Sunday, September 10, 2023

PRK PULAI SEKALI LAGI POLARISASI KAUM MELEBAR

PENULIS terbaca respon ringkas salah seorang AMT Umno, yang memperincikan bahawa kemenangan calon PH-BN pada PRK Pulai kerana sokongan 99% pengundi bukan melayu, sementara pengundi melayu hanya 18%, manakala calon PN yang kalah mendapat 81% sokongan kaum melayu, kurang 1% pengundi bukan melayu.

Keputusan PRK Pulai, calon PH-BN mendapat undi 48,283, calon PN 29,642 undi.

Parlimen Pulai yang berjumlah 165,509 pengundi yang keluar mengundi seramai 78,453 yang terbahagi kepada 36,088 Melayu, 32,165 cina, 9414 india dan 786 lain-lain.

Undi PN daripada 29,642, pengundi melayu seramai 29,114, 528 bukan melayu. Manakala undi PH-BN, 6,974 melayu, bukan melayu 41,309.

Jika respon ringkas itu adalah keadaan sebenar, maka jelas BN terutama UMNO bukan lagi UMNO yang mendapat sokongan orang melayu.

Dalam respon ringkas itu juga dinyatakan, bahawa calon Amanah dapat menarik hampir 4 ribu undi orang melayu, kerana pada PRU15, hanya 3 ribu yang menyokong. Dengan kata lain, sumbangan UMNO hanya hampir 4 ribu pengundi orang melayu. Jumlah 4 ribu hanya 11.08% daripada yang keluar mengundi, manakala 81% menyokong calon PN.

Menerusi keputusan PRK Pulai, jelas kini, orang melayu menyokong PN, manakala bukan melayu pada PH-BN.

Menerusi data ringkas ini, di masa akan datang, calon-calon UMNO akan mengalami kesukaran menang di kawasan majoriti kaum melayu, seperti Parlimen Permatang Pauh.

Menerusi keputusan PRK ini juga 20 kawasan parlimen yang dimenangi UMNO pada PRU15 terancam termasuklah Parlimen Bagan Datuk yang disandang Presiden UMNO.

Di Semenanjung daripada 165 kawasan parlimen sekurang-kurangnya 100 adalah kawasan majoriti kaum melayu. Jika berpandukan pada keputusan PRK ini, kemungkinan besar semua kawasan parlimen itu boleh ditawan PN pada PRU16, jika tidak berlaku persempadanan semula.

Jika jumlah kerusi parlimen kekal 222, dan tiada persempadanan baru, dan PN menang 100/222, maka hanya memerlukan 12 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk mencapai 112/222.

Keputusan PRK Pulai, PRU15 dan PRN2023 enam negeri adalah petunjuk bagi parti-parti Blok Borneo, akan “align” dengan blok parti mana pada PRU16, atau mengunggu keputusan kemudian melaksanakan penjajaran baharu seperti mana berlaku pasca PRU15.

Pun demikian, tidak semestinya pola pengundian seperti ini berlaku pada PRU16, kerana tempoh masa 4 tahun, akan banyak senario akan berlaku.

Tetapi apa yang jelas, apa pun senario yang berlaku hanya membabitkan pengundi melayu, tidak bagi bukan melayu. Pengundi bukan melayu akan kekal bersama PH untuk jangka masa yang panjang, sehingga lah sasaran atau matalamat kaum itu tercapai, samada ideologi DAP mahupun PKR.

Bukan mudah mengubah sokongan sesuatu kaum, seperti mana dirasai UMNO sehingga 14 kali pilihan raya umum. Pada PRU14, Umno masih menang jumlah kerusi yang signifikan, akan tetapi calon-calon parti lain dalam Barisan Nasional kalah teruk.

Sokongan kaum bukan melayu telah bersama DAP-PKR sejak tahun 2008 (4 PRU berturut-turut), dan dijangka berterusan pada PRU-PRU akan datang.

Berpandukan pada PRK Pulai, penulis tidak nampak bagai mana UMNO Sabah mengatur strategi atau langkah untuk memerintah Sabah semula. Penulis tiada keyakinan bahawa pengundi Sabah berbeza penerimaan terhadap UMNO Sabah. Ada lah lazim, apabila parti induk ditolak, maka parti cabang juga akan turut sama ditolak.

Alangkah eloknya, jika pemimpin UMNO Sabah memperkuat Parti Blok Borneo,kerana menerusi kekuatan sahaja akan mempunyai KUASA BERUNDING dengan Kerajaan Persekutuan. Memaksa rakyat Sabah untuk menyokong dirasakan tidak berbaloi, kerana parti induk pun hilang atau tiada “bargaining power”.

No comments:

Blog Archive