Showing posts with label Kematian pegawai kastam. Show all posts
Showing posts with label Kematian pegawai kastam. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Balu Ahmad Sarbaini terpengaruh tulisan RPK

Balu Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed akan membuat satu laporan polis hari ini berhubung pendedahan terbaru dibuat oleh editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengenai kematian penolong penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.

Jelas Maziah, walaupun tidak pasti sama ada pendedahan itu betul atau tidak namun dia menegaskan “ia ada asas.”

“Pendedahan yang dibuat Raja Petra ini harus disiasat, polis kena siasat sebab ia ada asas,” katanya.

Dalam lapan entrinya, Raja Petra antara lain berkata, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM itu.

“Di sana, Sarbaini telah ‘didera’ secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri).

“Mohd Fauzi juga mengatakan ‘orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain’, terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi.

“Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia,” dakwa beliau.

Dakwaan ini dikatakan dalam tulisannya ketika inkues masih berjalan. Inkues yang sedang berehat dua minggu akan disambung awal bulan depan.

Selain itu, peguam keluarga Awtar Singh berkata pendedahan yang dibuat Raja Petra itu ada asasnya kerana mustahil untuk Sarbaini membunuh diri seperti mana yang didakwa.

Beliau juga akan meminta mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian di kompleks SPRM Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun peguam SPRM Datuk Seri Shafee Abdullah menyifatkan Raja Petra sebagai seorang yang “bercakap merapu” sambil menegaskan dakwaan-dakwaan mengenai kematian Sarbaini tidak benar.

Saturday, July 16, 2011

Inkues Ahmad Sarbaini: Sarbaini jatuh ketika lompat keluar dari tingkap bilik pantri aras 3

Mahkamah Koroner di sini, semalam, diberitahu Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ahmad Sarbaini Mohamed, tidak membunuh diri atau dibunuh, sebaliknya mangsa cuba melompat keluar ke bumbung konkrit dari tingkap bilik pantri aras 3 bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane, sebelum terjatuh dan ditemui mati di gelanggang badminton bangunan berkenaan.

Pegawai forensik Bukit Aman yang menyiasat tempat kejadian, Deputi Superintendan Sharul Othman Mansor, 49, berkata ia berdasarkan tiada kesan pergelutan ditemui di lokasi kejadian yang boleh mengaitkan kematian akibat dibunuh. Sebaliknya, hanya kecederaan serius pada kaki dan pendarahan di muka mangsa, termasuk pada hidung dan mulutnya.

Sharul Othman yang dipanggil semula sebagai saksi inkues kedua berkata, jika berlaku pergelutan tentu kesan kotoran seperti tapak kasut dan cap jari ditemui malah pemeriksaan badan si mati tidak menunjukkan tanda baju terkoyak atau butang bajunya tercabut.

Menjawab soalan peguam SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, adakah kecederaan itu konsisten dengan akibat seseorang terjatuh dari tingkat tinggi berdasarkan penemuan mayatnya yang disyaki melompat dari bangunan itu, saksi berkata, “Ya.”

Katanya, ketika berdiri di tingkap bilik pantri aras tiga bangunan itu, beliau nampak jarak antara lokasi itu dan bumbung konkrit mengelilingi gelanggang badminton di sebelah kiri adalah dekat. Bagaimanapun apabila diukur jarak sebenarnya 3.02 meter.

Beliau yang berpengalaman mengendalikan kes orang jatuh itu turut bersetuju cadangan Muhammad Shafee bahawa pandangan ilusi optik berlaku kepada mangsa yang melihat keadaan bumbung selari dengan tingkap bilik pantri.

Katanya, berdasarkan keadaan mayat si mati, ia berpadanan saiz Ahmad Sarbaini duduk bertenggek di atas sinki terletak bersebelahan tingkap berkenaan sebelum terjun ke arah bumbung itu.

“Saya berpendapat Allahyarham keluar dari tingkap itu perlahan-lahan dan senyap, bukan tergesa-gesa selepas ditinggalkan berseorangan di bilik itu. Lagipun dia pernah hadir ke pejabat SPRM sekali gus sudah biasa dengan semua bilik di aras 3,” katanya.

Menjawab soalan peguam Awtar Singh yang mewakili keluarga si mati, Sharul Othman berkata, berdasarkan keadaan mayat berkemungkinan kaki kiri mangsa jatuh dulu (tergelincir) sebelum terhempap ke gelanggang badminton. Beliau memberi keterangan di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani dalam prosiding inkues bagi menyiasat kematian Ahmad Sarbaini yang ditemui mati di gelanggang badminton bangunan SPRM, jam 10.40 pagi, 6 April 2011.

Sharul Othman turut memaklumkan beliau melakukan empat terjunan masing-masing dua terjunan daripada tingkat dua dan tiga.

Sharul Othman berkata, pakaian Allahyarham yang ada serpihan cat putih di kepala tali pinggang dan hadapan seluarnya berpadanan goresan sepanjang empat sentimeter ditemui di dinding putih di bilik pantri aras 3 berkenaan.

Sementara itu, ahli kimia yang juga saksi ke-26 inkues, Dr Mohd Sukri Hassan, 49, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid, memberitahu hasil analisis dua sampel darah, air kencing dan kandungan perut Ahmad Sarbaini, menunjukkan tiada kesan dadah, racun, alkohol dan makhluk perosak.

Sementara itu, Saiful Fazamil Mohd Ali, 36, yang juga ahli kimia bertanggungjawab menganalisis serpihan cat putih pada kepala tali pinggang dan hadapan seluar Allahyarham, berkata ia menunjukkan kedua-dua cat putih berkenaan serupa. Prosiding ditangguhkan sehingga 2 Ogos ini.

Saturday, April 09, 2011

Apakah Sarbani jadi kambing hitam?

Operasi 3B SPRM terhadap Jabatan Kastam Diraja Malaysia sungguh mengemparkan, apabila didapati berbilion ringgit wang negara telah lesap ekoran tangan-tangan kotor dalam jabatan tersebut.

Melalui siasatan tersebut, pihak SPRM dapat membongkar akaun-akaun pegawai Kastam baik yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara mempunyai simpanan berjuta ringgit. Malah semasa operasi tersebut seorang pegawai kanan jabatan itu yang berpangkat Datuk bersama isterinya didapati mempunyai wang lebih setengah juta tersimpan di rumah mereka.

Jika benar bahawa Sarabani Mohamed yang didapati mati akibat terjatuh di bangunan SPRM Wilayah awal minggu ini merupakan pegawai yang bersih; namun mengetahui maklumat salah guna oleh pegawai atasannya; maka Sarabani dijadikan kambing hitam; demi menutup siasatan SPRM ke atas para pegawai berkenaan?

Kematian Sarbani merupakan tamparan hebat terhadap SPRM; dengan kematian tersebut ada pihak mengambil kesempatan agar operasi SPRM diperlonggar.

AYT sangat bersetuju dengan tindakan SPRM tersebut, untuk apa menjaga, tangan-tangan kotor yang merugikan negara.

Jika benarlah bahawa akibat tangan-tangan kotor para pegawai Kastam tersebut, negara dirugikan sehingga RM108 bilion ringgit; amat lah tepat operasi tersebut.

AYT berharap selepas operasi terhadap Jabatan Kastam, gilirian jabatan-jabatan lain perlu disiasat-umpamanya jabatan pelajaran-terutama yang berkaitan dengan kontrak ke asrama-asrama penuh atau asrama-asrama.

Thursday, April 07, 2011

Kematian Sarbani: Tamparan kedua pada SPRM selepas TBH!!!

KUALA LUMPUR, 7 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggantung tugas seorang kakitangannya yang membiarkan pegawai Kastam berada seorang diri sebelum dia ditemui mati pagi semalam.

Kedua-dua mereka ditahan kerja untuk tujuan siasatan kerana dikatakan melanggar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM di mana pegawai-pegawai tersebut dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa mereka berada dalam premis agensi antirasuah itu.

The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua mereka ditahan kerja berkuat kuasa hari ini.

“Proses tahan kerja ini adalah bagi membantu melicinkan penyiasatan dalaman berhubung perkara ini dan tindakan tahan kerja ini juga adalah sehingga siasatan dalaman selesai dijalankan.

“Tindakan tahan kerja tersebut dibuat di bawah Peraturan 43 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 iaitu penahanan kerja bagi maksud penyiasatan,” kata SPRM dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.Kenyataan itu menambah, hasil siasatan dalaman iitu setelah selesai kelak akan dibentangkan di Jawatankuasa Aduan SPRM.

Pagi semalam, Ahmad Sarbani Mohamed, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Jalan Cochrane.

Jawatankuasa Aduan yang dianggotai oleh Datuk Mohd Nor Abdullah, Datuk Muhammad Mohd Noor, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Chooi Mun Sau dan Ravindran Muthu akan memantau pengendalian oleh suruhanajaya akan aduan mengenai salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai suruhanjaya dan mengenal pasti apa-apa kelemahan dalam tatacara kerja suruhanjaya yang mungkin menimbulkan aduan dan jika difikirkannya sesuai untuk membuat apa-apa syor tentang tatacara kerja suruhanjaya sebagaimana yang difikirkannya patut.

Pagi tadi di Sarawak, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan polis dan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian Ahmad Sarbani.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaska, pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.

Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini.

Menurut SPRM, Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.

Bagaimanapun rakan-rakannya dan Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung sangsi Ahmad Sarbani pergi ke pejabat SPRM tanpa dipanggil.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Wednesday, April 06, 2011

Kematian pegawai Kastam: Kambing Hitam Pembayar cukai?

Kematian Penolong Pengarah JKDM Selangor Ahmad Sarbani Mohd (56) jam 10.15 pagi tadi akibat "terjatuh" dari tingkat 3 Bangunan SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di ibu negarai tidak boleh diletakkan sepenuhnya ke atas SPRM. Sebaliknya, kematian pegawai tersebut mungkin ada kaitan dengan si pembayar cukai?

Tujuan melenyapkan Ahmad agar supaya pegawai kastam itu menjadi kambing hitam.

Rakan sekerja Ahmad, ramai yang menafikan bahawa kematian Ahmad adalah bunuh diri kerana malu.

Ahmad yang disiasat oleh SPRM ekoran operasi bersepadu SPRM-Bank Negara-LHDN minggu lalu membabitkan bilion ringgit cukai tidak berbayar.

Star online pagi tadi melaporkan bahawa Ahmad balik semula ke pejabat SPRM untuk menemui pegawai penyiasat. Mungkin untuk memberi maklumat tambahan atau baru?

Sebelum ini Ahmad telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Blog Archive