Showing posts with label Baju Merah. Show all posts
Showing posts with label Baju Merah. Show all posts

Tuesday, December 07, 2010

Tindakan polis terhadap BAJU MERAH Ahad lalu betul

Akibat tindakan kumpulan Baju Merah Ahad lalu kerana tujuk perasaan bagi membantah kenaikkan tarif 37 peratus air Selangor di Kuala Lumpur, telah menggangu ketenteraman awam dan kelancaran perniagaan

Tujuk perasaan Baju Merah itu telah mengakibat kerugian berjuta riggit kepada para peniaga di sekitar ibu Kota terutama di persekitaran KLCC.

Selain itu, kesesakan lalu lintas telah berlaku, kerana kerhadiran Baju merah yang dianggarkan kira-kira 3,000 orang.

AYT telah telah terperangkap selama 2 jam, akibatnya AYT terlepas penerbangan ke Sabah.

AYT tabik kepada pihak polis kerana bertindak pantas walaupun agak lambat bagi menyuraikan perhimpunan haram itu.

Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah dipetik sebagai berkata, pihak polis bertindak sesuai dengan peruntukan undang-undang.Malah pihak polis telah memberikan kerjasama dengan memberi laluan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan beliau menghantar memorandum tersebut ke Istana Negara.

“Menteri Besar telah bersetuju dengan cadangan dan nasihat polis bahawa mereka tidak berarak ke Istana Negara dan selepas solat Zuhor di Masjid Negara, beliau telah diberi laluan bagi menyerahkan memorandum itu di Istana Negara,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata demikian bagi mengulas artikel bertajuk “Bar Council Slams Cops For Polis-State Mindset” dalam The Malaysian Insider yang menyatakan tindakan polis bagi meleraikan perhimpunan itu kasar dan menindas.

Zulkifli berkata kedegilan sekumpulan penyokong yang masih berkumpul dan berarak menuju ke Istana Negara menyebabkan polis terpaksa bertindak bagi menyuraikan perhimpunan sekaligus mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam di Bandaraya Kuala Lumpur

“Pada masa kini peruntukan Seksyen 27 Akta Polis 1967 masih berkuatkuasa dan selaras dengan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, sebarang perhimpunan perlu mendapat lesen daripada polis terlebih dahulu,” katanya.

Kedegilan kumpulan penyokong itu yang enggan bersurai serta mengganggu tugas polis menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Akibat perhimpunan itu, ribuan warga kota terperangkap dalam kesesakan jalan raya selain mendatangkan kerugian kepada peniaga di sekitar lokasi perhimpunan.

Monday, December 06, 2010

Perbuatan Kumpulan Baju Merah kerja orang gila

Wajar pihak polis menggunakan pemedih mata dan water canon untuk menyuraikan pembantah kenaikan tarif air di Selangor.

Kumpulan itu bukan sahaja menyusahkan rakyat biasa yang menggunakan hari cuti untuk bereadah di ibu kota, malah merugikan para peniaga.

Akibat kelibat mereka, perniagaan di sekitar ibu kota terutama para peniaga di KLCC dan sekitarnya telah kerugian berjuta ringgit.

Pelik sungguh, tujuan mereka ini, di lain pihak mereka kononnya mengutamakan rakyat, namun perbuatan mereka menjahanamkan rakyat.

AYT yang bertolak daripada Wisma MCA pada kira-kira jam 1 petang untuk mengejar penerbangan ke Kota Kinabalu, terkandas, kerana kereta yang AYT tumpangi tersendat di tengah jalan, akibat gangguan kumpulan baju merah.

Pemandu Teksi mengeluh, malah merungut, kerana akibat perbuatan baju merah itu, pendapatan mereka tersendat, malah khuatir tidak mampu membayar sewaan sebanyak RM40 sehari.

Perbuatan baju merah yang juga penyokong Pakatan Rakyat, bukan sahaja menyusahkan rakyat kecil, malah para peniaga.

Pihak polis bertindak bijak dengan menyuraikan mereka. Sepatutnya, dari awal-awal lagi pihak polis bertindak, sebelum kumpulan itu berhimpun.

Bagi AYT, tidak ada apa yang mereka dapat dengan berdemonstrasi dan menyerahkan memorendum kepada SPB Agong, kerana masalah air Selangor, telahpun dibahas panjang lebar di parlimen pada rabu lalu.

Anwar hampir seharian membahas mengenai air Selangor di Parlimen, namun bahasannya itu telah ditolak oleh parlimen.

Berdemonstrasi untuk mendapatkan simpati, tidak semestinya mendapat sokongan. Mereka yang waras tahu, bahawa untuk menghasilkan air yang terawat perlu kos yang tinggi. Siapa yang perlu menanggung kos merawat air? Syabas yang diberi konsensi, perlu membayar pinjaman. Lojiknya setiap perniagaan perlukan untung, tanpa untung, maka hancurlah syarikat itu.

Jika Syabas mengalami kerugian, di mana kah syarikat itu mendapat kewangan untuk merawat air? jika meminta Bill Out daripada Kerajaan, sudah tentu rakyat akan marah, bukan sahaja rakyat Selangor malah seluruh rakyat.

Adil kah? rakyat negeri-negeri lain menampung kos yang diguna pakai untuk rakyat Selangor?

Pihak Pakatan perlu rasional, SYABAS berfungsi merawat,membekal air untuk rakyat Selangor. Disebabkan rakyat Selangor; berkehendakan air bersih yang selamat digunakan, maka mereka perlulah menanggung kos.Jangan bebankan kepada rakyat lain yang tidak ada sangut paut dengan bekalan air di Selangor.

Bagi AYT, demonstrasi petang tadi hanya muslihat Pakatan untuk menarik perhatian, sempena dengan Konvensyen BN di Wisma MCA.

Mereka hanya ingin mengagalkan konvensyen itu, namun usaha mereka itu telah gagal.

Blog Archive