Sunday, September 03, 2023

BARANG DAGANGAN TIDAK SEMESTINYA PRODUK-JAWATAN JUGA BARANG DAGANGAN?

APABILA barang dagangan tidak semestinya produk melainkan juga termasuk jawatan, maka berlaku lah tindakan menghalalkan cara.

Akan berlaku pusingan U atau pusingan 360 darjah, yang dahulunya kain itu hitam kini kain yang sama bertukar putih.

Kesan apa kah apabila tindakan menghalalkan cara berlaku, kesannya pada rakyat bukan sahaja berdilema membuat keputusan akan tetapi menyebabkan rakyat berkelompok. Apabila berkelompok maka jawapannya mereka menjadi lemah.

Tiada yang boleh disumbangkan oleh mereka yang lemah, melainkan menunggu belas kesihan atau ikhsan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), menu rahmah atau bantuan-bantuan ikhsan lain.

Amat memilukan negara yang kaya dengan khazanah semulajadi, akan tetapi hanya sedikit rakyat yang dapat menikmatinya.

Berdekad-dekad, negeri yang mempunyai kekayaan semulajadi tersenarai sebagai negeri yang paling ramai rakyat miskin, bukan sahaja miskin akan tetapi terdapatnya miskin dalam golongan miskin yang diberi istilah sebagai miskin tegar.

Mengapa keadaan ini berlaku, kerana kesan pada kelemahan yang terwujud, apabila rakyat berkelompok-kelompok kemudian pemimpin politik mengambil peluang, maka bertukar ganti lah kerajaan.

Sabah ada lah negeri yang paling kerap bertukar kerajaan, sehingga ada istilah JINX 9 tahun, kerana setiap 9 tahun kerajaan Sabah bertukar.

Apabila Datuk Seri Musa Aman (kini Tan Sri) mengambil alih jawatan Ketua Menteri, daripada sekian banyak kelemahan yang beliau dapati, antara lain geran-geran NT yang diberikan lebih 2 juta ekar kepada rakyat telah bertukar tangan, selain itu keluasan hutan simpan negeri hanya 838 ribu ekar, jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) yang tergolong miskin tegar menyebar di beberapa daerah luar bandar.

Tindakan awal yang dilakukan oleh Kerajaan era Musa adalah mengurangkan memberi geran-geran pada individu dengan menukar pada bentuk geran komunal.

Untuk meningkatkan keluasan hutan simpan - dimansuhkan memberi lesen/kebenaran menebang hutan, dan memberi sasaran, menjelang tahun 2030, keluasan hutan simpan negeri hendaklah 30% daripada keluasan tanah negeri. Kini keluasan yang termasuk dalam hutan lindung (TPA) sudah melepasi 2 juta hektar, satu peningkatan luar biasa.

Sementara untuk menaik taraf kehidupan KIR yang tergolong miskin tegar diperkenalkan Mini Estet Sejahtera (MESEJ) pada tahun 2004, sehinggakan lebih 50 MESEJ diwujudkan di daerah-daerah yang terkategori miskin. Kesannya, setiap tahun laporan Jabatan Statistik Negara (DOSM) telah berlakunya penurunan jumlah KIR yang miskin.

Kerana kestabilan politik antara 1994-2018, selain termasuhnya JINX 9 tahun, Sabah mengalami pembangunan fizikal luar biasa samada di bandar mahupun luar bandar, sehinggakan ramai pemerhati ekonomi/pembangunan memberi gelaran pada Musa sebagai Bapa Pembangunan Moden Sabah.

Pun demikian, warisan kedaifan pengetahuan berkaitan tekonologi, hal-hal yang berkaitan kemudahan asas tidak berjangka hayat lama, misalnya, paip-paip pembekal air mudah pecah, jalan-jalan cepat berlubang, kabel-kabel bekalan tenaga tidak berjangka hayat lama dan sebagainya masih merupakan cabaran atau dihadapi.

Menangulangi warisan kedaifan ilmu bukan seperti menanam jagung, tiga bulan bulan dituai, ianya memerlukan masa yang panjang, perlu iltizam yang tinggi, selain memerlukan dana besar, sebelum dapat menuai hasil.

Dalam jangka panjang, apabila ilmu bertekonologi ramai yang menguasainya dan mereka ini menjadi sebahagian pelaksana, kos seunit setiap projek semakin rendah, kerana mengambil iktibar pada erti peribahasa KALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI.

Rakyat Sabah perlu bersyukur kerana telah mempunyai kerajaan yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor, salah seorang pemimpin utama era Tan Sri Musa.

Kini Sabah bukan sahaja mengalami pemulihan ekonomi selepas pandemik Covid-19, akan tetapi terus merekodkan pencapaian-pecapaian luar biasa termasuk dalam nilai perdagangan, hasil kutipan dan rizab kewangan negeri yang semuanya rekod baharu bagi negeri sejak merdeka.

Bukan itu sahaja, aliran masuk pelaburan terus meningkat apabila untuk tempoh dua tahun kerajaan GRS menerajui kerajaan negeri telah menerima RM33bilion.

Melihat cara kepimpinan GRS menerajui kerajaan, jawatan itu bukan lah dagangan, melainkan satu tanggungjawab besar untuk dilaksanakan demi rakyat dan negeri. Walaupun kerajaan ini cuba dirobohkan menerusi Langkah Kinabalu pada 6 Januari 2023, kerana para pelaku itu masih berkiblat bahawa jawatan itu adalah BARANG DAGANGAN.

Penulis melihat kepimpinan Hajiji yang disokong oleh mereka yang berpengalaman baik sebagai anggota jemaah menteri, pengerusi-pengerusi GLC, benar-benar mempergunakan jawatan/kedudukan masing-masing untuk memajukan rakyat dan membangun negeri.

Apabila semua perancangan berterusan dan dapat merealisasikan visi Sabah Maju Jaya, maka kadar pengangangguran baik melibatkan pencari kerja mahupun graduan akan teratasi, kerana semakin banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan aktiviti ekonomi tercipta.

Apa yang paling mustahak, tidak lagi timbul jawatan itu sebagai barang dagangan, kerana ianya boleh mengwujudkan ketidak stabilan politik, kerana masing-masing mahu mengejar jawatan. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive