Thursday, August 24, 2023

31 Ogos 2023-KALI PERTAMA HARI SABAH DI SAMBUT

PENULIS tidak bermaksud memberi ulasan punca/sebab 31 Ogos adalah hari Sabah, kerana telah banyak catitan sejarah mengenainya.

Penulis hanya mengulas, dari hari pertama Sabah menjadi negeri merdeka pada 31 Ogos 1963, hingga ke hari ini, apa yang telah berubah.

Apabila mengulas berkaitan apa yang telah berubah tentunya selain berkaitan jumlah rakyat juga berkaitan kemajuan dan pembangunan.

Apa kah keadaan Sabah selepas 60 tahun boleh diukur dengan mengunakan tiga elemen- kemajuan-pembangunan-pendapatan perkapita.

Penulis juga tidak bermaksud mengulas berkaitan angka-angka, kerana bagi mereka yang berminat, boleh sahaja mengetahuinya,kerana era sekarang, maklumat dihujung jari.

Penulis lebih cenderung mengulas berkaitan perasaan atau apa yang dirasakan rakyat negeri ini dalam tempoh 60 tahun sebagai rakyat yang merdeka.

Penulis yakin secara umum rakyat Sabah merasa erti kemerdekaan, sebab itu lah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengumumkan bahawa pada tahun ini julung kali Sabah menyambut HARI SABAH yang kebetulan sama tarikh DENGAN hari kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957.

Ketua Menteri mengajak rakyat Sabah merasakan apa erti kemerdekaan sebenar, menyusul keputusan kerajaan yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memilih jatah negeri SABAH MAJU JAYA sebagai visi untuk membangun dan memajukan negeri.

Rasa merdeka adalah satu kekuatan psikologi yang tiada tolok bandingnya, kerana menerusinya setiap rakyat bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan perbuatan/tindakan itu demi kebaikan.

Menerusi rasa merdeka, maka menjadi pemacu bagi setiap rakyat berfikir di luar kotak dan akhirnya boleh menoktahkan liku-liku/jurang yang dilalui semasa mengisi kemerdekaan.

Penulis percaya, setiap rakyat Sabah yang sudah akhil baligh mengetahui apa kedudukan Sabah dalam tempoh 60 tahun dalam sebuah negara merdeka- Persekutuan Malaysia.

Di mana kah posisi Sabah daripada 13 negeri, atau antara 3 wilayah- Sarawak-Sabah-Malaya (Semenanjung). Posisi yang diukur adalah daripada segi kemajuan-pembangunan-pendapatan perkapita.

Tentunya mereka yang sempat membaca laporan perangkaan negara (DOSM), tentunya tahu di mana posisi Sabah yang sangat menyedihkan kerana tersenarai sebagai salah satu negeri yang ramai rakyat miskin.

Bagi rakyat hari ini, mungkin hanya menganggap cerita dongeng, bahawa di awal kemerdekaan, walaupun Sabah daripada segi kemajuan dan pembangunan tersangat daif, akan tetapi sebuah negeri yang kaya dengan sumber semulajadi, seperti kayu kayan, tembaga, minyak dan gas.

Namun selepas sumber semulajadi dikuras di atas bumi/perut bumi negeri, akan tetapi, rakyatnya tidak menikmatinya, malahan tersenerai sebagai negeri yang ramai rakyat miskin, ramai rakyat yang menganggur.

Apa kah Hari Pertama Sabah yang disambut pada 31 Ogos 2023 di Tambunan, sebagai proses ‘healing” merenung apa yang telah berlaku dalam tempoh lebih setengah abad? Atau kah tarikh ini akan bermulanya satu langkah ke hadapan yang lebih progresif/agresif agar apa yang dilalui sebelumnya tidak akan dilalui, sebaliknya akan terus berada di landasan VISI SABAH MAJU JAYA.

No comments:

Blog Archive