KETUA Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor sembah maklum kepada DYMM SPB Agong pada majlis santapan DiRaja di SICC pada malam 6 September, sehari sebelum Baginda bersama Permaisuri Agong menamatkan sebahagian KEMBARA KENALI BORNEO yang meliputi 2,154 kilometer daripada Tawau ke Telok Melano Sarawak menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei daripada 3-13 September 2023.
Menurut Hajiji walaupun kerjaan Sabah pada hari ini hanya mengambil alih tampuk pemerintahan selama 3 tahun, akan tetapi dapat mengembangkan perekonomian negeri apabila nilai perdagangan negeri pada tahun 2022 melonjak pada paras tertinggi sejak merdeka iaitu RM118.1 bilion.
Selain itu juga kerajaan negeri berjaya membawa masuk RM33 bilion pelaburan ke Sabah sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.
Pada tahun lepas menurut Hajiji, Sabah juga mencatit kutipan hasil RM7 bilion, satu kutipan yang belum pernah dicapai sebelumnya.
Menerusi titah balas YDP Agong sempena santapan DiRaja itu, Baginda bertitah menerusi kestabilan politik merupakan faktor pemudah cara merealisasikan kemajuan dan pembangunan negeri.
Tanpa kestabilan politik, tidak akan dapat merealisasikan perancangan/strategi kerajaan untuk membela rakyat dan memajukan negeri.
YDP Agong juga menzahirkan bukan mudah memajukan,membangun negeri yang luas seperti Sabah, hanya menerusi kestabilan politik menerusi kesinambungan kerajaan sahaja boleh merealisasikan kemajuan dan pembangunan.
Titah Baginda,kerana kestabilan politik negeri, maka kerajaan yang dipimpin Ketua Menteri Sabah secara pasti dapat merealisasikan perancangan-perancangan yang telah digariskan kerajaan negeri.
Menerusi Kembara DYMM Agong dan Permaisuri Agong bersama anak-anak Baginda berdua menurut Hajiji adalah peluang keemasan rakyat Sabah daripada berbagi etnik dan agama bukan sahaja melihat secara dekat pasangan DiRaja tersebut akan tetapi juga rakyat dapat bermesra dengan pasangan simbol Negara tersebut.
Kembara Mengenali Borneo adalah julung kali diadakan oleh mana-mana pembesar negara sejak merdeka.
Mungkin, kalau ada pun, di antara pemimpin negara ini, pernah kembara, akan tetapi bukan dilakukan pada jadual yang berterusan, melainkan berperingkat, khususnya semasa turun padang.
Aktiviti kembara seperti ini perlu diteruskan di masa hadapan, terutama oleh pembesar negeri/negara untuk mengetahui kemajuan/pembangunan di setiap daerah dari masa ke semasa.
Penulis hanya mengetahui adanya kembara seperti ini secara tahunan dilaksanakan oleh Istana Johor pada tahun 90-an dikenali sebagai KEMBARA TENGKU MAHKOTA JOHOR (KTMJ), penulis pernah menyertainya beberapa kali.
No comments:
Post a Comment