Showing posts with label Buruh Asing. Show all posts
Showing posts with label Buruh Asing. Show all posts

Saturday, February 20, 2016

Buruh Asing Versus Graduan Menganggur

Jawatan tinggi tidak bakal ada, jika bukan kerana kakitangan biasa termasuk buruh, kecuali melantik diri sendiri ke jawatan itu hanya atas nama sahaja.

Sesuatu syarikat tidak akan berkembang maju, jika bukan kerana karyawan syarikat itu. Sebabnya, berkembang majunya sesebuah syarikat, maka akan terwujud jawatan-jawatan profesional. Para graduan perlu mengetahui perkara ini, jika mendapati mereka masih menganggur.

Sememangnya sesebuah syarikat yang intensif tenaga manusia, memerlukan tenaga buruh atau tenaga kerja spara mahir, di mana bentuk pekerjaan itu biasanya tergolong kepada 3D (Kotor, susah dan bahaya).

Seseorang graduan, tidak boleh mengeluh, hanya kerana tidak mendapat jawatan sesuai dengan apa yang dihajati, dan setaraf dengan bergulung-gulung ijazah, kerana seorang graduan, perlu mengadaptasi diri mereka pada keadaan.

Para graduan, tidak boleh memaksa sesiapa untuk mengwujudkan jawatan atau kerja yang mereka hajati, sebabnya, seperti mukadimah dalam tulisan ini, jawatan-jawatan yang bersifat profesional yang sedikit itu, hanya akan terwujud apabila syarikat-syarikat berkembang maju, faktornya adalah dorongan dan kesanggupan karyawan termasuk pekerja spara mahir dan buruh.

Melihat statstistik daripada Bank Negara, sehingga Februari 2016, terdapatnya 478ribu penganggur dalam negara di mana 400ribu adalah graduan/diploma, manakala kekosongan jawatan hanya 305 ribu. Jawatan kosong itu adalah jawatan yang termasuk dalam 3D.

Sesuai dengan mukadimah pada tulisan ini, jikalah berlaku tiada kekosoangan jawatan yang bersifat 3D atau semua jawatan itu terpenuhi, maka dengan sendirinya menjadikan sektor yang memerlukan tenaga kerja dalam kategori 3D berkenaan berkembang maju, jika berkembang maju, maka syarikat-syarikat itu akan mengembangkan sayap, maka jika ini berlaku, maka terwujudnya jawatan-jawatan profesional. Selagi prasyarat ini tidak terealisasi, selagi itu akan diperkatakan, bahawa ramainya graduan menganggur, sehingga alasan yang tidak berkait, seperti institusi pengajian tinggi gagal menyediakan graduan/pemegang diploma yang sesuai dengan pasaran kerja, lemahnya penguasaan bahasa inggeris dan berbagai lagi alasan yang dicari-cari.

Mereka yang bukan pembuat dasar, gagal melihat, keterkaitan dengan jumlah graduan yang menganggur dengan lapangan kerja yang tersedia, sehingga menuding jari kepada kerajaan kononnya gagal mencipta peluang-peluang pekerjaan untuk golongan ini.

Sebenarnya, kerajaan tidak terlibat dengan kegiatan ekonomi, kerajaan hanya terlibat dengan sektor perkhidmatan kepada rakyat. Berjuta jawatan diwujudkan dalam sektor perkhidmatan, seperti polis, tentera, jururawat, kebombaan, guru, pensyarah serta kakitangan awam kerajaan lain seperti penerangan dan sebagainya. Sebenarnya, jika berlaku penumpuhan pengwujudan jawatan di sektor awam, maka ianya menunjukkan sesebuah negara itu, terlalu jauh untuk dikategorikan pada status negara maju. Status negara maju, apabila penumpuhan lapangan pekerjaan berada pada sektor swsata, kerana, sektor ini merupakan enjin kepada kemajuan perekonomian sesebuah negara. 

Jika enjin perekonomian sesebuah negara terbantut, hanya kerana kekurangan tenaga kerja spara mahir dan tenaga kerja yang bekerja dalam 3D, maka menguncuplah peranaan enjin perekonomian itu. Inilah yang berlaku dalam negara, sebagai buktinya, wujudnya 400ribu graduan/pemegang diploma yang menganggur.

Pada awal kemerdekaan negara, oleh kerana kerajaan mengetahui bahawa syarikat swasta merupakan enjin kepada pembangunan negara, maka diwujudkan berbagai agensi yang berkaitan dengan kerajaan akan tetapi ditadbir urus sebagai syarikat swasta, seperti felda, Felcra, serta banyak lagi. Tujuannya semata-mata untuk mencipta peluang pekerjaan yang menyeluruh. Tahun 80-an diwujudkan berbagai syarikat melalui penswastaan seperti lebuh-raya utara-Selatan, pembangunan Putrajaya, Pembangunan KLIA, pembinaan MRT/LRT, pembinaan Menara Berkembar Petronas, tujuannya selain pemodenan, juga membuka lapangan pekerjaan.

Bermula Tahun 2003, telah diwujudkan berbagai macam koridor, projek agropolitan, projek perumahan rakyat, projek rumah mampu milik, program NBOS (Startegi Lautan Biru Kebangsaaan) semata-mata untuk membuka lapangan pekerjaan. Melihat kepada bentuk pekerjaan yang bakal terwujud melalui projek-projek itu adalah menyeluruh termasuk tenaga buruh dan spara profesional. 

Melalui kewujudan projek-projek itu, maka terwujudlah 305ribu lapangan kerja yang bersifat 3D. Oleh kerana, penganggur dalam negara yang berjumlah 478ribu tidak merebut peluang itu, maka terwujudlah cadangan membawa buruh asing ke dalam negara. Seharusnya para graduan/diploma menyokong cadangan itu, agar cepatnya terwujud lapangan pekerjaan profesional di mana ianya membuka peluang pekerjaan kepada mereka.

Memang benar, alasan yang diberi, jika pekerja asing di bawa masuk maka mengwujudkan konflik budaya, meningkatnya kadar jenayah, akan tetapi, jika cadangan itu tidak dilakukan, maka selamanya sektor atau industri yang memerlukan tenaga kerja itu, tidak akan berkembang, dan rentetannya, tidak dapat mengwujudkan lapangan kerja profesional, maka semakin lama lah para graduan/diploma menganggur.

Ada yang mendakwa, bahawa kekosongan jawatan dalam kategori 3D tidak direbut, disebabkan gaji yang rendah. Dakwaan itu boleh benar dan boleh tidak. Benar, jika sesebuah syarikat itu hanya mementingkan keuntungan berlipat ganda, tidak benar, jika syarikat itu berfikiran, bahawa kewujudan syarikat mereka selain membuka lapangan pekerjaan, juga meningkatkan kualiti kehidupan pekerja melalui pendapatan yang setimpal.

Cadangan membawa masuk buruh asing sebenarnya bersetuju dengan syarikat-syarikat yang mahu mengaut keuntungan yang berlipat ganda, manakala pembekuan membawa masuk, memaksa syarikat-syarikat memilih memperkerjakan tenaga kerja dalam kategori 3D untuk peningkatan kualiti hidup.

Jika syarikat-syarikat swasta memilih memperkerjakan tenaga kerja untuk peningkatan kualiti hidup, seperti mana dilakukan oleh syarikat-syarikat minyak (di mana pekerja dalam sektor itu, bukan sahaja terkategori dalam 3D malah lebih daripada itu), tidak mustahil, penganggur yang termasuk dalam 478ribu itu akan menyahut cabaran itu, kerana ianya berbaloi untuk dikerjakan. Bayangkan, jika seorang graduan yang berhutang dengan PTPTN atau MARA mengambil jawatan 3D yang bergaji RM1000, bagaimana boleh membayar hutang, sedangkan menyara kehidupanpun tidak cukup, apatah lagi membantu ibu bapa, yang semanangnya mengaharapkan, apabila memanam padi, maka apabila padi masak, maka padi dijadikan beras untuk santapan.

AYT semasa awal tahun 80-an selepas menjadi graduan memulakan tugas sebagai pemandu lori 3 ton mengurus pemeliharan udang harimau. Apabila pemeliharan udang itu semakin maju, oleh kerana penulis seorang graduan, maka dilantik sebagai pengurus untuk projek itu. Ertinya, bagi sebarang pekerjaan, kalau tidak tersedia, maka kita perlu turut sama menyediakan peluang jawatan untuk kita sendiri. Demikian juga para graduan/diploma yang menganggur itu, rebutlah pekerjaan 3D itu, asalkan, bayaran yang lumayan, kemudiannya ciptalah jawatan sendiri melaluinya. sebenarnya inilah kelebihan seorang graduan/diploma berbanding buruh yang hanya mampu menggunakan tulang empat kerat, kerana tidak mempunyai kelebihan lain.

Bayangkan impak kepada penciptaan lapangan kerja, jika seluruh 478ribu yang menganggur itu menggunakan tenaga mereka untuk turut sama merebut kekosongan 305ribu yang tersedia. Kehadiran 400ribu itu akan membuka peluang jutaan peluang pekerjaan, dan ratusan ribu jawatan profesional yang tersedia untuk mereka isi. Fikir-fikirkan lah.

Friday, February 19, 2016

Pembekuan Buruh Asing- Pencari Kerja Perlu Ambil Peluang- Salleh

ISU membawa 1.5juta buruh daripada Bangladesh, untuk sementara hanya tinggal cerita, sebabnya, Timbalan Perdana Menteri pada Jumaat pagi mengumumkan membekukan membawa masuk buruh asing, termasuk daripada Bangladesh.

Isu kemasukan buruh Bangladesh telah menjadi rungutan berbagai pihak di dalam negara, termasuk mengaitkan kehadiran warga asing itu akan menambah kadar jenayah dalam negara selain merebut peluang pekerjaan rakyat tempatan.

Menanggapi pengumunan Timbalan Perdana itu, salah seorang Menteri kabinet, iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia- Datuk Dr Salleh Tun Said menyifatkan ianya satu pekembangan yang baik. Bersandarkan kepada pengumuan itu, maka rakyat tempatan menurut Salleh  perlu mengambil peluang itu dengan sebaik-baiknya.

Rakyat perlu melihat keputusan membekukanmembawa masuk buruh asing dengan serta merta, menunjukkan bahawa kerajaan memandang berat pandangan dan rungutan berbagai pihak berkaitan dengan tindakan membawa masuk buruh asing.

Buruh asing di bawa masuk, kononnya atas sebab, rakyat tempatan enggan berkerja di sektor yang bersifat 3D (kotor, bahaya dan susah), namun sebenarnya, alasan itu adalah permainan sektor yang berkenaan, semata-mata untuk mengelak membayar gaji lebih kepada tenaga buruh tempatan atau yang telah ada.

Sejak sekian lama, permasalahan buruh dalam negara dihubung kaitkan dengan keenganan rakyat tempatan bekerja dalam sektor yang bersifat 3D, malah pihak-pihak tertentu dalam sektor yang memerlukan ramai buruh, mendakwa, bahawa tenaga kerja tempatan adalah pemalas. Namun, apabila buruh asing di bawa masuk akhirnya, ramai yang menjadi PATI (pekerja asing tanpa izin) atas sebab majikan-majikan yang memperkerjakan tenaga asing itu melepaskan mereka, kerana masalah upah.

Adalah biasa, mengikut masa dan pengalaman, maka menuntut pembayaran upah yang lebih tinggi. Oleh kerana tenaga buruh yang sudah bekerja lama dan sudah menimba pengelaman, menuntut gaji lebih, maka majikan tidak mahu memberi mereka kerja, sebaliknya memberi berbagai alasan kepada kerajaan, untuk membawa masuk buruh yang “fresh” meskipun perlu membayar levi sehingga RM10,000 seorang, kerana menurut perkiraan mereka adalah lebih menguntungkan mengaji buruh “fresh” berbanding yang sudah berpengelaman.

Diperkirakan seramai 6juta buruh asing dalam negara termasuk yang berstatus PATI.

Melalui keputusan kerajaan membekukan kemasukan buruh asing, maka sektor yang memerlukan buruh, mahu atau tidak perlu mempergunakan tenaga buruh yang ada, malah jika dicampur dengan buruh tempatan, ianya bisa mencapai 8 juta.

Berasaskan kepada pembekuan pengambilan buruh asing, maka mereka yang mengaitkan tindakan itu, kononnya untuk dijadikan sebagai pengundi, seperti mana dakwaan penyokong pembangkang, perlu menghentikan dakwaan itu. 

Pada PRU-13 lalu, pihak pembangkang di ambang pembuangan undi telah mengisukan, kononnya 40,000 pengundi Bangladesh di bawa masuk untuk mengundi Bn. Tujuan kepada dakwaan itu, agar pengundi negara ini marah. Benar juga, akibat pembohongan pihak pembangkang itu, Bn kehilangan undi popular, kerana kawasan-kawasan yang bermajoriti kaum cina “full force” mengundi calon-calon Pembangkang.

Keputusan kerajaan membekukan membawa masuk buruh asing, sekurang-kurangnya meredakan putar belit pembangkang yang menghubungkaitkan kedatangan buruh asing untuk dijadikan pengundi. Apa yang malang, mengapa setengah rakyat boleh percaya kepada dakwaan itu, kerana sememangnya, perkara demikian sukar berlaku. Sebabnya, hanya warganegara sahaja yang boleh mendaftar sebagai pengundi.

Keputusan kerajaan membekukan membawa masuk buruh asing, setidak-tidak satu penyelesaian kepada buruh yang berada dalam negara. Selain itu, membuka peluang kepada rakyat tempatan. 

AYT sangat menunggu, apa kah melalui keputusan ini, buruh asing yang bertugas di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur atau KLCC bertukar kepada rakyat tempatan, kerana kerja-kerja di tempat itu bukanpun termasuk dalam kategori 3D.

Betullah Kata Husin Lempoyang Dalam Filem 3 Abdul- Berdagang Manusia Menguntungkan Berbanding jual Unta

MENGAPA majikan lebih gemar memgimport tenaga buruh? sebabnya, melalui tenaga buruh yang “fresh” lebih menguntungkan berbanding tenaga buruh yang ada, apatah lagi tenaga buruh tempatan.

Boleh nampak kah, mengapa majikan sanggup membayar RM10,000 bagi setiap tenaga asing yang baru? sebabnya tenaga buruh yang baru, lebih menguntungkan berbanding tenaga buruh dalam negara, kerana semuanya berkaitan dengan upah. 

‘Majikan tidak mahu membayar upah yang lebih tinggi, atas sebab itu, mereka gemar memilih buruh yang baru.

Sebenarnya, buruh yang ada dalam negara, asalnya juga buruh asing yang di bawah masuk. Oleh kerana mereka sudah berpengelaman, maka sesuai dengan masa dan pengalaman, maka mereka menuntut gaji yang lebih tinggi. 

Dikatakan buruh asing dalam negara mencecah 6 juta. Mengapa para majikan tidak berminat??? sedangkan para majikan jugalah punca mengapa sebahagian daripada buruh asing itu menjadi Pendatang asing Tanpa Izin (PATI). 

Lumarah manusia, semakin lama bekerja dan pengelaman bertambah, maka bayaran juga perlu bertambah. Namun para syarikat, yang mahu mengaut keuntungan maksimum, tidak gemar memperkerja buruh asing demikian. Atas sebab itu, mempengaruhi kerajaan untuk membawa masuk buruh asing.

Selain itu, akibat tindakan para pelobi, maka pemimpin kerajaan terpengaruh dengan mereka, tanpa memeriksa atau menyiasat apa yang berlaku. Benar setiap tahun, ratusan ribu permintaan dikemukakan kepada agensi kerajaa yang mengurus perburuhan, namun pada masa yang sama jutaan buruh asing dalam negara menganggur, malah menyumbang kepada masalah sosial, termasuk jenayah.

Atas sebab itulah, apabila kerajaan berhasrat membawa masuk buruh daripada Bangladesh, maka berbagai macam bantahan dikemukakan. Bantahan mereka itu, bukan tiada asas, tetapi berasas.

Sebenarnya, membawa buruh Bangladesh merupakan cara majikan mengelak membayar gaji lebih, bukannya atas sebab kekurangan buruh. Kenyataan kerajaan, kononnya rakyat tempatan mengelak kerja yang berbentuk 3D (kotor, bahaya dan susah) sebenarnya kenyataan bukan berasas kepada keadaan sebenar, ianya hanya meminjam kata-kata para majikan.

Apa kah kerja menyusun troli atau perkhidmatan pembersihan di kompleks beli belah seperti KLCC atau Kuala Lumpur Internation Airport termasuk dalam kategori kerja 3D? Mengapa tempat-tempat demikian dipenuhi buruh asing??? sedangkan jika kerja-kerja itu diberikan kepada rakyat tempatan, kata peribahasa bukan sahaja nyiru ditadahkan akan tetapi padang bola.

Monday, February 15, 2016

Buruh Asing Boleh Wujudkan Konflik Budaya

Membawa masuk 1.5juta buruh daripada Bangladesh memerlukan 3,750 penerbangan menggunakan Boeing 777, selain kos melebih setengah bilion ringgit.

Menurut kerajaan, atas sebab tenga buruh tempatan tidak mahu berkerja pada pekerjaan yang bersifat 3D- Dangerous, Dirty dan Difficult, maka kerajaan tiada pilihan melainkan meluluskan permintaan sektor yang memerlukan tenaga kerja asing.

Sudah menjadi pengetahuan umum, bahawa sektor perkhidmatan seperti di Lapangan Terbang Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Commercial Centre (KLCC) , mereka yang menjaga troli, tandas dan pembersihan adalah daripada tenaga buruh asing, sedangkan, sifat kerja demikian tidak termasuk dalam Dangerous dan Difficult ataupun Dirty. Sebenarnya, kalau diperhalusi, kerja di bengkel kereta, lebih memenuhi kategori 3D, namun ramai juga rakyat tempatan berkeja di sektor itu.

Kini ramai yang bercakap berkaitan dengan kemasukan buruh asing, puncanya hanya kerana cara demikian merupakan entiti bisnes baru. Menurut ceritanya, apabila sesebuah syarikat mendapat kelulusan membawa masuk buruh asing, ianya seperti AP (Approval permit) bagi mengimport kenderaan. Di atas kertas, setiap seseorang kelulusan membawa masuk buruh asing membawa nilai RM500. Bayangkan jika sesebuah syarikat dibenarkan membawa masuk 1000 orang. Instance Money sebanyak RM500ribu dengan mudah bertukar tangan.

Kerajaan seharusnya mengambil iktibar semasa zaman sebelum merdeka, apabila penjajah membawa masuk buruh asing ke negara ini, dengan alasan yang sama. Demikian juga berlaku di sektor peladangan di Sabah, sewaktu rancaknya penamaman kelapa sawit dan pembalakan. Apa yang berlaku? tepuk dada tanya selera.

Melihat kepada isu membawa masuk buruh Bangladesh, sesuai dengan keputusan kerajaan menerusi mekanisme Kerajaan Kepada Kerajaan Plus (G-To-G Plus) mengundang rasa tidak senang banyak pihak, meskipun langkah itu bertujuan memenuhi permintaan industri dan majikan.

Bermacam-macam pendapat dinyatakan melalui media arus perdana dan laman sosial terutamanya ‘kebimbangan’ akan implikasi dan risiko berikutan pertambahan jumlah pekerja asing yang begitu ramai.

Pertubuhan bukan kerajaan dan kesatuan sekerja memberikan pelbagai reaksi, dan tidak kurang juga yang mempersoalkan rasional kemasukan pekerja Bangladesh menerusi mekanisme G-To-G Plus itu.

Laporan berita pada 9 Februari memetik Setiausaha Kabinet Bangladesh Mohammad Shafiul Alam berkata ,kerajaan Bangladesh meluluskan draf penjanjian persefahaman (MoU) G-To-G Plus berhubung penghantaran 1.5 juta rakyatnya untuk bekerja di Malaysia.

Pada 11 Februari, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan angka 1.5 juta pekerja Bangladesh yang mendapat liputan meluas pihak media sebenarnya merupakan jumlah warga Bangladesh yang berdaftar dengan kerajaan negara itu untuk tujuan pekerjaan.

KDN menegaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan dalam 5 sektor iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan semasa permohonan dibuat.

Pengambilan tidak akan dibuat secara serentak, sebaliknya dilaksanakan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun. Malah pada hari ini, Dato Mustapa Mohammad Menteri MITI menyatakan, bahawa jumlah buruh asing yang bakal di bawah masuk bergantung kepada permintaan indiustri. Melalui kenyataan itu, jumlah buruh asing yang bakal di bawa boleh kurang daripada 1.5juta boleh juga lebih.

Apa juga keadaannya, pelbagai kemungkinan implikasi daripada kemasukan pekerja asing tetap menjadi persoalan dan menimbulkan kebimbangan banyak pihak terutamanya berhubung kesan sosial terhadap rakyat negara ini.

Pandangan Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri perlu diambilkira, yakni kerajaan harus memperhalusi keputusan itu bagi melihat kesan jangka panjang yang boleh mendatangkan risiko kepada warga tempatan. Pendapat beliau seiring dengan kenyataan Menteri Besar Johor- Datuk Kaled Nordin, yaitu, Kerajaan perlu mengwujudkan proses saringan yang ketat terhadap setiap warga asing yang ingin bekerja di Malaysia bagi memastikan mereka benar-benar berkelayakan.

Sememangnya kerajaan akan melakukan proses saringan tetapi diharapkan proses itu dijalankan dengan lebih teliti dan terperinci kerana kita tidak mahu mereka (pekerja asing) yang datang ke sini nanti mempunyai masalah-masalah yang boleh menjejaskan aspek keselamatan dan kesihatan rakyat tempatan.

Jangan nanti berlaku, bahawa kedatangan buruh asing hanya dilihat pada kuantiti, bukan kepada kualti. Apa yang penting adalah kredibiliti dan keupayaan mereka untuk bekerja dengan produktif serta efisien kerana terbukti banyak masalah sosial berpunca daripada warga asing berlaku. Selain itu, kerajaan perlu mengambil kira impak terhadap fiskal negara, kerana kebanjiran buruh asing itu, sudah tentunya berakibat banyaknya wang negara mengalir keluar. 

Selain impak ekonomi atau kewangan, Kerajaan juga perlu melihat impak sosio-budaya, kerana kebanjiran pekerja asing akan memberi kesan sosial kepada kehidupan rakyat tempatan.

Buruh asing atau tenaga asing, bukan dilihat daripada taraf pendidikan, akan tetapi corak kehidupan mereka yang berbeza, dan sudah tentunya boleh mengganggu corak kehidupan tempatan dan masyarakat tempatan berhadapan risiko interaksi sosial yang boleh memudaratkan pemikiran generasi akan datang.

Apa yang akan menggusarkan apabila rakyat tempatan terpaksa menerima dan mempelajari budaya yang dibawa pekerja asing, sekali gus mempengaruhi sistem sosial dan budaya rakyat tempatan. Ambil pengalaman rakyat Sabah berdepan dengan rakyat asing, khususnya di kawasan bandar, sehingga ramai yang terikut-ikut budaya asing, khususnya berkaitan dengan gejala sosial seperti pelacuran, penyalahgunaan dadah serta budaya samseng.

Secara jangka panjang, kehadiran ramai pekerja asing, sebenarnya memberi gambaran bahawa negara menerima budaya mereka, walaupun di mata kerajaan, bahawa kehadiran mereka adalah membantu pembangunan negara, namun di lain pihak mereka membawa tabiat buruk mereka seperti soal-soal kebersihan. Cuba saksikan, apa yang berlaku di sekitar kompleks beli belah seperti KLCC setiap cuti panjang. Sampah di buang di merata tempat, meludah di tempat awam dan sebagainya. Keadaan ini belum lagi termasuk, jika berlaku kahwin campur, sehingga mengwujudkan konflik budaya.

Negara telah berdepan dengan tindakan penjajah membawa warga asing ke negara ini sebelum merdeka, sehingga rakyat tempatan terpaksa menerima budaya baru, dan terpaksa menyesuaikan diri, jika tidak mahu dipanggil sebagai racis.

Kepada Kerajaan, perlu melihat kembali sejarah, bagaimana impaknya pengambilan buruh asing kepada negara. Jangan hanya penyelesaian jangka pendek, maka membawa impak yang berpanjangan. Janganlah satu hari nanti sudah terantuk baru terngada, seperti mana yang didepani Kerajaan Sabah. Fikir-Fikirkan Lah.

Blog Archive