Tuesday, September 26, 2023

LEMAHNYA SISTEM PENGANGKUTAN DARAT BANDAR KOTA KINABALU

SEHARUSNYA Bandar Kota Kinabalu, mempunyai sistem pengakutan darat yang terpusat dan teratur untuk memudahkan orang ramai.

Kerana kesan sistem pengakutan yang tidak sistematik, maka bas awam lebih banyak berehat berbanding “roaming” jalan raya.

Pengguna pengangkutan awam, selain memenuhi keperluan juga perlu disesuai dengan masa dan destinasi.

Oleh kerana pengangkutan awam bukan untuk tujuan kesesuaian masa dan destinasi, maka pengguna pengakutan awam lebih kepada mereka yang tiada kenderaan.

Pengangkutan awam yang bersistematik, bukan sahaja untuk mereka yang tiada kenderaan persendirian juga untuk mereka yang mempunyai kenderaan, apabila golongan ini mendapati menggunakan pengangkutan awam lebih efisien dan mudah.

Selagi tidak wujudnya sistem pengangkutan yang sistematik, selagi itu, pengangkutan seperti ini tidak berdaya maju, dan akan kerap kelihatan, bas-bas lebih banyak “parking” merata, seperti mana keadaan di depan Hotel Shangrila, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu.

Ada yang mengulas, mana sudah terminal bas berpusat bagi bas-bas awam dalam bandar? Belum lagi disediakan.

Penyediaan terminal berpusat, tidak membawa apa-apa makna, jika hanya menjadi tempat letak bas-bas.

Terminal berpusat diperlukan, jika jumlah penumpang mencukupi, sehinggakan pemandu tidak perlu melepak dan “parking” bas masing-masing.

Kerana tidak adanya sistem pengangkutan dalam bandar yang sistematik, maka pengguna lebih gemar menggunakan kenderaan sendiri, walaupun terpaksa membayar parking apabila berkunjung ke bandar atau ke tempat kerja atau urusan dengan perkhidmatan kerajaan, sehinggakan menyumbang kepada kesesakan jalan raya.

Selagi sistem pengangkutan dalam bandar tidak di’upgrade’ selagi itu lah pengangkutan dalam bandar berselerak, tiada masa depan, bukan perniagaan yang menguntungkan.

Berikutan itu, sebanyak mana pun penambahan jalan, termasuk jalan bertingkat, kelancaran lalu lintas, tidak akan dirasai diawal pagi terutama musim sekolah dan petang semasa pulang daripada pejabat.

No comments:

Blog Archive