Showing posts with label Felda. Show all posts
Showing posts with label Felda. Show all posts

Friday, October 05, 2012

ANAK bukan pertubuhan sah

APA LAGI yang mahu dibebatkan. ANAK (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) yang aktif sejak tahun 2007 adalah pertubuhan tidak sah atau pertubuhan haram.

Lojik akal telah jelas, apa sahaja pandangan atau perbuatan sesebuah Pertubuhan Haram, tidak boleh digunapakai, kerana pandangan itu hanya pandangan palsu dan tiada asas.

Ambillah iktibar, mereka yang memimpin pertubuhan haram, adalah menimpu dirinya sendiri dan ahli-ahli yang terpengaruh menyertainya.

Kebetulan individu yang memimpin Anak itu adalah pemimpin PAS. Pas kononya parti berasaskan agama-punya pula pemimpin yang menipu dan tidak jujur.

Jangan menghalalkan cara kerana untuk memenuhi kepentingan peribadi.

Sunday, April 01, 2012

Tiada satu inci pun tanah peneroka Felda disenaraikan melalui FGVH: Muhyiddin

Dakwaan Pembangkang bahawa penyenarian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di bursa saham Kuala Lumpur melibatkan tanah 200,000 peneorka adalah tidak berasas. Tiada satu incipun tanah peneroka yang terlibat dalam penyenarian itu, demikian kata Timbalan Perdana Menteri-Tan Sri Mhuyiddin Yassin.

Pembangkang menyebarkan maklumat palsu dan mengelirukan para peneroka, sedangkan tanah yang terlibat dalam FGVH adalah tanah negeri (state land) yang dimiliki oleh kerajaan.

Pada bulan mei Perdana Menteri akan mengumumkan DURIAN RUNTUH kepada para peneroka Felda.

Melalui kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu hari ini, kini sudah jelas bahawa dakwaan Pembangkang adalah dakwaan PALSU dan bermaksud jahat. Selain itu, dakwaan itu agar supaya peneroka dinafikan pendapatan yang lumayan melalui Intial Public Offering (IPO).

Pembangkang tahu, bahawa para peneroka Felda adalah "Vote Banks" Barisan Nasional pada setiap Pilihanraya, atas sebab itu, mereka mecipta berbagai pembohongan agar, pembohongan mereka itu untuk sementara boleh diterima para peneroka Felda dan seterusnya menyokong mereka dalam pilihanraya akan datang.

Pada 14 Mac kerajaan telah mengumumkan bahawa tanpa penyertaan penerokapun, FGVH tetap akan diseneraikan. Jika FGVH disenaraikan, maka yang bakal rugi adalah ahli Koperasi Peneroka Felda (KPF) kerana saham berasaskan individu tidak disenraikan.

Monday, March 19, 2012

Siapa musang berbulu ayam di felda?

Bagaimana minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri boleh jatuh ke tangan pembangkang? Siapa musang berbulu ayam dalam felda?

Tan Sri Isa Samad, perlu menyiasat perkara ini, kerana musang sudah berkeliaran di reban ayam.

Wednesday, January 04, 2012

Peneroka berjaya halang mesyuarat Felda-Tamparan kepada Isa Samad

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membenarkan permohonan peneroka Felda untuk menyekat mesyuarat agung Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dijadualkan esok Keputusan mahkamah ini dibuat berdasarkan permohonan injunsi yang dibuat oleh para peneroka bagi menghalang mesyuarat agung itu.

Pada 23 Disember lalu, empat orang ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF), Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Mereka memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding.

Permohonan itu difailkan oleh peguam Mohamad Harris Abdullah.

Sementara itu, Mesyuarat Agung Perwakilan Khas Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) yang dijadualkan esok dibatalkan, serentak dengan itu saman pemula memohon injunksi mahkamah bagi menghalang mesyuarat tersebut ditarik balik.

Mohd Harris Abdullah, berkata keputusan tersebut dibuat setelah peguam bagi pihak Felda mengemukakan pengakuan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya mesyuarat tersebut dibatalkan.

Rabu lalu, beliau telah mengemukakan interim injunction di mahkamah berkenaan bagi menghalang meyuarat agung KPF 5 Januari.

Difahamkan, mesyuarat khas KPF itu adalah untuk mengesahkan status Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF dan meminta sokongan ahli KPF bagi pelupusan ekuiti koperasi itu dalam Felda Holding untuk tujuan penyenaraian FGVH ke dalam Bursa Malaysia.

Keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh, memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

Blog Archive