Ambil iktibar “Langkah Sheraton” ianya ekoran Kongres Maruah Melayu. Misi sebenar Tun tercapai apabila Tan Sri Muhiyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, akan tetapi kemudiannya digagalkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sekali lagi “misi sebenar” Tun Dr Mahathir digagalkan Zahid pasca PRU15, apabila 10 MP Umno/BN terpaksa menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhiyiddn untuk dilantik sebagai PMX.
Misi Tun mudah, pemimpin yang termasuk dalam kumpulan penyanggak tidak boleh menjadi Perdana Menteri, juga Anwar.
Pada PRU14, Tun bersama PH dan Anwar untuk menumbangkan Najib. Selepas Najib ditumbangkan, maka giliran Anwar pula jangan jadi Perdana Menteri.
Menerusi Langkah Sheraton, diyakini Umno mampu menyingkirkan Zahid, terbukti gagal. Kerana Tun pasti menerusi Zahid, Anwar boleh menjadi Perdana Menteri.
Menumbangkan Anwar sebagai Perdana Menteri, adalah misi utama Tun Dr Mahathir. Hasrat itu boleh dicapai hanya menerusi tindakan ahli-ahli parlimen Umno/BN yang tidak sebulu dengan Zahid. Jika pada keadaan sekarang, tiadanya Undang-Undang Antilompat, sudah pasti, paling sedikit 10 ahli Umno sudah membuat Akuan Bersumpah (SD) menyokong pemimpin lain menjadi PMXI.
Menerusi Gerakan Tun, tidak mustahil, parti-parti yang pernah menyokong Tan Sri Muhiyiddin sebagai calon PMX tidak akan berulang. Dalam politik itu semua boleh berlaku, asalkan pihak-pihak yang terlibat mempunyai misi yang sama.
Tidak pelik, menerusi DNAA Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menjadi pemudah cara, atas sebab, sebelum ini tiada yang terfikir, langkah Sheraton boleh berlaku.
Benar kata Salleh, apabila tersilap mendepani Langkah Tun, maka membawa padah.
Walaupun jumlah ahli parlimen yang menyokong Datuk Seri Anwar pada masa ini berjumlah 147; 81 daripadanya PH, 30 BN, selebihnya daripada GPS, GRS dan Warisan serta parti bebas dan parti kecil lain.
Jika berlaku seperti mana masa pemilihan PMX, dan 2-3 orang MP Umno mengambil risiko kehilangan kerusi, maka dengan sendirinya PMX kehilangan sokongan majoriti mudah. Jika itu berlaku, maka PRU16 mengejut perlu diadakan, kerana gaya Anwar, pasti kembali kepada rakyat semula berbanding meletakkan jawatan dengan sukarela. Apabila berlaku PRU mengejut, diyakni keputusan seperti PRN16 Sabah pada tahun 2020. Apabila semua ini berlaku, maka TUN boleh lega, kerana MISSION ACCOMPLISHED!!!.
Memang semua ini jika difikirkan adalah IMMPOSIBLE, akan tetapi Tun mempunyai rekod, yang IMMPOSIBLE itu menjadi POSSIBLE. Sama-sama kita tunggu kesudahan GERAKAN TERAKHIR TUN INI!!!.
No comments:
Post a Comment