Wednesday, September 06, 2023

TAHUN 2024-PERUNTUKAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN UNTUK SABAH DIJANGKA MENINGKAT

TIMBALAN Menteri Kewangan Persekutuan Datuk Seri Ahmad Maslan dipetik sebagai berkata tahun hadapan Sabah dijangka akan terus menerima peruntukan pembangunan daripada Persekutuan sempena dialog Jelajah Belanjawan 2024 peringkat Negeri Sabah pada Rabu di Ibu Negeri, Kota Kinabalu.

Tahun 2023 untuk Sabah menurut Timbalan Menteri itu sebanyak 1,144 projek yang membabitkan semua kementerian Persekutuan bernilai RM61.1 bilion disamping RM6.5 bilion peruntukan pembangunan tahunan yang disalurkan secara langsung kepada kerajaan negeri.

Tahun 2022 pula membabitkan RM48.1 bilion meliputi 1,048 projek selain RM5.1 bilion peruntukkan pembangunan tahunan.

Penulis mengakui sejak sekian lama mengikuti peruntukan pembangunan daripada Persekutuan tidak pernah mendapat jumlah sebenar melainkan hanya terhad pada peruntukan pembangunan tahunan yang diumumkan menerusi Bajet Persekutuan.

Penulis terpaku pada angka peruntukan tahunan kepada Sabah, rupanya disebalik itu menerusi semua kementerian Persekutuan membelanjakan puluhan bilion ringgit untuk pembangunan yang melibatkan lebih seribu projek.

Perincian jumlah peruntukan pembangunan seumpama ini dialu-alukan di masa akan datang supaya rakyat Sabah secara umumnya “alert” tanggungjawab Persekutuan kepada Sabah.

Apa yang paling mustahak lagi pengakuan Persekutuan berkaitan keperluan infrastrukur yang sangat mendesak, terutama kemudahan asas, seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, jalan-jalan raya luar bandar, selain menaik taraf sekolah-sekolah,klinik-klinik kesihatan dan seumpamanya.

No comments:

Blog Archive