Showing posts with label Azmin pasti jatuhkan Khalid ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Azmin pasti jatuhkan Khalid ibrahim. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Khalid Ibrahim bye-bye jawatan MB selepas pemilihan PKR

Spekulasi semakin panas bahawa selepas sahaja pemilihan PKR selesai, maka jawatan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor akan berakhir.

Walaupun jawatan MB merupakan persetujuan antara 3 parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat yakni DAP-PAS-PKR dan wajib mendapat perkenaan Sultan, semuanya itu tidak menghalang menggantikan Khalid.

Khalid bukan sahaja mendapat kritikan daripada para pemimpin PKR tetapi juga gabungan parti yang dalam Pakatan Rakyat.

Khalid walaupun berpengalaman dalam bidang korporat, namun mengurus dan mentadbir kerajaan sungguh berlainan dengan pengurusan korporat.

Khalid juga dilihat terlalu lemah dalam pengurusan politik, atas sebab itu pada bulan Mei lalu, dia dilucutkan daripada Pengerusi PKR dan jawatannya diambil alih oleh Naib Persiden PKR Azmin Ali.

Azmin kini bertanding jawatan Timbalan Persdien PKR dan berhadapan dengan Zaid Ibrahim dan Mustapha Kamal Ayob.

Di kalangan penyokong PKR, Khalid dikatakan satu kem dengan Zaid. Khalid dikatakan senada dengan Persiden Parti Wan Azizah dan ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar untuk memastikan agar Azmin tewas dalam perebutan jawatan no.2 parti.

Jawatan Khalid akan selamat jika Azmin tewas, jika Azmin menang, itu lah saat-saat akhir Khalid Ibrahim berada pada jawatan MBnya.

Saturday, October 02, 2010

Azmin Ali akan cantas sesiapa sahaja menjadi penghalang cita-citanya

SIFAT Azmin Ali menyerupai sifunya Anwar Ibrahim. Bagi Azmin sesiapa sahaja yang menghalang kemahuannya akan dicantas hingga ke akar umbi. Tidak kira lah siapa.

Pada masa ini siangan utama Azmin untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PKR ada Zaid Ibrahim. Zaid adalah orang baru dalam PKR.

Yakin lah setelah Azmin menang nombor 2 PKR, gilirian berikutnya adalah jawatan Menteri Besar Selangor. Kini Azmin adalah pengerusi PKR Selangor, jawatan yang disandang sebelumnya oleh Khalid Ibrahim.

Esok pemilihan Cabang Kuala Selangor, di mana Khalid Ibrahim mempertahankan jawatan itu. Sebelum ini cabang PKR kawasan itu telah bubar dengan sendirinya apabila 11 AJKnya keluar beramai-ramai kerana hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Khalid Ibrahim.

Untuk mempermudah perjalanan cita-cita Azmin menerajui kerajaan Selangor, puak Azmin telah menjalankan gerak saraf baik terang ataupun tersembunyi, agar Khalid Ibarhim kecundang dalam pemilihan cabang Kuala Selangor, esok.

Walaupun Khalid Ibrahim mengatakan bahawa Azmin tidak akan sampai hati menjatuhkannya, namun dalam politik semuanya boleh berlaku.

Azmin mewarisi sifat Anwar,by hook or by crock jawatan yang diidamkannya mesti dapat.

Anwar hingga kini mengorbankan hak melayu demi mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Selepas PRU-12 lalu, Anwar telah mencangkan gerakan 16 September 2008 adalah hari menjatuhkan kerajaan BN. Walaupun gerakan tersebut tidak berjaya, namun Anwar tidak berputus asa, PRU-13 adalah sasaran utamanya.

Berbalik kepada Azmin, Azmin pasti mejatuhkan Khalid, kerana khalid sukar diperkotak katik oleh Anwar. Jika Azmin menjadi menteri besar Selangor, maka mudah lah bagi Anwar mempergunakan semua sumber kerajaan Selangor untuk menghadapi PRU-13.

Pada PRU-13 nanti, kita akan menyakisikan bililon ringgit akan bertukar tangan demi meraih undi. Anwar takut, kalau Khalid masih menteri besar, penggunaan kewangan Selangor untuk PRU-13 tidak dapat digunakan.

Kedudukan Khalid Ibrahim akan ditentukan esok. sama-sama kita menunggu.

Blog Archive