Showing posts with label Agenda tersirat DAP. Show all posts
Showing posts with label Agenda tersirat DAP. Show all posts

Friday, May 16, 2014

Melayu Sokong DAP- Akan Menyesal Kemudian Hari

ASAS penubuhan DAP dan PERJUANGANNYA berpaksikan kepada ideologi sosialis, sekular, hak sama rata semua kaum di samping membawa konsep Malaysian Malaysia.

Melayu atau bumiputera akan menyesal kemudian hari; kerana memberi sokongan kepada DAP. Jangan sangka kejayaan anda pada hari ini akan diteruskan oleh anak-anak atau cucu cicit anda. Lihat bagaimana, seseorang yang amat kaya atau berkedudukan, tidak semestinya anak-anaknya juga kaya raya. Pada masa itu, anak cucu cicit anda akan menyumpah serapah, kerana anda menyokong DAP, yang berasaskan kepada merit.

Halangan melayu/bumiputera kini, walaupun negara sudah merdeka lebih setengah abad, halangan mendapatkan pendidikan berkualti tidak kesampaian, kerana tidak berkemampuan meneruskan di institusi pendidikan yang berkualti. Peluang mendapatkan biasiswa tidak semudah seperti yang lalu; sebagai misalan, walaupun pelajar bumiputera mencapai keputusan semua A dalam peperiksaan SPM, tidak semestinya mendapat peluang masuk ke Universiti Terpilih, apatah lagi mendapat penajaan. Memang ada PTPTN, kerana kerajaan bumiputera masih berkuasa, namun jika kerajaan itu tumbang, tidak semestinya, peluang itu masih ada.

Walaupun kerajaan kini bukan pengamal kepada meritrokrasi, namun bumiputera telah merasa bahangnya, walaupun ada yang bergembira kerana peluang itu diperolehi dahulu, kini digunakan pula menghapuskan satu sistem yang pernah memberi mereka kejayaan. Yakinlah kegembiraan itu tidak akan lama, kerana Panas tidak semestinya sampai ke Petang.

Monday, November 07, 2011

Jika PR tawan Putrajaya: Jumlah penjawat awam dikurangkan

JELAS apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, yang benar-benar terkena tempias adalah kaum melayu.

Pertama pelaksaan merit, kedua pengurangan jumlah penjawat awam, ketiga tiada lagi keutamaan kepada syarikat-syarikat bumiputera, sebaliknya akan diwujudkan persaingan terbuka, yang sudah tentunya berimpak negatif terhadap kaum melayu/bumiputera.

Bagi kaum melayu/bumiputera yang berada di bandar dan telah maju, mungkin mereka mampu bersaing? namun, bagaimana pula dengan bumiputera yang berada di ceruk rantau negara, seperti di Sabah dan Sarawak?.

Kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua melalui surat khabar berbahasa cina baru-baru ini, antara lain, apabila Pakatan menguasai teraju kerajaan, maka tindakan mengurangkan jumlah penjawat awam akan dilakukan, demi mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Menyahut kenyataan itu, wakil rakyat bebas, Zulkifli Noordin berkata, melalui kenyataan tersebut, DAP jelas mempunyai agenda tersirat, bukannya atas sebab mengurangkan perbelenajaan. Mereka sedar, bahawa majoriti penjawat awam adalah daripada kalangan melayu, atas sebab itu mereka tidak selesa dengan keadaan itu.

Sementara itu, Ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat yang turut menyentuh isu tersebut menganggap ia sebagai satu lagi provokasi DAP yang tersirat agenda tertentu.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, itulah belang sebenar DAP yang bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara.

Katanya, konsep Malaysian-Malaysia yang dimulakan oleh PAP dan diteruskan oleh DAP adalah atas semangat yang sama iaitu tidak mengiktiraf Melayu dan Islam sebagai teras negara ini.

‘‘Cuma semangat rasis dan kebencian itu hanya muncul sekarang setelah DAP yakin mereka boleh peralat dan tunggang pemimpin Melayu yang terdesak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup gadai maruah bangsa dengan didokong sekelompok pro Anwar yang rakus kuasa di dalam Pas.

‘‘Ini membuatkan DAP semakin berani terjemah semangat rasisnya dengan kenyataan terbaru berhubung kakitangan awam itu,’’ katanya.

Blog Archive