Showing posts with label Dendam Nik Aziz dan Anwar. Show all posts
Showing posts with label Dendam Nik Aziz dan Anwar. Show all posts

Tuesday, May 08, 2012

Bapa Kafir dan Bapa Nabi Luth


Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.

Akhbar New Straits Times memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.

"Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong Umno akan masuk neraka dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai PAS.

"Dia juga berkata Umno itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi lihat PAS sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti politik yang menolak negara Islam," katanya.

Menurut Rahim, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong BERSIH, maka rakyat melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu melanggar undang-undang.

"Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan," katanya Rahim lagi.

Semalam Nik Aziz dilapor berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

Sekalipun beliau bersetuju perhimpunan yang mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda awam adalah haram, tetapi berpendapat BERSIH 3.0 "bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya yang menuntut lapan perkara untuk membersihkan pilihan raya".

Mengulas lanjut, Rahim menggesa golongan muda supaya menyelidiki siapa sebenarnya penganjur BERSIH 3.0 dan tidak mengikutinya secara membuta tuli serta mendakwa rakyat melihat Nik Aziz sebagai "pelawak".

Saturday, May 28, 2011

Nik Aziz tidak mahu masuk lubang yang sama untuk kedua kali

DENDAM Nik Aziz terhadap UMNO tidak pernah padam. Mungkin dendam itu akan dibawa sampai ke mati.

Nik Aziz memperlekeh pelawaan UMNO untuk berkerjasama, malah menganggap Umno kini telah tersepit, atas sebab itu mahu PAS menyelamatkan parti terbesar melayu itu.

Awal bulan ini di Terenggau, Presiden UMNO-DS Najib memberi saranan, agar PAS meninggalkan Pakatan, kalaupun tidak ingin bersama Umno, kerana Pas hanya menjadi kuda tunggangan DAP dalam gabungan tiga parti DAP-PAS-PKR.

Selepas itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dalam entri blog timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perbincangan antara Umno dan PAS akan diteruskan demi perpaduan melayu.

PAS merasa mendapat angin selepas berjuang sejak tahun 1948, apabila segelintir ahli Umno keluar daripada parti itu untuk membentuk parti Pas pada PRU 2008, apabila parti itu mendapat 23 kerusi parlimen dan bersama DAP-PKR mampu menidakkan kuasa 2/3 BN dalam dewan rakyat.

Selepas kejayaan itu yang dikenal sebagai tsunami politik kepada BN, maka PAS terpenagruh dengan itizam Anwar untuk menawan Putrajaya untuk menjadikan mantan Perdana Menteri itu sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Pemimpin PAS terbayangkan akan menjadi Timbalan Perdana Menteri bergandingan dengan Lim Kit Siang. Pada ketika itu, Malaysia akan menyaksikan Tiga Timbalan Perdana Menteri, yang mana salah seorang mewakili Sabah dan Sarawak.

Pada ketika ini, adalah sukar memutuskan jarum yang tertanam pada benak pemimpin PAS yang telah ditanam Anwar, bahawa jika Pakatan menwawan putrajaya, maka salah satu Timbalan Perdana Menteri adalah daripada Parti Pas.

Dengan janji itu, adalah sukar bagi UMNO memujuk PAS keluar Pakatan, kerana jika Pas bekerjasama dengan UMNO pun, jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak akan singgah pada parti itu.

Selain dendam kesumat Nik Aziz, jawatan dalam kerajaanlah salah satu matalamat parti itu.

Thursday, December 16, 2010

Dendam dua insan ini tidak pernah padam

Kita tidak dapat menyalahkan jika seseorang yang dendam tidak mudah untuk berkawan apatah lagi untuk menyokong kita.

Nik Aziz teringat peristiwa yang kononnya PAS ditendang keluar oleh Umno daripada BN oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Hussien Onn kerana Umno sudah pulih ketika itu. Hingga kini perasaan itu masih ber buku di dada Menteri Besar Kelantan sejak 1990 itu.Walaupun berbagai pihak mengatakan, bahawa pada masa itu BN terpaksa meminta PAS keluar daripada BN, kerana parti itu menikam Umno daripada belakang, dengan cara membuka cawangan-cawangan di mana sebelumnya telah disepakti, bahawa di kawasan-kawasan Umno Pas telah bersetuju tidak menyibarkan pengaruh.

Sementera Anwar pula menyimpan dendam, di mana dendam itu ikut dikongsi oleh pengikut taksubnya, apabila Penasihat PKR itu dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 Septmebr 1998, ekoran surat adik Azmin Ali Ummi Haflida kepada Tun Dr Mahathir tentang kegiatan songsang Anwar.

Anwar dipenjarakan sejak masa itu sehingga dibebaskan pada 2 September 2004 oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.

Dendam Anwar tidak akan padam, di mana dendam itu ikut dikongsi bersama para penyokongnya. Dendam Anwar hanya akan terobati apabila dia berjaya merampas Putrajaya dan melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dendam Anwar akan terpadam apabila ketuanan melayu, akan terhapus dalam negara ini, dan pada ketika itu, tiada lagi istilah "patek datang merapak sembah".

Dendam Nik Aziz akan terobati, apabila Umno rebah, kerana sifat arrogant Umno terhadapnya kononya. Semua dapat merasakan bahawa Nik Aziz sangat dendam dengan Umno, jika suatu masa dulu, Nik Aziz mengatakan UMNO adalah parti Kafir, namun cara itu tidak mempengarui sokongan rakyat terhadap Umno, kini Nik Aziz melupakan pendirian asalnya, dan berkerjasama dengan DAP pula; walaupun Nik Aziz tahu, bahawa parti DAP sangat anti islam-seperti ungkpan Karpal Singh "Islmaic state- Over my dead body".

Blog Archive