Wednesday, August 23, 2023

PRN2023: LUARBANDAR SOKONG PN, BANDAR SOKONG PH

SATU tanda tanya, dalam tempoh 7 bulan kerajaan Perpaduan Persekutuan, sekurang-kurangnya 19 inisiatif untuk membantu mengurangkan beban ekonomi rakyat, dan tumpuannya pada rakyat luar bandar terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Akan tetapi, berasaskan keputusan PRN2023, golongan rakyat yang banyak mendapat manfaat tidak memberi undi pada calon-calon Kerajaan Perpaduan, manakala rakyat yang bukan sasaran pada inisiatif-inisiatif itu pula yang menyokong, sehinggakan boleh menang kuasa 2/3 di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Bukti rakyat yang menjadi sasaran pada inisiatif-inisiatif itu tidak mempengaruhi pendirian politik mereka apabila PH-BN kalah teruk di Kedah, sedangkan para pesawah adalah sasaran inisiatif yang dilaksanakan kerajaan, demikian juga di Kelantan dan Terengganu, inisiatif yang diberikan pada golongan nelayan/pekebun tidak memberi kesan sokongan pada PH/BN.

Apa yang boleh disimpulkan pada keputusan PRN2023? Bagi pandangan penulis, keputusan 9.7 juta pengundi di enam buah negeri, mengundi/menyokong blok parti politik, adalah berasaskan fahaman politik, bukannya berasaskan apa yang boleh diberi atau tidak oleh sebuah kerajaan.

Oleh kerana rakyat menggunakan ideologi politik sebagai pertimbangan untuk membuat keputusan, maka apapun taktik/strategi/tawaran berbentuk material, tidak diambilkira, melainkan mereka “stick” pada ideologi masing-masing.

Apabila rakyat dipandu oleh ideologi atau fahaman politik, maka sukar bagi mana-mana pemimpin parti politik mengubah, meskipun yang cuba mengubah itu adalah pemimpin kerajaan off the day, menerusi berbagai inisiatif berbentuk material.

Apabila rakyat memilih ideologi atau pemahaman politik yang diterjemahkan menerusi sesebuah parti politik untuk menjadi platform, tidak mudah untuk menarik sokongan daripada golongan ini, kerana prinsip atau pegangan yang telah diambil “mangan nyak mangan asal kurung-kurung”.

Penulis melihat dalam isu politik Sabah pasca PRU14, sebahagian besar rakyat Sabah mengikut arah ke mana para pemimpin yang mereka sukai menuju termasuk parti politik yang digunakan sebagai platform. Fenomena ini semacam ideologi juga, kerana penyokong kekal dengan para pemimpin yang mereka gemari dan terima.

Atas sebab itu di Sabah, telah terbukti, calon bebas pun boleh menang, kerana keputusan sebahagian rakyat mengikut ke arah mana pemimpin yang disukai/digemari/disokong.

Penulis melihat, fenomena rakyat mengikut hala tuju pemimpin dimanfaatkan oleh para pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menerajui GRS PLUS untuk membalas sokongan rakyat itu menerusi berbagai strategi membela mereka misalnya menerusi HALA TUJU SABAH MAJU JAYA.

Pencapaian kerajaan GRS bukan sahaja luar biasa daripada segi perekonomian, kutipan hasil, akan tetapi program balas budi kepada rakyat yang meliputi semua lapisan rakyat daripada murid sekolah di peringkat TADIKA, RENDAH, MENENGAH, VOKASIONAL, juga di peringkat PENGAJIAN TINGGI. Bukan itu sahaja di peringkat keagamaan/sosial juga menjadi sasaran dibela dan disantuni.

Para pemimpin GRS sedar, “heart and mind’ rakyat perlu difahami, kerana ianya tidak boleh dibeli dengan material, seperti mana berlaku pada PRN2023.

No comments:

Blog Archive