Showing posts with label Aura Anwar Sirna-HK Domino. Show all posts
Showing posts with label Aura Anwar Sirna-HK Domino. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

Anwar sudah hilang aura

Kira-kira 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan protes dan berhimpun di Dataran Shah Alam di sini pada Jumaat meminta Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali supaya keluar daripada parti tersebut.

Protes itu diadakan bermula pukul 8 malam sempena perhimpunan "Rapat Umum Keadilan Selangor bersama Anwar Ibrahim" yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini yang turut dihadiri oleh kedua-dua pemimpin terbabit.

Ketua Bahagian PKR Kota Raja K.S Kottapan yang mengetuai protes itu berkata perhimpunan berkenaan juga diadakan ekoran kegagalan kepimpinan tertinggi PKR menangani aduan membabitkan pemilihan parti oleh beberapa calon kepimpinan di peringkat cabang di Selangor.

"Hari ini kita adakan demonstrasi di hadapan bangunan MBSA adalah untuk memberitahu pemimpin PKR bahawa kita membantah pemilihan di peringkat cabang hingga ke Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

"Kita turun ramai-ramai dari semua cabang untuk protes bahawa pemilihan kali ini dijalankan dengan begitu kotor," katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu, Kottapan berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana ia membabitkan hal dalaman parti.

Monday, March 08, 2010

Setelah 16 September Gagal: Kini Anwar Diserang Hukum Domino

Walaupun Nampak Gagah-Namun AURA telah Sirna

Setelah 16 September mengalami kegagalan, kini Anwar diserang hukum domino.

Semalam mahkamah persekutuan mengesahkan bahwa pemecetannya pada 2 September 1998 adalah sah. Agong telah bertindak betul menurut perlembagaan. Pengsahkan mahkamah agong ini, mengenepikan rayuan Anwar bahawa pemecatannya oleh Agong atas nasihat perdana menteri ada lah betul mengikut perlembagaan.

Selain itu usaha Anwar menguggurkan sodomy II tidak juga berjaya. Sambungan perbicaraan sodomy II akan diteruskan pada 25 Mac ini.

Usaha Anwar meminta negara luar campur tangan tidak juga memeberi keputusan yang memihak Anwar.

Kini propaganda Anwar berbentuk VCD kononnya pengakuan Yusof Qardawi ulama Mesir, yang kononya menyokong Anwar dalam sodomy II sedang diedarkan oleh pihak penyokong Anwar. Kemungkinan besar isi VCD itu telah ditokok tambah, dan besar kemungkinan ulama Mesir itu, tidak merujuk kepada Anwar, namun hanya sebagai kuliah biasa.

Berkeluarannya wakil rakyat PKR menjadikan Anwar lagi merasa gelisah dan gentar. Walaupun PKR mempunyai kurang kursi dibanding DAP, namun Lim Kit Siang memberi laluan kepada Anwar untuk terus sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Lazimnya apa yang berlaku, mana-mana parti yang mempunai lebih banyak kerusi di parlimen, itu lah yang akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Namun, untuk tujuan gimik dan mengelirukan rakyat, seolah-olah ikatan 3 parti berlainan ideologi DAP-PAS-PKR masih bersefahaman, kerana itu mereka masih boleh menerima Anwar sebagai ketua mereka di Parlimen.

Para pemimpin Pakatan kali ini telah mendabik dada bahawa tiada lagi pengkhianat dalam PKR kerana 4 orang yang di maksudkan telahpun keluar. NAMUN jangan lupa sepertimana yang dikatakan oleh mantan setiausaha agung PKR Dato Salehuddin Hashim, bahawa terdapat 10 atau lebih wakil rakyat Pakatan akan keluar secara perlahan-lahan.

Diperkirakan antara 7-8 wakil rakyat Pakatan akan berkeluaran dalam masa terdekat. Jangan disangka air air yang tenang tidak berbuaya. Para wakil rakyat itu menunggu masa yang sesuai untuk istihar keluar.Tidak ada sesiapa dalam Pakatan atau PKR boleh membendung mereka, kerana mereka telah membuat keputusan, bahawa keyakinan kepada Anwar dan para pemimpin Pakatan telah sirna.

Tindakan Lim Guan Eng, Nik Aziz dan Khalid Ibrahim dalam mengurus negeri masing-masing adalah punca kepada para wakil rakyat ini berkeluaran. Masa sahaja yang menentukan.

Sebagai rekod Empat Ahli Parlimen yang keluar daripada PKR ialah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim/Bandar Baru).

Blog Archive