JIKA timbang tara digunakan, serangan KUMPULAN HAMAS pada awal pagi Sabtu, Oktober 7 ke wilayah Israel tidak boleh dipersalahkan, kerana sebagai pihak yang tertindas/ditindas, tindak balas terhadap keganasan yang dihadapi adalah satu kewajiban.
Hamas menyedari, Israel bukan lah tandingan daripada semua aspek, ertinya Hamas dan Israel bagaikan David dan Goliath.
Benar serangan mengejut HAMAS berjaya menyusup masuk ke wilayah Israel, bertempur secara berdepan dengan tentera Israel, akan tetapi ianya hanya sebahagian kecil daripada kejadian.
Kejadian besar yang berlaku, adalah Israel selain mengepung semua penjuru Semenanjung Gaza yang berukuran 41KM x10KM, baik darat, udara dan laut.
Menonton rakaman-rakaman menerusi saluran Youtube, dan saluran media antarabangsa seperti CNN, CBS, tersangat jelas, GAZA sedang menangis, kerana menuju padang jarak padang tekukur.
Selain kemusanahan bangunan-bangunan, semua jaringan elektrik, air, makanan, telekomunikasi telah terputus, satu gambaran, bahawa TIADA manusia yang boleh hidup dalam keadaan demikian.
Jangan cerita lah soal kematian. Tiada manusia yang boleh selamat dengan serangan bom. Ertinya, setiap ledakan bom akan mengambil nyawa. Malangnya, mereka yang terkorban adalah mereka yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak.
Penduduk GAZA jatuh ditimpa tangga. Satu-satunya jalan menyelamatkan diri/menghindar daripada kematian adalah memasuki wilayah Mesir, melalui RAFAH. Malangnya, negara itu merupakan SEKUTU ZIONIS, bertindak menutup RAFAH. Ertinya jika ada bantuan kemanusian pun, tidak akan sampai kepada penduduk GAZA yang menunggu kehilangan nyawa kerana kelaparan dan tentunya kerana bedilan bom.
Israel telah mengerahkan hampir 400,000 tentera mengepung Semenanjung Gaza bersenjatakan peralatan perang canggih seperti kereta kebal, di udara pula, Israel menunjukkan kecanggihan kapal-kapal perang menerusi serangan bertali arus, tanpa amaran, buta sasaran (menembak/mengebom apa sahaja) matlamatnya agar wilayah Gaza bertukar sebagai padang yang dipenuhi runtuhan bangunan dan manusia.
Memasuki hari ke-6 “perang” antara Hamas dan Israel, hanya menyaksikan kemusnahan, kematian, baik di pihak rakyat Gaza juga Israel.
Untuk mancapai matlamat agar Gaza bertukar padang jarak padang tekukur sepenuhnya, Perdana Menteri Israel-Benjamin Netanyahu mencadangkan KERAJAAN PERPADUAN yang dinamakan KERAJAAN GANYANG HAMAS (CRUSH HAMAS).
Dalam situasi Gaza Menangis, tindakan antarabangsa hanya berbentuk mulut, tiada tindakan fizikal yang boleh membuatkan Israel mengendurkan tindakan tentera menjadikan bumi GAZA kubur rakyat Palestin.
No comments:
Post a Comment