
 
Kerajaan berada di persimpangan seperti Menalan mati emak, meluah mati bapa; namun hakekat yang perlu diambil, adalah agar negara tidak menjadi Greece di rantau ini.

Friday, December 27, 2013

Sara Hidup Naik: Nak Kata Apa Lagi


SARA HIDUP NAIK, nak kata apa lagi.

Biang kerok kepada kenaikan sara hidup dikatakan sebagai implikasi daripada pengurangan subsidi minyak, gula dan dituruti kenaikan tarif litrik.

Sebenarnya, kenaikan sara hidup di negara ini yang berlaku dengan mendadak, hanya ekoran pengurangan subsidi minyak dan gula, sebenarnya satu ciptaan pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam semua rangkaian perniagaan.

Satu fakta perlu diketahui, bahawa mereka yang terlibat dalam semua sektor perniagaan ini, rata-rata penyokong pembangkang. Kenyataan ini, disokong oleh fakta, bahawa sejak beberapa dekad, kawasan perdagangan dalam negera seperti kawasan Bukit Bintang, Chow Kit, Petaling Street, atau bandar-bandar besar adalah kawasan pembangkang.

Pembangkang telah mengkaji, menaikan emosi rakyat sahaja melalui permainan politik, tidak akan mampu memenangkan mereka dalam sistem demokrasi. Untuk itu, mereka melaksanakan pelan B mereka, yakni menimbulkan kersesahan, akibat kenaikan sara hidup.

Kenaikan sara hidup akan dirasai oleh penduduk luar bandar, di mana pengundi di kawasan ini merupakan simpanan tetap barisan nasional. Pada PRU-13 lalu, kerana sokongan penduduk luar bandar, maka BN mampu mendapat 133 kerusi berbanding Pakatan Rakyat 89. Adalah satu kenyataan, bahawa kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat adalah kawasan Bandar, dan kawasan perdagangan.

Oleh kerana kegiatan perdagangan berpusat di bandar-bandar utama, dan pelakunya adalah penyokong pembangkang, maka mereka mencipta suasana kepanikan kepada rakyat dengan memanipulasi harga barangan, dan menyalahkan kerajaan kerana bertindak mengurangkan subsidi.

Sebenarnya, kenaikan harga minyak tidak selalunya benar berkorelasi langsung dengan harga barangan. Contohnya apabila pada tahun 2006, harga minyak dinaikkan, dan kemudian peniaga memberi reaksi menaikan harga tanpa terkawal, menyebabkan kerajaan menurunkan semula minyak ke harga asal. Namun, harga yang sudah naik itu tidak juga turun pada harga asal, melainkan terus bertahan sehingga kini, malah terus meningkat.

Sebenarnya pihak tertentu dalam rangkaian perniagaan menanti peluang, apabila subsidi minyak dikurangkan atau tarif litrik dinaikkan. Dengan tindakan itu, maka mereka dapat meneruskan agenda tersembunyi dan tersusun mereka, untuk menjatuhkan kerajaan melalui kemarahan rakyat.

Kini mereka, mengwar-warkan, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak mengotakan janjinya seperti terdapat dalam manifesto PRU-13; malah mereka mendakwa bahawa kini kerajaan takut digulingkan.

Pembangkang sebenarnya telah mengenal pasti, bahawa tanpa sokongan pengundi luar bandar, maka mereka tidak akan mampu menang. Atas sebab itu, mereka mempergunakan kekuatan pada mereka, yakni kekuatan menguasai perdagangan.

Percayalah tindakan mereka ini, selain membangkitkan kemarahan rakyat, juga bertujuan keuntungan. Yakinlah apabila harga naik, maka sukar untuk diturunkan, oleh mana-mana kerajaan, sekalipun Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Persekutuan; kecualilah mereka yang telah berpakat ini, berkorban pula, untuk menurunkan harga, demi menyelamatkan kerajaan yang dirancang oleh mereka. Keadaan itu, tidak akan berlaku dalam dunia perniagaan, kerana dunia perniagaan dipenuhi dengan kerakusan dan ketamakan. Akhirnya, rakyat juga yang menderita, kerana rakyat adalah mentimun, berdepan dengan durian.

Saranan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, agar kerajaan mencari jalankan menurunkan kos, dapat dilakukan, jika kerajaan melaksanakan monopoli bagi semua jaringan perniagaan yang melibatkan barangan keperluan asas. Kerajaan boleh mengurangkan kos, melalui pengurangan kos penyimpanan, pengangkutan, kerana ianya dilakukan dalam bentuk lambak atau volume yang besar.

Selagi, barangan keperluan asas, dikuasai oleh pihak-pihak tertentu yang bermotifkan keuntungan semata-mata, kerajaan tidak akan mampu membendung kenaikan harga barangan dan pada giliriannya terus menaikan sara hidup.

Kepada kerajaan, bertindaklah daripada sekarang sebelum terlambat, kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Thursday, September 05, 2013

Harga Minyak Naik: Kerajaan Jimat RM3.3bilion!!!

ANGKA RM3.3bilion untuk seseorang atau negeri, memang suatu angka yang besar, namun bagi sebuah negara angka itu sebenarnya tidak signifikan, kerana angka itu hanya 0.51 peratus daripada hutang negara yang berjumlah RM653 bilion.

Selama mana? atau signifikan mana penjimatan yang dilemparkan kepada rakyat itu boleh membantu perekonomian negara, terutama untuk mengurangkan hutang negara? 

Perdana Menteri pada Isnin semasa mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel, walaupun hanya 20 sen, Najib memberi alasan, "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara." 

Dalam pengertian AYT, penjimatan sebesar RM3.3 bilion kerana kenaikan harga minyak sebesar 20 sen mempunyai impak yang sungguh besar kepada perekonomian negara. Pengertian itu, seiring dengan kenyataan Perdana Menteri, bahawa penaikan harga minyak perlu dilakukan, kerana kalau tidak, maka boleh menganggu kedudukan kewangan negara secara keseluruhan.

Memang angka RM3.3 bilion merupakan 13.36 peratus daripada jumlah tanggungan subsidi minyak negara yang berjumlah RM24.7 bilion; akan tetapi angka itu jika dibandingkan dengan hutang negara amatlah kecil, tidak sampaipun 1 peratus.

Jikalah alasan yang diberikan dari awal-awal lagi, bahawa pengurangan subsidi minyak adalah dalam rangka mengurangkan defisit kewangan negara, walaupun kelihatan kecil, namun ianya juga mempunyai impak dalam jangka panjang.

Namun yang mendukacitakan, bahawa penekanan yang diberikan adalah, kenaikan harga minyak, kerana kerajaan akan menaikan nilai BR1M. 

AYT difahamkan bahawa tujuan BR1M adalah untuk mengurangkan beban sara hidup rakyat terutama keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Namun, disebabkan penambahan nilai BR1M diambil daripada penjimatan subsidi minyak dengan cara menaikan harganya, maka tujuan pemberian BR1M itu, tidak akan memenuhi matalamatnya. Atas sebab, dengan kenaikan harga minyak, sudah tentunya harga barangan keperluan rakyat akan turut juga naik.

Selepas Perdana Menteri membuat pengumuman, Timbalan Menteri Kewangan mengeluarkan alasan bahawa walaupun harga minyak dinaikan, namun kedudukan harga minyak negara masih dalam kedudukan ke-8 di dunia atau ke-2 di ASEAN.

Malangnya, kenyataan itu, mengelirukan, kerana seolah-olah menyembunyikan fakta sebenar. Sepatutnya, alasan seperti itu, tidak perlu, kerana rakyat mengetahui kedudukan harga minyak di negara-negara jiran malah dunia. Kenapa perlu melihat harga minyak di negara Singapura atau Filipina, sedangkan negara itu tiada sumber minyak? 

Sepatutnya kerajaan memberi alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.

Di masa akan datang, apabila menteri-menteri atau pemimpin kerajaan memberi kenyataan yang boleh mengundang emosi rakyat seperti kenaikan harga minyak, perlu berhati-hati agar supaya kenyataan-kenyataan itu tidak  bergema negatif bagi pengertian rakyat.

Akibat Kenaikan Harga Minyak Tahun 2006: PRU-12 BN Hampir Kecundang

HAKEKAT perlu diterima, bahawa hampir kalahnya BN pada PRU-12 (Tahun 2008), kerana faktor kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga yang mendadak tahun 2006. 

Pada tahun 2006, kerajaan dengan pantas menaikan harga kepada RM2.70 seliter, kenaikan RM1.38 atau 104.55 peratus daripada RM1.32 seliter.

Akibat kenaikan harga minyak itu untuk beberapa waktu, maka harga barangan termasuk makanan pokok rakyat mendadak naik tanpa kawalan, sehingga berlaku seperti Free For All.

Melihat kegelisaaan rakyat, kerana harga barangan yang mahal, maka kerajaan mengambil keputusan menurunkan semula harga minyak, keparas RM1.70 bagi RON 95, manakala RON97 diapungkan sesuai dengan harga pasaran dunia.

Kata orang kerosakan telah berlaku, walaupun harga minyak diturunkan semula, barangan yang telanjur naik, tidak pernah lagi kembali ke harga asal.

Apabila kerajaan meminta mandat  rakyat pada tahun 2008, kurang setahun daripada mandat yang diberikan pada tahun 2004, di mana BN bukan sahaja menang, malah mendapat kerusi lebih 2/3 kerusi Dewan Rakyat; rakyat berbicara; keputusannya adalah Tsunami politik kepada BN.

Daripada segi politik, ramai yang menganggap bahawa kemenangan BN yang begitu hebat pada PRU-2004, kerana ketokohan Datuk Seri Abdullah Badawai yang mengambil jawatan Perdana Menteri pada Oktober tahun 2003, daripada Perdana Menteri keempat negara, yang juga Perdana Menteri terlama negara-Tun Dr Mahathir Mohammad.

Memang benar berlaku tunjuk perasaan daripada BERSIH dan Hindraff pada bulan November tahun 2007, yang menyudutkan pemerintahan Abdullah Badawi; namun perkara sebenarnya yang berlaku di peringkat akar umbi adalah kemarahan rakyat akibat kenaikan harga barangan dimana sekaligus meningkatkan sara hidup rakyat.

Perasaan marah rakyat akibat kenaikan harga barangan kerana kenaikan harga minyak tahun 2006, merupakan punca sebenar, mengapa rakyat hampir menolak kerajaan Bn pada PRU-2008.

Tsumani politik yang berlaku pada BN tahun 2008, di mana parti yang memerintah negara itu sejak merdeka bukan sahaja kehilangan 5 negeri, termasuk Wilayah Persekutuan dan gagal berbuat apa-apa di Kelantan akan tetapi juga kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, sepertimana PRU tahun 1969.

Sensitifnya harga minyak kepada rakyat, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim mempergunakan isu itu bagi mendapat sokongan. Kata Anwar, sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, maka esok harinya semua harga minyak akan diturunkan, walaupun angka penurunan itu tidak pernah dijelaskan.

Visi pembangkang menurunkan harga minyak, sebaik sahaja memerintah negara, sedikit sebanyak mengikat rakyat yang telah marah kepada kerajaan BN pada tahun 2006 dan sokongan itu terus terbawa-bawa sehingga PRU-13.

Pada PRU-12, yakni tahun 2008, BN mendapat 140 kerusi berbanding DAP-PKR-PAS 82, manakala pada PRU-13 (Tahun 2013), BN mendapat 133 kerusi berkurang 7 kerusi, manakala Pakatan Rakyat (gabungan tidak rasmi tiga parti pembangkang) mendapat 89 kerusi Dewan Rakyat.

Beruntunglah BN pada PRU-13, kerana Umno menambah 9 kerusi daripada 79 kepada 88. Penamabahan ini, bukan kerana mereka terlupa dengan kemarahan mereka terhadap kerajaan BN kerana kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga minyak tahun 2006, namun mereka tiada pilihan, kerana majoriti kaum melayu belum bersedia menerima Anwar sebagai Perdana Menteri dan menobatkan Lim Kit Siang dan Karpal Singh dengan anak-anaknya sebagai pemimpin utama dalam negara.

Anwar Menumpang Tuah

Sebenarnya Anwar menupang tuah kepada tidakan-tindakan kerajaan BN untuk mendapatkan sokongan rakyat. Tanpa tindakan-tindakan kerajaan seperti pemecatannya pada 2 Sepetember 1998 daripada Jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Tindakan kerajaan menaikan harga pada tahun 2006, selain kritikan yang terus menerus mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir terhadap kerajaan Abdullah Badawi, semuanya itu mendorong rakyat terpengaruh menolak kerajaan BN, dan sudah tentunya suka atau tidak, mereka mengundi pembangkang.

Atas sebab itu, pada PRU-12, calon-calon daripada Pembangkang terutama daripada PKR, yang kebanyaknya calon bidan terjun, tanpa nama, apa lagi perjuangan, boleh menang, dan ironinya mampu mengalahkan calon-calon BN yang mempunyai nama dan jasa.

Pada Isnin, Perdana Menteri melakukan tindakan tidak popular dengan mengumumkan kenaikan harga minyak sebesar lebih sepuluh peratus bagi RON95 dan Diesel. Walaupun kenaikan itu hanya 20 sen, dan kerajaan masih memberi subsidi 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen bagi diesel, namun hingga kini menjadi bualan rakyat, di seluruh negara.

Rakyat negara ini, sengat peka terhadap kenaikan harga minyak, melebihi segala-galanya; kerana hanya bahan bakar itu sahajalah yang secara langsung yang boleh mengurangkan sara hidup mereka.

Walaupun pihak kerajaan memberikan berbagai jawapan dan alasan berkaitan dengan kenaikan harga minyak itu, antaranya memberi penekanaan bahawa harga minyak dalam negara adalah kedua terendah di negara-negara ASEAN selepas Berunei, negara dapat mejimatkan RM3.3 bilion daripada subsidi minyak yang saban tahun negara menanggung RM24.7 bilion; tidak menjadi perhatian sebahagian besar rakyat.

Walaupun kerajaan berulangkali menyatakan, bahawa melalui pengurangan subsidi, maka BR1M akan dinaikan, entah berapa kenaikan itu, akan tetapi melalui manifesto BN pada PRU-13 lalu, BR1M akan dinaikan lebih sekali ganda, iaitu daripada RM500 kepada RM1200.

Kerajaan juga melalui beberapa pemimpinnya menyokong pengurangan subsidi bahan bakar, sambil menyatakan bahawa trend harga minyak di pasaran dunia sedang bergerak naik, kerana berbagai krisis di Timur Tengah, antaranya serangan menanti Amerika Syarikat terhadap Syria.

Namun, penjelasan-penjelasan daripada pihak kerajaan itu, nampaknya bagaikan mencurah air di daun keladi; malah ada rakyat yang mendahului keputusan Perdana Menteri, bahawa kononnya menjelang PRU-14, Najib akan menurunkan harga minyak sambil menyatakan ucapan popularnya KERANA MENDENGAR DEGUP JANTUNG RAKYAT DAN MEMBACA ISYARAT YANG DIBERIKAN, MAKA KERAJAAN MEMBUAT KEPUTUSAN MENURUNKAN HARGA MINYAK, UNTUK MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT.

Wednesday, September 04, 2013

Harga Minyak Naik- Ini Kah Hadiah Ku Dapat

Harga Minyak Naik- ini kah hadiah ku dapat? kenyataan seperti itu, boleh mudah untuk dijawab, boleh juga dengan mudah jawaban itu tidak diterima.

Jawapan seperti harga minyak dalam negara adalah yang kedua terendah di ASEAN atau salah satu terendah di dunia, bagaikan mencurahkan air di daun keladi.

Dalam isu kenaikan minyak ini, mengakibatkan kita serba salah. Mempertahankan tindakan kerajaan juga salah, mengutuk juga salah, semuanya serba salah.

Sebenarnya, ramai yang terperanjat, mengapa tiba-tiba harga minyak di naikkan?, sedangkan harga minyak di pasaran dunia cenderung setabil sejak 2 tahun lalu, malah pada akhir-akhir ini, harga minyak di pasaran dunia mempunyai kecenderungan menurun.

Kenaikan harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri pada Isnin, kini menjadi bualan rakyat, di setiap kesempatan dan peluang.

Pengumuman kenaikan itu begitu pantas  hanya kira-kira lebih sedikit daripada 100 hari selepas kemenangan tipis yang diraih BN dalam pilihan raya umum lalu.

Dengan kemeriahan sambutan Hari Raya yang masih terasa dengan Perdana Menteri dan semua menteri kabinet dilihat begitu bergembira dengan pesta rumah terbuka berserta jamuan yang hebat di sana-sini sudah tentunya, jamuan seperti itu bukannya datang sepenuhnya daripada saku sendiri,tiba-tiba rakyat  dibebankan pula dengan kenaikan harga minyak yang tentunya juga akan diiringi dengan pelbagai kenaikan lainnya dalam perkhidmatan dan barangan pengguna.

Oleh kerana tahun ini tahun pemilihan Umno, hebat dan meriahnya majlis rumah terbuka menteri lebih jelas dapat dirasakan, terutama mereka yang mahu bertanding jawatan lebih tinggi atau mempertahankan jawatan sedia ada. 

Sudahlah ada rumah terbuka Perdana Menteri bersama menteri kabinet, ada pula rumah terbuka kementerian, kemudian semua agensi pula turut mengadakan rumah terbuka. Di kawasan Parlimen juga, menteri dan timbalan menteri mengadakan rumah terbuka.

Pendek kata, bulan Syawal ini jadual menteri dan timbalan menteri hanya asyik dengan rumah terbuka. Oleh kerana tahun pemilihan juga dan bimbang undi berkurangan, menteri turut mengambil kesempatan hadir ke rumah terbuka kementerian lainnya.

Tentu terlihat tidak sopan, setelah pemimpin berpesta  manakala rakyat hanya dapat menatapnya melalui tv dan akhbar, tiba-tiba rakyat yang menentukan kemenangan kepada Bn membentuk kerajaan pusat, akhirnya mendapat hadiah kenaikan harga minyak.

Pembangkang sudah meniup berbagai tomahan dan melihat bahawa tindakan kerjaan menaikan harga minyak adalah satu tindakan diskriminasi dan penindasan yang tiada tolok bandingnya. Jika diambil kira dengan pelbagai kemewahan dan perbelanjaan lainnya yang dilakukan pemimpin, termasuk kos lawatan Najib ke luar negara hampir RM50 juta. Berkaitan dengan itu, kata mereka ,kerajaan dilihat seolah-olah tidak punya perasaan langsung apabila menaikkan harga minyak.

Pada masa sama, kenaikan harga minyak itu juga dilakukan di tengah-tengah kebanggaan yang diumumkan bahawa Petronas pada 2012 mencatat keuntungan sebanyak RM59 bilion manakala keuntungan pada suku kedua 2013 ini pula mencecah angka RM21.9 bilion.

Dengan keuntungan sebesar itu, Najib terlihat begitu kemaruk dengan penjimatan RM3.3 bilion melalui kenaikan harga harga minyak dan memotong subsidi rakyat yang mana sebahagian besarnya penerima nikmat subsidi ini adalah orang kampung dan luar bandar yang selama ini penyokong tegar Umno serta penyumbang utama kepada kemenangan BN dalam pilihan raya lalu.

Apakah RM3.3 bilion itu tidak boleh ditampung melalui sumber lain dan lebih besar nilainya daripada menghimpit kehidupan rakyat ke kancah yang lebih sukar?

Sebaik menang piliharaya, Najib seperti sudah lupa siapa yang menyokong dan menjadikannya kekal sebagai Perdana Menteri. Lalu, dengan pelbagai keluhan dan sungutan mengenai kenaikan harga minyak ini, di manakah slogan "Kami mendengar" dan kerajaan sentiasa bersama denyut nadi rakyat yang sering dilaungkan selama ini?

Sebab itu, tidak hairan kenaikan harga minyak kali ini turut mendapat reaksi yang tidak menyenangkan daripada pemimpin Umno sendiri. Sementara ramai yang berdiam diri kerana tidak bersetuju tetapi tidak mahu meluahkan perasaan secara terang-terangan kerana bimbang periuk nasi terjejas.

Blog Archive