Monday, April 12, 2010

Dewan Rakyat: Kalau Anwar Digantung, Alasan Untuk Gantikannya?

Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan membincangkan strategi pada Rabu ini jika Parlimen menggantung Anwar Ibrahim, yang mengaitkan 1 Malaysia dengan konsep One Israel.

Kerajaan Barisan Nasional akan merujuk Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 22 April ini atas alasan beliau gagal memberikan bukti kukuh untuk menyokong dakwaannya itu.

Telah difahamkan pemimpin-pemimpin PR akan membincangkan kemungkinan itu apabila usul menggantung Ahli Parlimen Permatang Pauh ini dibentangkan.

Anwar, Ketua Umum PR menegaskan, APCO menyediakan perkhidmatan kepada usaha pembentukan konsep 1Malaysia kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan One Israel yang diperkenalkan oleh Ehud Barak.

Bagaimanapun APCO menafikan kaitannya dengan konsep One Israel dan berkata, initiatif 1Malaysia dirangka sebelum pembabitan syarikat dalam menyediakan perkhidmatannya.

Bagaimanapun akhbar Singapura, The Straits Times mendedahkan dokumen-dokumen Jabatan Kehakiman AS menunjukkan firma perhubungan awam antarabangsa itu menyertai perjanjian menyediakan perkhidmatannya bagi Israel pada 1992.

Parti Anwar kini hanya mempunyai 26 kerusi parlimen dibelakang DAP 28. Ada kemungkinan jika Anwar digantung, Lim Kit Siang akan mengambil alih sebagai ketua pembangkang di parlimen.;

No comments:

Blog Archive