ADA yang kata, RM6.6 bilion hanya 7.3 peratus daripada RM90 bilion peruntukkan pembangunan Persekutuan tahun 2024 dan jumlah peruntukan itu tidak sepadan dengan keperluan negeri, baik daripada segi keluasan mahupun nisbah penduduk.
Pun demikian peruntukan tahun depan meningkat RM100 juta berbanding tahun ini.
Apa yang paling mustahak berkaitan peruntukkan ini adalah merealisasikannya di lapangan. Tiada makna, jika hanya separuh daripada peruntukan itu dibelanjakan, seperti mana rekod lampau, setiap tahun, hanya berlegar-legar pada angka 50 peratus. Makanya, setiap tahun jumlah peruntukkan untuk Sabah dikitar semula, ertinya jumlah peruntukan sepuluh tahun, sebenarnya hanya untuk 5 tahun.
Mendepani isu peruntukan dikembalikan, kerana tidak cukup masa untuk dibelanjakan, Dewan Undangan Negeri Sabah (DUNS) meluluskan enekmen Tabung Amanah untuk maksud ini. Namun, pengwujudan tabung ini, tidak disebutkan dalam Belanjawaan 2024, dan berkemungkinan modus operandi peruntukkan itu akan sama seperti mana yang lalu-lalu.
Pengwujudan tabung amanah sebagai jawapan pada isu birokrasi dan kesenjangkan komunikasi kerana faktor jarak dan lokasi, yang menjadi penyumbang tidak terealisasinya setiap peruntukan pembangunan tahunan Persekutuan untuk Sabah.
Apabila baki peruntukan yang belum sempat dibelanjakan disimpan dalam tabung amanah yang diurus negeri, maka bila-bila masa peruntukan itu boleh digunakan untuk tujuan sepertimana yang telah dirancang. Selain itu, tabung itu sebagai jawapan pada peruntukan yang dikitar semula, dan pada masa yang sama, Sabah mendapat peruntukan sebenar.
Penulis yakin semua pihak yang terlibat mengurus peruntukkan pembangunan Persekutuan untuk negeri telah lama maklum sebab-sebab peruntukkan tidak dapat dibelanjakan sepertimana jadual, akan tetapi tidak dilaksanakan penambahan baikkan untuk mengatasinya, melainkan berulang setiap tahun.
Kesannya, kerana pembangunan yang dirancangkan tidak dilaksanakan menurut jadual, maka penyebab kepada jurang pembangunan yang semakin melebar antara wilayah. Apabila pembangunan yang diperlukan lambat dilaksana, maka memberi kesan pada kehidupan rakyat. Atas sebab itu, usaha membasmi kemiskinan semakin lambat tercapai, sehingga ada andaian, bahawa kemiskinan adalah sesuatu yang perlu diwarisi, sedangkan realitinya bukan lah demikian.
Contoh mudah kaedah membasmi kemiskinan, apabila Sabah mendapat bayaran khas, dan dana itu digunakan oleh kerajaan negeri membina rumah-rumah untuk golongan miskin, selain digunakan sebagai suntikan modal pada agensi/GLC/GLIC untuk memberi pekerajaan pada anggota keluarga daripada golongan miskin.
Ertinya, apabila peruntukan pembangunan Persekutuan disalurkan terus pada Kerajaan Negeri, maka merealisasikan pembangunan yang telah dirancang semakin mudah. Fikir-Fikirkan
No comments:
Post a Comment