Saturday, October 21, 2023

KERAJAAN SABAH STABIL DAN KUKUH

TINDAKAN pemimpin dan penyokong yang tidak menyokong Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menganggu gugat kerajaan tidak akan berjaya, atas sebab, selepas kegagalan KUDETA pada 6 Januari 2023, kini kerajaan GRS Plus mempunyai sokongan 2/3 ADUN Sabah.

Di Kawasan Parlimen Kota Belud misalnya, kesemua empat ADUN dalam parlimen tersebut adalah penyokong kerajaan negeri.

Memang fakta semasa KUDETA salah seorang ADUN daripada Parlimen Kota Belud, iaitu ADUN Usukan, sebahagian daripada kumpulan ADUN yang diketuai Datuk Bung Moktar Radin menarik sokongan daripada kerajaan BN-GRS, namun tindakan Bung itu tidak mendapat restu daripada Barisan Nasional dan Presiden Umno, seperti mana kenyataan Setiausaha Agung BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir pada 12 Februari 2023 dan Pengerusi BN, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada7 April 2023. Sesuai dengan pendirian itu, pada 26 September 2023, ADUN Usukuan telah mengutus surat pada Ketua Menteri Sabah, bahawa beliau menyokong kerajaan sehingga DUN ke-16 Sabah dibubarkan.

DUN ke-16 Sabah akan tamat tempoh pada 12 November 2025, iaitu berbaki kira-kira dua tahun lagi. Maknanya, dalam tempoh dua tahun ini, kerajaan boleh menumpukan pada kemajuan dan pembangunan negeri dan rakyat tanpa dipengaruhi gerakan-gerakan politik.

Kestabilan politik juga mendokong kestabilan kerajaan. Dua elemen ini, mendokong kemajuan, seperti mana dibuktikan, menerusi peningkatan nilai perdagangan negeri, kutipan hasil, aliran masuk pelaburan, selain perancakan aktiviti ekonomi.

Pengelibatan seseorang pemimpin atau wakil rakyat pada sesuatu tindakan yang tidak menguntungkan rakyat dan negeri seperti mana gerakan KUDETA, hanya semata-mata akur pada tindakan seseorang ketua parti. Apabila gerakan itu gagal, maka keutamaan seseorang pemimpin/wakil rakyat adalah rakyat dan kawasan yang diwakili. Tindakan Datuk Salleh Tun Said sebagai ADUN Usukan untuk menyokong kerajaan negeri, semata-mata untuk kepentingan rakyat yang diwakili, tiada hubungkait dengan kepentingan peribadi.

Sepatutnya pemimpin Sabah termasuk wakil rakyat perlu menoktahkan semua perbalahan, termasuk menghentikan siri pembohongan sebaliknya perlu bersatu padu, untuk memajukan dan membangun negeri.

Kemajuan dan pembangunan negeri dan rakyatnya tertinggal jauh kerana kesan perbalahan politik yang berpanjangan.

No comments:

Blog Archive