Showing posts with label Amanat Anwar. Show all posts
Showing posts with label Amanat Anwar. Show all posts

Friday, January 06, 2012

Kalau Pakatan berkuasa-Hakim yang menjatuhkan hukuman penjara terhadap Anwar pasti jadi mangsa

Anwar telah mencanangkan bahawa kalau dia masuk penjara dan pada PRU-13, Pakatan menguasai Putrajaya, maka pakatan tiga Parti DAP-PAS-PKR akan melantik Perdana Menteri SEMENTARA, sementara menunggu kerajaan Pakatan membersihkan namanya, dan seterusnya bertanding pada PRK, jika menang, maka dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

Sudah tentunya, jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya, maka hakim yang memenjarakan Anwar akan menjadi mangsa.

Penyokong Anwar akan memaksa Agong untuk memberi pengampunan terhadapnya, dan pada masa itu, Kehakiman benar-benar dibawah telunjuk kerajaan.

Sunday, November 21, 2010

Amanat Anwar: Rupanya hanya menguntuk ZAID dan Utusan Malaysia

Amanat penting Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinanti-nantikan penyokong PKR beberapa minggu sebelum kongres PKR minggu depan nampaknya berkisar hanya mengutuk bekas calon timbalan presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

Memberitahu enggan mengulas mengenai tindakan Zaid yang mahu meninggalkan PKR 16 Disember depan, Anwar bagaimanapun ketika menyampaikan ucapannya di hadapan 1,500 hadirin di Shah Alam berkata:

"Kenapa saya perlu cakap tentang Zaid? Ini bukan tugas saya. Tugas saya untuk mengukuhkan parti," kata ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu.

Bagaimanapun, Anwar berkata tidak akan sesekali "bertolak ansur" dengan mana-mana pihak yang memburukkan perjuangan lebih sedekad PKR dan "mengejek" pemimpinnya.

"Sesetengah orang berkata saya tidak neutral, menuduh saya memihak, tetapi biar saya beritahu sekarang, pilih siapa sahaja, tapi bukan orang yang mengkritik kita menggunakan media milik Umno," katanya.

Dalam perjumpaan itu, Azmin melemparkan kata-kita nista kepada Zaid sebagai ORANG JAHAT, sementara Syed Husin yang tidak mempertahan jaatan Timbalan Persiden mengatakan Zaid adalah SAMPAH.

Blog Archive