Showing posts with label 1Malaysia dakwaan Anwar ada kaitan dengan 1Israel.. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia dakwaan Anwar ada kaitan dengan 1Israel.. Show all posts

Monday, March 22, 2010

1Malaysia=One Israel: Wakil Rakyat Degil Seperti Anwar Tidak Akan Minta Maaf

Anwar adalah seorang yang keras kepala. Dia tidak akan minta maaf berhubung tomahannya terhadap konsep 1Malaysia.

Pada 15 Mac lalu semaca berucap menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong di dewan rakyat, Anwar menuduh bahawa konsep 1Malaysia adalah sama dengan konsep one Israel, sepertimana slogan mantan Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

Pada tahun 1999 kerajaan Israel pernah mendapat perkhidmatan daripada APCO, namun syarikat antarabangsa itu menolak tuduhan Anwar bahawa mereka terlibat dengan konsep one Israel.

Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN) mahu merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan Parlimen hari ini jika tidak menarik balik dan meminta maaf berhubung pendedahan beliau bahawa konsep 1 Malaysia diciplak dari slogan 1 Israel.

“Usul ini akan dibawa oleh kami, BBCBN... bagaimanapun kami hendak memberi Anwar peluang supaya tarik balik kenyataan yang dibuat di Dewan Rakyat (Rabu lalu).

“Jika beliau tidak berbuat demikian, kami akan meminta supaya Dewan merujuk Anwar ke jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan,” kata Timbalan Pengerusi BBCBN Datuk Bung Moktar Radin.

Usul itu dijangka dibawa selepas sesi soal jawab soalan lisan selesai, kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Kata beliau, usul itu akan dibawa oleh Ahli Parlimen Kota Belud dari BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Khamis lalu lalu Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat menyifatkan saranan agar Parlimen menggantung beliau daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berikutan pendedahan beliau slogan 1Malaysia dan 1Israel sebagai jenaka basi.

Anwar sebelum ini mendakwa bahawa,”APCO Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat tidak seharusnya terbabit dalam sebarang urusan politik di negara ini.”

Bercakap pada sidang media selepas berucap di London School of Economics, Anwar yang sebelum ini ditohmah kononnya ejen Yahudi menyifatkan persamaan 1 Malaysia dan 1 Israel sebagai satu “kebetulan aneh”.

Ironinya, Umno yang mendabik dada sebagai juara Melayu dan memperjuangkan Islam khususnya dalam isu kalimah Allah, melantik APCO yang dipimpin sebahagian Yahudi berfahaman Zionis.

Anwar menyifatkan beban tanggungjawab bagi menerangkan peranan sebenar APCO terletak di bahu pimpinan Umno.

Semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, Anwar telah memdedahkan hubung kait APCO dengan pemerintah Zionis Israel dan mempersoalkan bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sanggup menggunakan khidmat syarikat tersebut untuk memperbaiki imej kerajaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, APCO yang mempunyai pejabat di Malaysia menafikan syarikat tersebut terbabit dalam menasihati Najib berhubung gagasan 1 Malaysia.

Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mencadangkan agar disiasat oleh Jawatankuasa Khas Dewan Rakyat berhubung dakwaan beliau berbohong menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam rancangan 16 September.

Beliau berkata hanya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menentukan kebenaran sebenar di mana Anwar harus menjawab semua pertuduhan sama ada beliau bercakap benar atau sebaliknya.“Dewan Rakyat mesti bertindak menjalankan siasatan di bawah jawatankuasa istimewa dan jawatankuasa khas supaya fakta sebenarnya dapat diketahui,”.“Ini akan menjadi pengajaran kepada semua pemimpin supaya mereka tidak tunduk kepada kehendak berbohong atau pun memutarbelitkan fakta,” katanya.

Friday, March 19, 2010

Benar Kah Kerajaan Bayar RM 20 Juta Pada APCO?

Benar kah kerjaan ada membayar RM 20 juta kepada APCO worldwide, syarikat juruperunding yang kononnya 2 orang pengarah pada syarikat itu adalah orang yahudi.

Anwar dalam dakwaannya 2 hari lalu di dewan rakyat mengatakan bahawa kerajaan telah meminta perkhidmatan APCO pada tahun 1999 untuk melahirkan konsep 1Malaysia.

Anwar juga mendakwa bahawa mantan Perdana Menteri Israel Ehud Barak ada mengunakan khidmat APCO untuk melahirkan 1 Israel.

Di London semalam, Anwar cuba berhujah, apabila diberitahu bahawa APCO menafikan pengelibatannya terhadap konsep 1 Israel. Anwar dalam memberi ulasan terhadap penafian APCO itu, mengatakan itulah makna bisnes dan wang.

Anwar masih berhujah jika sekiranya APCO tidak terlibat dengan pelahiran 1Malaysia, kenapa kerajaan melakukan bayaran 20 juta ringgit.

Bagi AYT, dakwaan Anwar ini adalah dakwaan yang sangat serius. Selama ini polisi kerajaan Malaysia adalah menjauh semua urusan dengan sesiapa sahaja yang ada unsur yahudi. Jika benar lah, bahawa kerajaan Malaysia ada membayar 20 juta ringgit kepada APCO semata-mata untuk melahirkan konsep 1Malaysia, maka kerajaan perlu memberi penjelasan, menafi atau memberi sebab-sebab rasionalnya, agar tahu dapat menilainya.

Bagi AYT, tidak salah meminta perkhidmatan daripada mana-mana juruperunding antarabangsa, namun jangan lah pula, wang yang dibayar itu boleh diguna pakai oleh badan-badan tertentu itu untuk menghancurkan negara.

Kerajaan jangan mengambil mudah dakwaan Anwar ini, kerajaan perlu memberi penjelasan. Menghadapkan Anwar ke jawatankuasa khas parlimen, tidak akan membawa apa-apa makna, kerana Anwar bebas membuat tuduhan di mana-mana forum, baik dalam negara maupun luar negara.

Kerajaan jika perlu, patut mengeluarkan kertas putih mengenai dakwaan Anwar bahawa 1Malaysia sekonsep dengan 1Israel.

Blog Archive