Showing posts with label Dr Hassan Ali. Show all posts
Showing posts with label Dr Hassan Ali. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Saya jadi ADUN Bebas kerana dipecat daripada PAS bukan kerana Liwat: Hassan Ali

ADUN Gombak Setia Datuk Hasan Ali hari ini tampil kali pertama ke sidang DUN Selangor sebagai wakil bebas dan yakin tidak akan menghadapi masalah dengan situasi baru itu.

"Saya tiada masalah. Saya dipecat sebagai ahli PAS dengan bermaruah. Saya bukan rasuah, saya bukan liwat,"

Bercakap kepada pemberita selepas pembukaan sidang DUN dirasmikan oleh Sultan Selangor, Hasan berkata beliau akan terus membangkitkan isu Islam, Melayu dan Raja sepanjang dewan yang akan bersidang dua minggu itu..

Saturday, February 04, 2012

Sembilan sebab mengapa Hassan Ali enggan buat rayuan pemecatannya

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan merayu pemecatannya daripada parti itu.

Empat hari sebelum tempoh membuat rayuan tamat, Hasan berkata keputusannya itu dibuat kerana beliau telah dipecat sewenang-wenangnya.

Beliau menyenaraikan sembilan sebab mengapa beliau membuat keputusannya tersebut:

1. Peranan 'parasit' dalam mempengaruhi pemecatannya.
2. Tidak menerima sebarang surat meminta beliau menjawab tuduhan terhadapnya.
3. Sebelum pemecatannya pada 27 Disember, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkata perkara itu telah diselesaikan.
4. PAS telah terpesong daripada perjuangan asalnya.
5. Pendirian akomodatif PAS terhadap rakan kongsi Pakatan Rakyat.
6. Dihalang untuk menegakkan hak orang Melayu dan Islam ketika berkhidmat dalam kerajaan negeri Selangor.
7. 'Parasit' dalam PAS lebih berminat untuk mendengar cakap DAP dan PKR daripada parti mereka sendiri dalam hal-hal pentadbiran negeri.
8. Hampir tiada ruang untuk Islam di Selangor kerana DAP, PKR dan beberapa 'parasit' PAS di negeri itu menyekat usaha beliau, atas dasar hak asasi manusia, kebebasan, hak membuat pilihan dan untuk menawan Putrajaya.
9. 'Parasit' PAS melihat secara negatif usaha beliau bagi pihak masyarakat Melayu dan Islam tetapi tidak pernah menemuinya. Sebaliknya, mereka memilih untuk menyerang beliau melalui media.

Friday, January 27, 2012

Hassan Ali keseorangan

Sejak dipecat daripada PAS, mantan exco Kerajaan Selangor-Dr Hassan Ali, hingga kini keseorangan.

Belum ada pemimpin yang mempunyai nama dalam arena politik tampil bersama atau membela beliau.

Biasalah, pemimpin PAS menghentamnya juga diikuti oleh Timbalan Presiden PKR-Azmin Ali, yang mengatakan Hassan adalah parasit dan duri dalam daging dalam Pakatan Rakyat.

Malah kajian PAS mengatakan bahawa pemecatan Hassan tidak berimpak kepada parti itu. Sementera itu Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, lantak Hassanlah berjelajah di seluruh negara, kerana ianya tiada kaitan dengan parti itu.

Khalid Samad pula, musuh Hassan semasa dalam Pas, mendown grade Hassan. Menurutnya, Hassan sebenarnya tiada sokongan lagi daripada akar umbi Pas, sebelumpun dipecat. Ini katanya, daripada 18 AJK PAS pusat, Hassan menduduki urutan ke-16, yang biasanya sebelum ini, beliau berada dalam urutan top-5.

Hassan kini mahu menggerakan "third force" sebagai alat untuk menarik sokongan penyokong Pas khasnya dan Pakatan Rakyat amnya dalam PRU-13 akan datang.

Hassan mahu menjadi spoiler kepada peluang calon2 Pakatan semasa PRU-13 akan datang.

Walaupun, para pemimpin Pakatan secara luaran meremehkan kekuatan Hassan, namun jauh disebalik sanubari mereka, kekuatiran yang amat mendalam mereka rasakan.

Terbukti semasa PRK Bagan Pinang, apabila isu arak di Selangor didedahkan oleh Dr Hassan, keputusannya, para penyokong Pas tidak mengundi calon mereka, sebaliknya memberikan undi kepada Tan Sri Isa Samad. Pada PRK itu, telah tercipta sejarah jumlah majoriti yang diperolehi calon BN melangkaui mana-mana keputusan pilihanraya sebelum ini.

Apapun, samaada pemecetan Hassan berimpak pada pencapaian calon2 Pakatan Rakyat, hanya masa yang menentukan.

Wednesday, January 18, 2012

Hassan Ali bagaikan buah buruk: Subky Latif

Veteran PAS Subky Abdul Latif mengibaratkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali seperti “buah buruk” yang akan jatuh bila-bila masa tanpa perlu “dijolok.”

Beliau juga berkata Hasan kini hanya “orang luar” dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hasan (gambar) dipecat keanggotaannya pada 8 Januari lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.

“Beliau (Hasan) bukan lagi ahli PAS, jadi suka hati beliau nak kata apa...kita tidak boleh nak arahkan beliau lagi sebab beliau sudah dipecat, demikian Subky.

“Kalau kita layan pun tak guna, tidak jejaskan kita dan Pakatan Rakyat. Beliau ibarat buah buruk, buah buruk ini kalau dijolok jatuh...tak dijolok pun jatuh sendiri. Jadi kita tidak perlu buat apa-apa,” kata Subky.

“Beliau bukan orang pertama yang keluar dari Pakatan Rakyat, dalam PAS beliau orang pertama.

“Terpulang kepada beliau nak kata apa...tak usah peduli, buang masa sahaja,” katanya.

Semenjak dipecat, Hasan telah mengeluarkan pelbagai kenyataan terhadap PAS, Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Hasan juga menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan sebenar tentang pemecatannya selain mahu mendedahkan kumpulan “parasit” dalam PAS yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam.

Kata Hasan, identiti kumpulan berkenaan hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Menyentuh mengenai kewujudan “parasit” dalam PAS, Subky secara berseloroh berkata ia bukan masalah kepada parti Islam itu untuk “tangkap dan masukkan dalam botol” kerana dibarisi ramai tokoh agama.

“Parasit ini satu jenis makhluk spesis hantu, dalam PAS kita ada Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am) dan Datuk Ismail Kamus yang boleh kenal parasit sebab mereka ini pengamal perubatan Islam.

“Mereka boleh tangkap parasit dan masukkan dalam botol kalau betul-betul ada,” katanya sambil ketawa.

Tuesday, January 17, 2012

Politik Hassan Ali berakhir?

Bekas Pesurujaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang dipecat daripada parti itu pada 8 Januari, ekoran daripada itu beliau turut digugurkan sebagai exco kanan Kerajaan Selangor pada Jumaat lalu.

Keputusan tergesa-gesa baik parti Pas mahupun kerajaan Selangor, ternampak sangat, memberikan tamparan hebat kepada Hassan untuk menamatkan kerjaya politiknya.

Setakat ini, hanya mantan Timbalan Presiden Pas-Nasharudin Mat Isa yang kelihatan menyokong Hassan, para pemimpin dan penyokong Pas rata-rata bergembira selepas pemecatan beliau.

Nampaknya keadaan yang melanda Hassan Ali akan mengakhiri kerjaya politiknya.

Monday, January 16, 2012

Ahli Pas kutuk Hassan Ali

Sunday, January 15, 2012

Dipecat: Tiada sebab saya merayu: Hassan Ali

Bekas pemimpin kontroversi PAS Datuk Dr Hasan Ali membayangkan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya walaupun diberi tempoh merayu sehingga bulan depan.

Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat parti Islam itu minggu lalu diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama sebelum 7 Februari depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia ini berkata beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam PAS dikhianati khususnya oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.

“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” katanya pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (Himpun) di Taman Bolton, Kuala Lumpur.

Memetik Sinar Harian, Hasan (gambar) meluahkan kekecewaan itu apabila perjuangannya mempertahankan akidah umat Islam di Selangor ditentang parti sendiri.

“Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan ‘parasit’ ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti.

“Saya sanggup digugur dalam Exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak—anak, keluarga dan umat Islam,” katanya di hadapan kira-kira 100 peserta yang turut menampilkan Dr Azhar Yaakob dan Farhan Abdullah sebagai ahli panel.

Hasan berkata, penentangan terhadap perjuangannya terbukti apabila beliau dikritik oleh pemimpin PAS, gara-gara memberi sokongan penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung pemeriksaan gereja tahun lalu.

“Saya tidak berseorangan dalam perkara ini, dalam tempoh terdekat akan terdapat pergerakan besar—besaran memperjuangkan akidah umat Islam dalam negara,” katanya.

Ekoran pemecatan daripada PAS, Hasan turut digugurkan daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

Pemecatan Hasan dibuat PAS kerana pemimpin itu berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.

Friday, January 13, 2012

Hassan Ali senyap selepas dipecat

Hassan Ali mantan Pesuruhjaya Pas yang dipecat daripada Pas Ahad lalu dan hari ini digugurkan daripada exco kerajaan Selangor, senyap membisu.

Tidak sama dengan Anwar Ibrahim apabila dipecat daripada TPM pada 3 September, 1998, satu Malaya kecoh.

Benarlah kata Pas, pemecatan Hassan daripada parti itu, langsung tidak berimpak. Malang sungguh perkiraan Hassan.

Sunday, December 25, 2011

Harakah berat sebelah: Dr Hassan Ali

Bekas perusuhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali menegaskan tidak wujud sama sekali istilah media Umno atau media musuh sambil menyifatkan akhbar rasmi milik parti Islam itu bersifat berat sebelah dalam menyiarkan laporan.

Malah Hasan juga berkata media dalam negara tidak memberi liputan negatif kepada parti dan dirinya termasuk ketika menyiarkan laporan berhubung polemik yang berlaku baru-baru ini.

“Bagi saya, tak ada yang dinamakan media Umno. Memanglah sebab kerajaan berkuasa, perkara kena rujuk kerajaan. Dan Umno sebahagian dari kerajaan. Sebab itu timbul media Umno. Saya sebenarnya pada asasnya, saya terima mana-mana media pun.

“Bagi saya, siapa yang dapat menyebar luas dan meletakkan berita ke pangkuan masyarakat luas, jadi ia pilihan saya. Saya tak nampak selama ini media memainkan peranan negatif kepada parti dan saya dalam konteks kontroversi ini,” katanya pada sidang media di sini.

Hasan sebelum ini muncul di Utusan Malaysia dan program yang disiarkan TV3 iaitu Soal Jawab — sesuatu yang dianggap tidak biasa diberikan kepada pemimpin pembangkang di negara ini.

Menurut Hasan beliau menganggap media lain lebih mudah dan memberikan liputan yang lebih baik berbanding organ partinya, Harakah.

Beliau turut mendedahkan Harakah melebihkan liputan terhadap golongan tertentu di dalam parti lantaran penguasaan yang diberikan terhadap lidah rasmi parti tersebut.

Hasan mengambil contoh wawancara Harakah bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berhubung isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang masih belum disiarkan sehingga kini kerana kepentingan pihak tertentu.

“Tetapi mungkin atas arahan pihak berkuasa dalam parti, didapati temuramah Datuk Harun din tidak tersiar sampai sekarang. Bayangkan kalau Haron Din tak tersiar bagaimana orang kecil seperti Hasan Ali?” kata beliau.

Justeru Hasan mencadangkan agar Harakah melakukan transformasi besar-besaran agar ia boleh diterima semua lapisan masyarakat.

“Kalau kepimpinan media baru diterajui oleh orang-orang lama. Sesetengahnya telah memimpin PAS selama lebib 20 tahun, tak berubah dan tak beralih, sudah tentulah saya merasakan perlu (berubah),” katanya.

Thursday, December 22, 2011

Hassan Ali tidak kisah digugurkan

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata, beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata: “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”

“Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya (gambar) dalam program Soal Jawab TV3 malam tadi.

Ia merupakan temu bual pertama bersama stesen televisyen milik Umno itu sejak beliau mengecam PAS secara terbuka sejak kebelakangan ini.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Hasan sudah mula mengisytiharkan perang ke atas partinya apabila mula mempersoalkan keputusan dan dasar parti.

Menyentuh mengenai PAS, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulama yang kini hanya 35 peratus.

Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulama sebagai barisan kepimpinan parti.

Ini adalah kerana golongan ulama dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya dipetik Bernama Online.

Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja.

Tuesday, December 20, 2011

Hassan Ali tolak negara berkebajikan partinya sendiri

Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali pada Selasa menolak konsep negara berkebajikan, sebaliknya mendesak PAS kembali ke matlamat asal parti itu bagi menubuhkan sebuah negara Islam.

Menurut beliau, PAS boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan tidak tersasar daripada matlamat utama parti untuk memperjuangkan kepentingan Melayu, mempertahankan Islam dan memartabatkan Institusi Diraja.

"Siapa saja di luar PAS ataupun dalam PAS mesti letakkan parti di pancang asalnya. Perjuangan asas itu tidak boleh dipertikaikan...itu prinsip sebenar kita yang telah berpuluh-puluh tahun dipertahankan.

"Bahkan ketika di awal penubuhan parti, ketiga-tiga prinsip itu adalah perjuangan asasnya...tiangnya itu, dindingnya itu, bumbungnya itu, semuanya itu. Dalam menubuhkan negara Islam, tiangnya adalah al-Quran, syiar dan syiah," katanya pada sidang media di kediamannya di Pinggir TTDI di sini, Selasa.

Bagaimanapun, untuk menubuhkan negara Islam, beliau berkata, masyarakat di negara ini memerlukan golongan ulama yang muktabar, berfikiran jauh dan berupaya menggarap nilai-nilai Islam dalam konteks kehidupan moden hari ini.

Malah, katanya, PAS tidak perlu melaksanakan konsep negara berkebajikan yang telah diamalkan oleh pemimpin-pemimpin di negara hebat seperti Sweden, Norwary, Scandinavia, United Kingdom dan Australia yang terdiri daripada golongan berpendidikan sekular.

"Orang PAS tidak perlu menjalankan konsep ini. Dari pengamatan saya, PAS mula dikuasai golongan profesional yang lebih cenderung mengamalkan politik akomodasi hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti yang dipertahankan sejak penubuhannya.

"Jadi, kita perlu kembali ke matlamat asal yang sudah tersasar. Apa yang saya lakukan adalah untuk mengembalikan perjuangan parti yang berpaksikan al-Quran dan Sunnah," katanya.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, ketiga-tiga prinsip itu perlu didukung untuk mengukuhkan kedudukan PAS supaya parti itu tidak dilihat terumbang-ambing dan tidak konsisten dengan dasar perjuangannya.

Ketika ditanya sama ada PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat, Hasan tidak pasti mengenai perkara itu dan menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.

"Perbincangan dengan lebih mendalam perlu dilakukan mengenai perkara ini. Pada saya, isu ini amat penting. Saya bertindak bukan atas sebab peribadi tetapi ingin melihat agama Islam, orang Melayu dan Institusi Diraja dimartabatkan," katanya.

Hasan berkata, beliau tidak berkeseorangan dalam hal itu kerana mendapat sokongan meluas daripada beberapa pemimpin dan penyokong PAS serta rakyat di negara ini.

"Bisikan-bisikan ini bukan datang dari saya seorang...mungkin di dalam PAS tidak ramai yang ingin keluarkan kenyataan ini. Mungkin Allah pilih saya untuk bertindak...saya pun tak tahu," katanya.

Sementara itu, beliau berpendapat, kerjasama yang terjalin dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat pada hari ini antara sebahagian faktor yang menyumbang kepada perubahan polisi dan tradisi parti itu.

"Memang benar, beberapa perkara perlu diubah suai apabila kita sertai PKR dan DAP tapi janganlah ubah suai Islam. Mungkin banyak faktor lain tapi apapun itu soal sejarah, saya tak nak sebut balik," katanya.

Thursday, December 15, 2011

Dr Hassan Ali nak keluar Pas- Mahfuz kata-silakan

PAS tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya daripada meninggalkan parti dan menyertai Umno, termasuklah exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

"Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (gambar) ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti.

Sejak beberapa tahun lalu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri sering dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong idea kerajaan perpaduan kedua-dua parti Melayu terbesar itu.

Dr Hasan bahkan pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan Melayu-Islam, termasuk PAS dan Umno.

Anggota parlimen Pokok Sena itu menegaskan, PAS mampu menangani perkara itu jika berlaku (Hassan keluar Pas) kerana pernah melalui pengalaman seumpamanya sebelum ini.

"Isu keluar parti ini PAS sudah lama lalui dah. Presiden parti pun pernah keluar.

"Tetapi PAS masih terus berjalan seperti biasa," katanya merujuk kepada keluarnya presiden keempat parti Islam itu Datuk Asri Muda pada tahun 1982 akibat krisis kepimpinan.

Mahfuz juga menegaskan, PAS sentiasa bergerak sebagai sebuah organisasi dan tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu untuk tujuan itu, demikian kata Naib Presiden Pas itu.

Monday, December 12, 2011

Sanggupkah PAS korbankan Hassan Ali?

Datuk Dr Hasan Ali awal-awal lagi mengaku, hanya setia pada Allah, bukan "setia" pada Parti, kerana menurutnya kalau beliau mengaku "setia" pada parti, maka akan membawa maksud lain.

Pada masa yang sama bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini berkata, beliau akan bekerjasama dengan sesiapa saja yang berjuang untuk Islam.

Laporan media terbaru mengatakan bahawa beliau akan digugurkan daripada mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Exco Kerajaan Negeri Selangor ini berkata beliau komited untuk mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi diraja.

“Saya setia kepada Allah. Kepada umat, dalam konteks ini, saya tidak suka menggunakan istilah setia, tetapi bekerjasama.

Hasan berkata laporan kononnya beliau akan digugurkan daripada bertanding semua pilihan raya akan datang bukanlah penentu akan meninggalkan PAS.

Menurut beliau, tindakan meninggalkan parti adalah satu tugas sukar.

Kata beliau, persoalan sama ada beliau kekal atau digugurkan sebagai calon pilihan raya tidak akan menghalang perjuangannya memartabatkan bangsa Melayu, mengagungkan agama Islam dan mendaulatkan institusi raja.

“Sama ada saya dicalonkan atau tidak, itu bukan menjadi halangan, pendirian saya tidak pernah berubah terhadap tiga perkara berkenaan.

“Bahkan isu ini menjadikan saya lebih kental untuk terus berjuang dan saya yakin, ramai yang memahami dan menjiwai semangat saya,” tegasnya.

Menurutnya lagi, pihaknya sendiri tidak mendapat maklumat daripada peringkat PAS pusat berkaitan isu tersebut, sebaliknya hanya mendapat maklumat daripada media.

“Saya tidak menyalahkan saudara Shaari Sungip berkenaan kenyataan tersebut tetapi saya ingin membuat penegasan bagi mengelakkan kekeliruan bahawa hal-hal pencalonan mesti diputuskan oleh PAS Pusat setelah melalui penilaian oleh Majlis Syura.

“Adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak untuk mendahului kepimpinan tertinggi dalam parti berkaitan hal ini dan saya harap kepimpinan dapat memantau ahli di setiap peringkat agar tidak membuat kenyataan mendahului kepimpinan parti,” katanya lagi.

Jelas Hasan, pihaknya juga khuatir sekiranya perkara demikian adalah konspirasi dalaman yang cuba menjatuhkan dirinya.

“Saya rasa macam ada sedikit gangguan di peringkat negeri, tetapi saya harap konspirasi itu tidak berlaku,” katanya lagi.

“Perjuangan kita ikhlas, saya redha dengan apa jua tindakan PAS Pusat, tetapi sekiranya mereka tidak redha dengan saya, itu hak mereka, keutamaan saya adalah mendapat keredhaan Allah,” tegasnya.

Semalam, PAS menafikan laporan Mingguan Malaysia bahawa Hasan dan Nasharudin Mat Isa telah digugurkan daripada bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13.

Thursday, December 08, 2011

Hassan Ali ada keupayaan menjadi JAMBATAN PAS DAN UMNO

Kalaulah Hassan Ali masih ingat cermah-ceramah motivasinya dahulu, pasti beliau boleh menjadi jambatan antara Pas dan Umno.

Tujuan untuk membina hubungan baik antara Pas dan Umno adalah semata-mata demi bangsa melayu, di Tanah Melayu ini.

Bangsa Melayu menjadi lemah kerana politik. Kini, bangsa melayu terbagi kepada tiga kelompok politik, sebahagian besar dalam Umno, diikuti dalaman Pas dan sedikit dalam PKR.

Percayalah bangsa yang kuat, adalah bangsa yang bersatu. Tanpa kesatuan,maka bangsa itu akan lemah.

Melihat keadaan sekarang, bangsa-bangsa lain telah mempertikai kepimpinan melayu atas sebab bangsa melayu telah lemah.

Jangan rakus, kata bidalan, jangan gadai kampung, kerana untuk menang sorak.

Dr Hassan adalah sandaran bangsa Melayu dalam Pas.

Dr Hassan yang merupakan exco kerajaan Pakatan di Selangor, melihat dan menyaksikan bagaimana bangsa melayu diperlekeh, terutama oleh para pemimpin DAP.

Agama Islam anutan Bangsa Melayu dipertikai oleh pemimpin DAP, bermula dengan penjualan arak, suara azan, tulisan jawi, dan bermacam-macam lagi.

Wednesday, December 07, 2011

Hassan Ali-Jambatan Pas-Umno?

Tidak lama dulu Dr Hassan Ali terkait dengan isu Unity Goverment (UG), selain Timbalan Presiden Pas masa itu, Ustaz Nasa dan Presiden Pas sendiri, Datuk Haji Hadi Awang.

Isu kerajaan Perpaduan (UG), sudah ditolak oleh multamar Pas, kerana ke-engganan Nik Aziz menerima idea itu.

Kini, nama Dr Hassan muncul lagi, apabila editor Utusan, membangkitkan isu perpaduan melayu. Menurut Surat Khabar itu,Dr Hassan boleh berperanan menyatukan melayu khususnya di Selangor.

Pandangan ini diberikan susulan Perhimpunan Agung Umno minggu lalu yang mengisytiharkan PAS sama sekali tidak boleh menggantikan Umno dalam arena politik negara ini dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu selepas selama tiga tahun mempelawa parti Islam mengadakan kerjasama politik.

“Di Selangor Faktor Dr Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam PAS (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali,” kata Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum mingguannya hari ini.

Kata penulis itu, kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan, yang digugurkan sebagai ketua PAS Selangor Jun lalu, untuk melakukan perubahan.

Beliau digantikan oleh Dr Abd Rani Osman iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru.

“Dr Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor,” katanya dengan memetik titah Sultan Selangor ketika mengadakan kunjungan ke kompleks percetakan Kumpulan Utusan di Bangi, kelmarin.

Penulis itu dengan memetik kata-kata Sultan Sharafuddin berkata titah bahawa baginda tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah dan bukan juga bermaksud antara Umn dan PAS perlu “berkahwin” sebab bukan hak baginda untuk mencampuri urusan politik, menyifatkan “sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu.”

Zaini berkata bahawa akan berlaku satu peristiwa yang cukup signifikan minggu depan dengan Hasan bakal menjadi satu-satunya Exco Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran.

“Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor. Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan.

“Mengapa hanya Dr Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya,” kata penulis akhbar itu.

Zaini mendakwa Hasan bukan Exco dan ahli politik yang disukai di kalangan rakannya dalam barisan jemaah majlis mesyuarat itu.

Katanya, Hasan dikenali sebagai orang dalam Exco yang begitu kontroversi dan kaki kacau dan individu yang membuat bising mengenai usaha sebuah gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam tidak lama dulu.

“Beliaulah yang membela Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tentangan itu datangnya daripada Menteri Besar sendiri, para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim.

“Malah, banyak kenyataan Dr Hasan yang bercanggah dengan aspirasi kepemimpinan Kerajaan Selangor pimpinan DAP itu,” kata Zaini lagi.

Akhbar Umno itu berkata “Faktor Dr Hasan amat penting sekali” kerana beliau dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan.

“Terlalu banyak rahsia kerajaan Selangor pimpinan DAP yang diketahui oleh Dr Hasan. Mungkin juga banyak rahsia itu tidak menyenangkan kedudukan orang Melayu dan kesucian umat Islam,” katanya sambil mendakwa DAP sebenarnya gerun dengan Hasan.

“Malah PKR pun pening kepala dengan beliau,” katanya.

Penulis itu seterusnya berkata, Hasan, lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat, bukan calang-calang orang.

“Seorang sumber memberitahu saya, Tuanku cukup mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Dr Hasan. Beliau dilihat sebagai faktor penyatuan kepada perpaduan Melayu di Selangor,” katanya dalam tulisan kali ini.

Blog Archive