Saturday, October 28, 2023

PERKASA TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM): HAJIJI

REAKSI terhadap kekurangan bahan makanan terutamanya beras, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) akan memperkasa Taman kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) berskala besar, komersial dan berteknologi tinggi.

TKPM pertama ada lah menerusi Fasa 1 Tawau, dan disusuli 5 TKPM lagi, iaitu TKPM Fasa 2 Tawau, Serudong Kalabakan, Tambunan, Gum-Gum Sandakan dan Beluran.

Selain TKPM pendekatan lain ada lah memperkasa Ladang Satelit pengeluaran benih padi berkualiti untuk memenuhi keperluan benih padi, mewujudkan Kluster Padi Bersepadu Sabah (KBPS) yang mengintegrasikan beberapa program pembangunan tanaman padi dan mengwujudkan Pusat Penyelidikan serta Pembangunan Tanaman Padi Sawah dan Padi Tanah Kering.

TKPM Fasa 1 Tawau, sebagai perintis (Model Farm) yang berteraskan teknologi pertanian akan memberi impak positif terhadap industri tanaman tanah rendah terutama sayur-sayuran.

Sabah walaupun mempunyai tanah yang luas, akan tetapi tanah yang digunakan untuk tanaman makanan terutama padi tidak seluas tanah yang digunakan untuk ladang kelapa sawit.

Tanah yang digunakan untuk ladang kelapa sawit seluas 1.739 juta hektar berbanding 87,450 (4 peratus) hektar untuk tanaman makanan.

Keperluan beras negeri 80 peratus daripada import, sebab itu, apabila berlaku kenaikkan harga beras import, rakyat Sabah sangat terkesan.

Tahun 2021 import beras Sabah ada lah 290,000 tan, berbanding keluaran tempatan 22,000 tan.

Mengimport beras selain memberi kesan pada pertukaran asing, juga memberi impak pada nilai perdagangan negeri.

Melabur dalam industri makanan, selain menjamin keterjaminan makanan, juga boleh mengurangi kesan pertukaran asing.

Industri makanan menerusi TKPM, boleh mencipta peluang-peluang pekerjaan dan rantaian perniagaan. Pada gilirannya, mereka yang terlibat boleh meningkatkan pendapatan terutama pendapatan boleh guna.

1 comment:

pg slot said...

82 pg สล็อต ออนไลน์ เพียงแค่คุณมีอินเทอร์เน็ตและอุปกรณ์ที่เชื่อมต่ออย่างเรียบร้อย สามารถเข้าสู่เว็บไซต์หรือแอปพลิเคชันของ pg slot ได้ทันทีสมัครสมาชิกได้อย่างรวดเร็วมาก

Blog Archive