Showing posts with label Iskandar Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Iskandar Malaysia. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Rasuah Projek Iskandar Johor: Memanas lagi- seorang bekas pegawai kanan mengaku salah

Bekas Naib Presiden Kanan anak syarikat kepada Iskandar Investment Berhad (IIB) hari ini mengaku salah atas tuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Lelaki berusia 51 tahun itu merupakan individu kedua didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, selepas suami kepada seorang pegawai tertinggi IIB.

Dalam kes terbaru ini, lelaki yang dirahsiakan identitinya itu mengaku salah atas tuduhan berkenaan mengikut Seksyen 132(2)(b) Akta Syarikat.

Menurut The Star Online, lelaki tersebut juga merupakan saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam beberapa kes rasuah sebelum ini.

Bekas pegawai berkenaan didenda RM20,000, selepas mengaku salah atas pertuduhan tersebut, dan membayar denda berkenaan.

Semalam, suami kepada bekas seorang pegawai tertinggi Pelaburan Iskandar Berhad (IIB) didakwa atas kesalahan menerima sejumlah RM816,900 sebagai galakan untuk mendapatkan projek.

Mohd Amin Suhaimi, 52, dibicarakan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tiga kesalahan menerima rasuah daripada syarikat pembinaan Detect Engineering Sdn Bhd bagi mendapatkan tender projek pembinaan sekolah di Pulai.

Projek yang dipercayai terletak di Lot PTD Mukim Pulai dianggarkan bernilai RM40.8 juta.

Menurut Star Online, Mohd Amin dipercayai menerima sejumlah RM816,900 wang tunai daripada Pengarah Detect Engineering Sdn Bhd, Mohd Hassan Madon, 48 melalui orang tengah, Mohd Iskandar Fahmi Abdullah, 52. Kesalahan tersebut dipercayai berlaku di sebuah hotel di Jalan Harimau, Taman Century, Johor Baru, kira-kira jam 5 petang pada 22 April tahun lalu.

Bagi kesalahan kedua, Mohd Amin dipercayai menerima RM500,000 daripada Hassan melalui Iskandar di sebuah kawasan tempat letak kereta di dalam sebuah pusat membeli belah di Jalan Wong Ah Fook jam 4 petang pada 4 Jun tahun yang sama.

Pertuduhan ketiga pula, dia dituduh menerima sejumlah RM316,900 wang tunai untuk membantu syarikat berkenaan memperoleh projek daripada IIB di kawasan tempat letak kereta di sebuah kompleks membeli belah di Jalan Trus antara jam dua hingga tiga petang pada 9 Jun tahun yang sama.

Dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) dan didakwa di bawah seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pertuduhan tersebut membawa penjara maksimum selama 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, atau yang mana paling tinggi.

Ikat jamin ditetapkan sebanyak RM100,000 dan Mahkamah Sesyen memutuskan sebutan semula kes pada 27 Januari depan.

Laporan terdahulu menyebut Mohd Amin yang dipercayai suami kepada Arlida Ariff, bekas Ketua Pegawai Eksekutif IIB yang dibuang penghujung tahun lalu keranan dikatakan terlibat dengan penyelewengan kontrak projek infrastruktur.

Arlida telah digantikan oleh Ketua Hartanah DRB-Hicom, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim pada 1 November tahun lalu.

Khazanah Nasional Berhad, pemegang 60 peratus ekuiti dalam IIB telah memulakan audit dalam pengurusan kewangannya awal tahun ini berikutan laporan terdapat sogokan dan kos yang melambung tinggi dan prosedur perolehan yang boleh dipersoalkan.

Tuesday, December 27, 2011

Projek Iskandar Johor: Suami kepada pegawai projek itu didakwah di Mahkamah kerana rasuah

Mohd Amin Suhaimi, 52 suami kepada salah seorang pegawai kanan Iskandar Investment Berhad (SIB), dihadapkan di Mahkamah Johor Bahru, kerana rasuah.

Terduduh didakwa meminta imbuhan RM816,900 daripada Detect Engineering Sdn bhd untuk mendapatkan projek membina Sekolah Berasrama Penuh di PTD Mukim Pulai yang bernilai RM40.8 juta.

Tertuduh didawa dibawah seksyen 16(a)(A) akta 24 SPRM, tahun 2009.

Projek Iskandar: Satu lagi skandal penyumbang indeks rasuah negara menjunam

Sebuah syarikat pemaju yang terlibat dalam projek mega membangunkan Iskandar Malaysia, Johor sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan wujudnya unsur rasuah dalam projek yang bernilai bilion ringgit itu, laporan Utusan semalam.

Siasatan terhadap syarikat itu dibuat kerana dipercayai berlaku unsur penyelewengan dalam perolehan kontrak dan beberapa projek yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat berkenaan.

Akhbar milik Umno itu melaporkan bahawa penyelewengan tersebut turut melibatkan orang tengah yang bertanggungjawab mendapatkan beberapa projek untuk syarikat itu.

Syarikat yang disiasat itu bertanggungjawab membangunkan pelbagai projek besar dalam Iskandar Malaysia antaranya pembinaan infrastruktur, pusat pendidikan, kawasan perumahan, jalan, lebuh raya serta pusat riadah yang bernilai ratusan bilion ringgit.

Antara projek itu adalah pakej 3B iaitu membina dan menyiapkan persimpangan Jalan Abu Bakar bernilai RM124 juta, pembangunan Sekolah Berasrama Penuh di Sebahagian Lot PTD Mukim Pulai bernilai RM40.8 juta serta jalan alternatif Kampung Sungai Pendas Laut bernilai RM2.7 juta.

Difahamkan, SPRM sudah menyiasat beberapa projek yang disyaki berlaku penyelewengan dan rasuah itu sejak tahun lalu.

SPRM juga dikatakan telah membuat serbuan ke atas ibu pejabat syarikat tersebut serta beberapa syarikat di sekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Akbar berbahasa melayu itu juga turut melaporkan bahawa kajian ke atas dokumen-dokumen yang berkaitan kes itu telah dijalankan serta beberapa saksi dipercayai telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Malah, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an yang merupakan orang tengah projek mega berkenaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor pagi esok.

Sementara itu, Pengarah Siasatan dan Operasi Khas SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan pihaknya sedang menyiasat syarikat tersebut, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Iskandar Malaysia yang fasa pembangunannya sehingga tahun 2025 akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan terbesar rantau ini dengan keluasannya dua setengah kali ganda Singapura.

Projek Iskandar Malaysia dilancarkan semasa Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, bagi menggantikan Jambatan bengkok yang beliau telah batalkan.

Blog Archive