Showing posts with label Gelang Rosmah. Show all posts
Showing posts with label Gelang Rosmah. Show all posts

Tuesday, October 04, 2011

Isu cincin RM24 juta-perbuatan individu-kenapa kerajaan perlu memikulnya

Isu cincin bernilai RM24 juta yang dikirim daripada New York, dengan penerima tertera nama Datin Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri DS Najib Razak, menjadi isu pembangkang yang berpanjangan, sehingga pihak kerajaan terpaksa menjawabnya di parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Nazri Aziz melalui jawapan bertulis kepada wakil rakyat DAP Segambut Lim Lip Eng, kewujudan itu memang diperakui oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), namun tiada pemebeli cincin tersebut.

Cincin yang bertahktakan berlian tersebut, berada di negara ini untuk tujuan pameran dan hanya beberapa hari berada dalam negara, kemudian dikembalikan kepada pemilik asal.

Sekiranya isu tidak ditimbulkan, apa kah ada kemungkinan cincin itu dibeli oleh seseorang dalam negara ini?

Sebenarnya tidak salah bagi seseorang memiliki harta senilai itu, termasuk Datin Rosmah, kerana beliau berkemampuan memilikinya.

Cincin berlian tersebut menjadi isu, apabila pemimpin PKR, Badrul Hisham mendedahkan melalui mikro blognya dan seterusnya membuat laporan kepada SPRM.

Sepertimana penjelasan Nazri di parlimen hari ini, siastan kewujudan cincin tersebut di negara ini bukan dibidang kuasa SPRM, kerana ianya tidak membabitkan kes rasuah.

Bagi AYT, adalah tidak molek bagi kerajaan ikut campur dalam urusan pribadi seseorang, walaupun individu itu merupakan seorang pemimpin politik, termasuk Rosmah, kerana tiadapun unsur salah guna kuasa.

Thursday, August 25, 2011

Orang ini tidak habis-habis dengan cincin RM24juta

Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin mempertahankan dakwaannya bahawa cincin berharga RM24.4 juta dibawa masuk ke negara ini baru-baru ini untuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, Rosmah dilaporkan telah memeriksa ketibaan cincin tersebut di bahagian kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 16 April.

Badrul (gambar), yang lebih suka baik dikenali sebagai Chegubard berkata, penyokong setia Rosmah pula menjadikan keadaan bertambah buruk buat isteri perdana menteri itu, kerana mereka membuat kenyataan yang bercanggah mengenai cincin itu, yang didakwa diterbangkan dari New York.

Sehubungan itu, beliau menggesa 'wanita pertama' itu supaya menjelaskan pembabitannya dalam pembelian cincin tersebut dari Yacob & Co kerana namanya didakwa tercatat dalam kolum penerima pada dokumen Kastam.

Chegubard telah mendedahkan 'bukti' tersebut di Pulau Pinang sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di negeri itu bulan lepas.

Friday, July 29, 2011

Cincin berlian RM24 juta-akhirnya Datin Rosmah buka mulut

Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin berharga lebih RM24 juta muncul tiga minggu lalu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau tiada masa mahu melayan perkara itu.

Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah . . . apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya kepada pemberita di Pokok Sena, Kedah, semalam.

Ekoran kemunculan isu itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu.

Ketua PKR Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut.

Badrul berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Beliau yang popular dengan panggilan Chegubard berkata, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini semalam diminta mengulas dakwaan portal berita pembangkang baru-baru ini kononnya beliau membeli sebentuk cincin bertatahkan berlian bernilai lebih RM24 juta.

Sementara itu, Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.

“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” katanya.

Thursday, July 14, 2011

Cincin Daimond Rosmah

Benarkah cincin itu benar-benar dibeli Rosmah? atau seperti kebiasaan dunia celebreti.. cicin dipinjamkan untuk peragaan.

Pihak Pakatan sudah spin isu ini di merata tempat, sehinggakan mereka mahu SPRM buat siasatan.

Untuk sementara waktu, Datin Rosmah masih berdiam.

Blog Archive