Showing posts with label 16 September Anwar Terbongkar. Show all posts
Showing posts with label 16 September Anwar Terbongkar. Show all posts

Tuesday, March 23, 2010

Boleh Percayakah Pada Zaharin?

Boleh percaya kah pada pendedahan Zaharin? Jangan kita mengambil bulat-bulat pada pendedahan itu. Zaharin bagi Umno atau BN adalah orang baru. Jangan pula terdengar guruh dilangit air ditempayan dicurahkan.

Zaharin hingga 11 Februari lalu adalah orang Anwar, hanya pada 17 Mac Zaharin bertolak belakang dengan Anwar, itupun kerana pendedahannya mengenai gerakan 16 September Anwar.

Apabila kita mendengar penjelasan Saifudin Nasution bahawa selama 2 tahun suara Zaharin tidak pernah kedengaran di dewan rakyat, hanya lah pada 17 Mac, tiba-tiba Zaharin berubah, bukan Zaharin yang dikenail oleh wakil-wakil rakyat lain kerana sebelumnya wakil rakyat ini bersifat pemalu, kerana tidak pernah pun ikut berbahas di dewan.

Gelaran Saifuddin kepada Zaharin sebagai "attack dog" umno, memang menyakitkan Umno, namun gelaran itu tidak boleh dianggap enteng.

Persoalannya sekarang sejauh mana rakyat jelata menerima pendedahan Zaharin itu, atau kah hanya para pemimpin Umno sahaja yang bertempik, sedangkan rakyat di bawah sana, tidak yakin dengan pendedahan Zaharin itu.

Jangan lah kerana seekor anjing tersepit yang terlepas, kita boleh menerima semua dakwaannya. Kita mesti menarik nafas panjang, berfikir sejenak, mesej apa yang terkandung dalam pendedahan itu.

Kita perlu dapat membezakan janji politik dan janji sebenarnya.Bagi AYT dalam politik berbagai janji akan ditaburkan, tujuannya agar sesebuah parti politik itu mendapat sebanyak mungkin sokongan, demikian juga pemimpin politik akan melemparkan 1001 macam janji politik agar seseorang pemimpin itu mendapat seramai mungkin penyokong.

Bagi AYT gerakan 16 September Anwar adalah janji politiknya agar supaya para wakil rakyat pembangkang akan terus merestuinya sebagai ketua. Anwar terpaksa membuat janji politik, kerana masa itu Anwar dikejutkan dengan laporan sodomy terhadapnya yang dibuat pada 28 Jun 2008 oleh pembantu perbadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Demi menghidupkan motivasi pada dirinya, maka Anwar terpaksa mencetuskan propaganda baru, misalnya Gerakan 16 September.

Anwar tahu, bahawa mencuba lebih baik daripada membiarkan keadaan apa adanya. Lalu, Anwar mencanangkan Gerakan 16 September. Anwar mencipta janji politik demi meyakinkan wakil-wakil rakyatnya sendiri dan wakil-wakil rakyat yang ingin di pancingnya dengan menggunakan nama Yang Dipertuan Agong dan juga Ketua Angkatan tentera Malaysia.

Nama-nama wakil rakyat barisan nasional yang disebut Zaharin yang bakal melompat parti sepertimana dakwaan Anwar, misalnya Anifah Aman-wakil rakyat Kimanis Sabah dan kini sebagai Menteri luar, adalah kerana di mata Anwar, Anfiah sudah tidak sebulu dengan kerajaan Abdullah Badawi masa itu, atas sebab melalui ucapan Anifah di parlimen "lebih baik tinggal di rumah teres kerana lebih selesa dan dihargai, dibanding di rumah bungalow tetapi dianaktirikan" Selain itu, Anfiah Aman juga adalah wakil rakyat yang menolak lantikan sebagai timbalan Menteri di bawah kerajaan Abdullah Badawi.

Janji politik adalah janji politik. Anwar telah melakukan semaksima mungkin kepakarannya dalam membuat janji politik, namun kejayaan janji politik yang Anwar cipta itu tidak mendatangkan keputusan apa-apa. Buktinya hingga kini, tiada seorangpun wakil rakyat BN yang meninggalkan BN.

Namun demi hiburan politik, pendedahan Zaharin itu tetap menghiburkan. Sekurang-kurangnya rakyat paham apa itu janji politik. Janji politik tetap janji politik, tiada siapa yang boleh menyangkal janji politik,kerana politik adalah satu ART, di mana falsafah politik itu sendiri adalah the art of possible.

Kerana itu, melalui pendedahan Zaharin ini, kita perlu mengambil iktibar, bahawa janji-janji politik itu sebenarnya adalah retorik.

Monday, March 22, 2010

G16 September: Dr Puad Zakashi Akui Ditemui Anwar

Dr Puad Zakashi timbalan menteri pelajaran yang juga wakil rakyat Batu Pahat Johor membuat pendedahan bahawa semasa Anwar mencanangkan gerakan 16 September 2008, Anwar ada memberitahu dia bahawa wakil-wakil rakyat Sabah dan Sarawak yang jumpship telahpun menandatanagi surat akuan bersumpah untuk diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong.

Fuad juga memberitahu bahawa Anwar merayunya agar membuat surat akuan bersumpah menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Namun rayuan Anwar itu dia tolak.

Sebelum ini wakil rakyat Bayan Baru Zaharin Hashim mendedahkan 8 nama wakil rakyat barisan nasional termasuk Puad, Anifah dan Ghafur Salleh kononnya akan jumpship agar supaya gerakan 16 September Anwar berjaya.

Namun pendedahan Anwar itu hanya sejarah,kerana tiada seorangpun wakil rakyat BN yang melompat untuk menyertai Anwar.

Sebaliknya, Anwar telah kehilnagan 4 ahli parlimen dan 5 ahli dewan undangan negeri selepas PRU-12.

Yang paling malang apabila 3 ADUN Perak daripada Pakatan ( 2PKR dan 1DAP) menyertai BN pada 5 Februari 2009, menyebabkan kerajaan Nizar Jamaluddin tersungkur.

Hanya Pendedahan Zaharin Anwar CABUT LARI

Anwar tidak sanggup mendengar pendedahan wakil rakyat bebas Bayan Baru Zaharin Hashim, Anwar terpaksa keluar persidangan dewan rakyat.

Bagaikan bom meletup bagi Anwar.Kejadian ini berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan selaku Ketua Pembangkang menguasai sidang Dewan Rakyat selama kira-kira tiga jam membahaskan usul ucapan terima kasih titah Yang Dipertuan Agong.

Segalanya bermula bila bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim pula bangun berucap sebagai pembahas kedua.

Tanpa banyak membuang masa dan di luar dugaan para Ahli Parlimen dan pembangkang,beliau terus masuk gear lima membuat pendedahan apa yang didakwanya pembohongan pimpinan PKR untuk meyakinkan mereka gerakan 16 September untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Beliau mendakwa antaranya mereka diberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi membolehkan pihak pembangkang membentuk kerajaan.

Katanya Yang Dipertuan Agong juga dikatakan kononnya merestui Anwar jadi Perdana Menteri keenam.

Dakwanya lagi mereka juga diberitahu bahawa angkatan tentera menyokong mereka.

”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh,”katanya.

Menurutnya salah seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga dikatakan sudah bersiap sedia untuk istihar Anwar sebagai Perdana Menteri.

Thursday, March 18, 2010

Saifuddin Nasution Pula Kata Zaharin "attack dog" Umno

Setelah Zaharin membuka seluas-luasnya pekong Anwar semalam di dewan rakyat, kali ini "attck dog" Anwar Saifuddin mendakwa pula Zaharin adalah "attck dog" Umno.

Tiada apa yang boleh ditepis Saifuddin hanya dua perkataan Zaharin adalah "attack dog" Umno dan "a liar"@ bohong.

Setiausaha agong PKR itu tiada idea lagi bagaimana menangkis pendedahan Zaharin. Sebab apa? apa yang dibongkar oleh Zaharin itu adalah perkara benar.

Di dewan rakyat semalam, selain wakil rakyat Pakatan lain yang merasa punggung mereka kepanasan, Anwar adalah wakil yang sangat merasa panas itu, sehinggkan ketua pembangkang ekhsan DAP itu terpaksa meninggalkan tempat duduknya dan keluar dewan.

Sekiranya pendedahan Zaharin itu bohong, Saifuddin sepatutnya juga mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku mengenai gerakan 16 September Anwar. Saifuddin perlu juga dedahkan apa yang dia buat mengejar wakil-wakil rakyat BN yang mengadakan lawatan ke Taiwan dan menginap di hotel yang sama pula.

Saifuddin perlu memberi penjelasan kepada rakyat, kenapakah Anwar boleh menguar-uarkan gerakkan 16 September.

Rakyat masih waras untuk menilai, siapa yang berkata benar. Namun, bagi AYT, Zaharin berkata benar, kerana demikianlah tipu muslihat Anwar masa itu mengenai gerakan 16 September.

Semasa Anwar mencanangkan gerakan 16 September, AYT masih ingat masa itu, Anwar terbang ke Sabah, ke Sarawak, malah Parti SAPP pun terpengaruh, sehingga keluar BN.

Masa itu, Anwar begitu sombong mengatakan bahawa sesiapa wakil rakyat BN yang ingin melompat, perbincangan tidak perlu di Malaysia, Anwar cadangkan perbincangan dilakukan di luar negara.

AYT mengingatkan Saifuddin, bahawa melalui pendedahan Zaharin itu, rakyat sekarang sudah membuka mata dan minda, bahawa perjuangan Anwar selama ini hanya palsu.

Pekong 16 September Anwar Terburai: Zaharin Dedahkan Semuanya

Anwar tidak sanggup mendengar pendedahan wakil rakyat bebas Bayan Baru Zaharin Hashim, Anwar terpaksa keluar persidangan dewan rakyat hari ini.

Bagaikan bom meletup bagi Anwar.Kejadian ini berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan selaku Ketua Pembangkang menguasai sidang Dewan Rakyat selama kira-kira tiga jam membahaskan usul ucapan terima kasih titah Yang Dipertuan Agong.

Dewan gamat sekali sekala semasa perbahasannya yang berakhir pada jam 5 petang.

Segalanya bermula bila bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim pula bangun berucap sebagai pembahas kedua.

Tanpa banyak membuang masa dan di luar dugaan para Ahli Parlimen dan pembangkang,beliau terus masuk gear lima membuat pendedahan apa yang didakwanya pembohongan pimpinan PKR untuk meyakinkan mereka gerakan 16 September untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Beliau mendakwa antaranya mereka diberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi membolehkan pihak pembangkang membentuk kerajaan.

Katanya Yang Dipertuan Agong juga dikatakan kononnya merestui Anwar jadi Perdana Menteri keenam.

Dakwanya lagi mereka juga diberitahu bahawa angkatan tentera menyokong mereka.

”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh,”katanya.

Menurutnya salah seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga dikatakan sudah bersiap sedia untuk istihar Anwar sebagai Perdana Menteri.

Pendedahan ini telah mencetuskan suasana gamat dan kecoh dalam Dewan Rakyat.

Ini bila sebilangan Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk mempertikaikan pendedahan Zahrain.Pada ketika yang sama para ahli parlimen Barisan Nasional berteriak membantah.

Keadaan menjadi bertambah gamat bila Anwar tiba-tiba kelihatan bersiap hendak keluar dari dewan ketika Zahrain sedang membuat pendedahan.

Anwar bagaimanapun tidak mempedulikan tempik sorak para ahli parlimen Barisan Nasional yang meminta jangan keluar dan dengar pendedahan Zaharain. Anwar keluar dewan pada jam 5:10 petang, namun Zahrain pula meneruskan ucapannya.

Sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan pada tepat jam 5.30 petang.

Zahrain akan menyambung ucapannya esok.

Difahamkan Anwar tidak akan hadir sidang Dewan Rakyat esok kerana akan berlepas ke luar negara malam ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Noordin membenarkan pendedahan Zahrain itu merupakan kejutan yang beliau maksudkan bakal meletup di Dewan Rakyat beberapa hari lalu.

”Ini bukan kejutan saya.Saya yang terkejut”katanya.

Namun katanya apa yang didedahkan oleh Zahrain itu betul

Anwar tidak mampu menyangkal lagi seluruh pembohongannya selama ini. Rakyat ditipu dan dibohongi Anwar.

Disebab semua pembohongan Anwar terbongkar dan terburai, dia tidak sanggup mendengarnya. Dia terpaksa keluar dewan. Begini kah sifat pemimpin yang diagung-agungkan oleh Pakatan. Anwar takut berdepan dengan kebenaran, namun bagaikan singa jika berdepan dengan kepalsuan dan kemungkaran.

Sayonara Anwar!!! Kepura-puraan kamu semuanya terdedah!

Blog Archive