Showing posts with label Anwar apco. Show all posts
Showing posts with label Anwar apco. Show all posts

Wednesday, June 09, 2010

Isu APCO: Keterangan CEO APCO Tertangguh Lagi

Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen yang dijadualkan mendengar keterangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Apco Worldwide Brad Staples, hari ini tidak menjadi kenyataan.

Ia berikutan keputusan untuk menangguhkan mesyuarat hari ini. Keputusan itu memeranjatkan seorang lagi saksi yang dipanggil memberi keterangan hari ini - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Mereka (jawatankuasa itu) sedang membincangkan sesuatu...Saya tidak tahu apa yang dibincangkan itu,” katanya selepas menunggu kira-kira 90 minit untuk dipanggil.

“Saya tunggu tetapi tidak dipanggil baagi memberi keterangan. Saya kemudiannya dimaklumkan oleh setiausaha Dewan Rakyat bahawa mesyuarat ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.”

Pada mesyuarat jawatankuasa ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel.

Beliau yang juga ketua umum PKR sebelum ini berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel.

Berikutan itu, pada 22 April lalu, Dewan Rakyat memutuskan melalui undian suara untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa tersebut.

Selain Karpal Singh dan R Sivarasa yang mewakili Pakatan Rakyat, anggota parlimen lain yang menganggotai jawatankuasa itu ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Datuk Seri Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) dan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong).

Ia dipengerusi oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat.

ISU APCO: Tiba-Tiba Anwar Jadi Takut

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berganjak dengan tuntutannya agar dia dibenarkan mengguna khidmat peguam bagi mewakilinya ketika dihadapkan ke Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen.

"Saya belum dimaklumkan berhubung keputusan permohonan supaya saya diwakili oleh seorang peguam yang akan hadir dan terbabit pada mesyuarat itu,” katanya.

"Pada mulanya, jawatankuasa itu memutuskan membenar S Ambiga untuk bersama tetapi tidak dibenarkan mengambil bahagian...tetapi apabila saya meninmggalkan bilik mesyuarat, beliau tidak dibenarkan langsung untuk masuk,” kata Anwar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Apco Worldwide, Brad Staples hadir di mesyuarat itu hari ini sebagai saksi.

Apco Worldwide - adalah firma perunding pergubungan media antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan, yang didakwa oleh Anwar mempunyai hubungan dengan Israel.

Selain wakil Apco, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz juga dipanggil menghadap jawatankuasa itu.

"Saya masuk sebentar tadi untuk sekali lagi memohon supaya peguam saya dan hadir dan jawatankluasa itu akan menelitinya,” kata Anwar.

Ketua umum PKR itu juga melahirkan kekecewaannya kerana tidak dibenarkan hadir untuk mengikuti keterangan dari perwakilan Apco itu dan juga daripada Nazri.

"Menurut jawatankuasa itu, ia hanya inkuiri biasa, tertuduh tak perlu hadir.

"Tetapi jika tuduhan itu membabitkan hukuman dan dalam kes ini termasuk digantung dari parlimen, saya sepatutnya dibenarkan masuk untuk mendengar apa yang diperkatakan mereka,” kata Anwar.

Anwar! Anwar!: Sodomy Tangguh. KINI Kes APCO Juga Tangguh

Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen yang sepatutnya mendengar Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri kerana kenyataannya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel terpaksa ditangguhkan.

Penangguhan itu kerana jawatankuasa berkenaan menolak permintaan Anwar supaya ahli parlimen dibenarkan hadir sebagai pemerhati, manakala peguamnya walaupun dibenarkan mengikuti prosiding itu tetapi kuasanya tidak jelas.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata Anwar akan dipanggil semula pada tarikh yang ditentukan kemudian.

Mesyuarat jawatankuasa itu juga mengambil keputusan untuk mengarahkan wakil firma perhubungan awam, Apco Worldwide untuk tampil memberi keterangan.

Selain itu, Pandikar Amin yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata mesyuarat jawatankuasa yang bersambung hari ini akan juga memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai saksi.

Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai jawatankuasa itu, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (PRK-Subang) memaklumkan wartawan berhubung keputusan penolakan itu.

"Anwar mahu hadir bersama seorang peguam, menurut Karpal, di bawah Peraturan Dewan 83 (7)(a) jawatankuasa hak dan kebebasan mempunyai hak membenarkan peguam kepada sesiapa yang dihadapkan kepadanya.

Jawatankuasa berkenaan kemudiannya memutuskan bahawa peguam Anwar yang juga bekas ketua Majlis Peguam - Datuk S Ambiga dibenarkan hadir sebagai pemerhati tetapi beliau tidak benarkan mengambil bahagian.

Pada perbicaraan ini, Anwar akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel.

Beliau yang juga ketua umum PKR sebelum ini berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel.

Berikutan itu, pada 22 April lalu, Dewan Rakyat memutuskan melalui undian suara untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa tersebut.

Selain Karpal dan Sivarasa anggota parlimen lain yang menganggotai jawatankuasa itu ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Datuk Seri Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) dan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong).

Wednesday, April 21, 2010

Esok Dewan Rakyat Siap Sedia Censor Anwar

BN akan membentangkan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'.

Lapan orang ahli parlimen - masing-masing empat dari BN dan Pakatan Rakyat - akan membahaskan usul tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz berkata beliau akan membentangkan usul tersebut dan akan disokong oleh ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, wakil BN itu berkemungkinan terdiri daripada Khairy, Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud), Datuk Nur Jazlan Mohamad (Umno-Pulau) atau Chua Tee Yong (MCA-Labis).

Manakala wakil Pakatan pula dijangka Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) atau Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

BN akan membentangkan usul tersebut ekoran dakwaan Anwar yang mendakwa '1Malaysia' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada konsep 'One Israel'.

Ia dibawa mengikut perintah tetap 36(12) kerana didakwa mengelirukan Parlimen. Ketua pembangkang itu boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen jika beliau didapati bersalah.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh sebelum ini dipanggil untuk memberi penjelasan di Parlimen mengenai perkara itu, tetapi ianya ditolak oleh ahli parlimen kerajaan.

Ketua umum PKR itu juga mendakwa bahawa perkhidmatan Apco Worldwide - firma perunding beribupejabat di Washington - yang digunakan oleh pentadbiran Najib untuk 'komunikasi strategik' adalah di sebalik slogan '1Malaysia' dan 'One-Israel'.

Apco bagaimanapun, menafikan dakwaan Anwar itu, walaupun kerajaan mengesahkan telah membayar RM77 juta kepada firma berkenaan untuk kontrak perkhidmatan selama setahun.

Monday, April 12, 2010

Dewan Rakyat: Kalau Anwar Digantung, Alasan Untuk Gantikannya?

Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan membincangkan strategi pada Rabu ini jika Parlimen menggantung Anwar Ibrahim, yang mengaitkan 1 Malaysia dengan konsep One Israel.

Kerajaan Barisan Nasional akan merujuk Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 22 April ini atas alasan beliau gagal memberikan bukti kukuh untuk menyokong dakwaannya itu.

Telah difahamkan pemimpin-pemimpin PR akan membincangkan kemungkinan itu apabila usul menggantung Ahli Parlimen Permatang Pauh ini dibentangkan.

Anwar, Ketua Umum PR menegaskan, APCO menyediakan perkhidmatan kepada usaha pembentukan konsep 1Malaysia kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan One Israel yang diperkenalkan oleh Ehud Barak.

Bagaimanapun APCO menafikan kaitannya dengan konsep One Israel dan berkata, initiatif 1Malaysia dirangka sebelum pembabitan syarikat dalam menyediakan perkhidmatannya.

Bagaimanapun akhbar Singapura, The Straits Times mendedahkan dokumen-dokumen Jabatan Kehakiman AS menunjukkan firma perhubungan awam antarabangsa itu menyertai perjanjian menyediakan perkhidmatannya bagi Israel pada 1992.

Parti Anwar kini hanya mempunyai 26 kerusi parlimen dibelakang DAP 28. Ada kemungkinan jika Anwar digantung, Lim Kit Siang akan mengambil alih sebagai ketua pembangkang di parlimen.;

Blog Archive