Wednesday, August 30, 2023

PERLU ADA TINDAKAN PERLAHANKAN KENAIKKAN HARGA BARANG

PENULIS yakin tiada mana-mana kerajaan mahu harga barang keperluan harian terus meningkat khususnya harga ayam, daging, telur, ikan dan sayur.

Oleh sebab barangan ini dipengaruhi peningkatan kos pengeluaran, selain semua rantai perniagaan terlibat menambah harga, akhirnya apabila sampai pada pengguna akhir, harga berbeza sebelum PKP (printah Kawalan pergerakan).

Contohnya harga paha ayam sahaja, kini dijual RM14.90 sekilogram berbanding RM10.90,meningkat RM4.00 ( 36.70%). Ikan tilapia daripada RM8.00 ke RM18.00, meningkat 125%, satu kenaikkan luar biasa. Ikan merah “uji rashid” kini dijual RM15.80 berbanding RM10.80, meningkat 46.30%. Terung, timun, kacang panjang, kacang buncis, ladies finger, kobis bulat mengalami perubahan harga di atas 50%. Jika mereka yang tidak dapat makan tanpa cili api, jelas terkesan kerana harga antara RM65-RM85 sekilogram.

Walaupun barang kawalan seperti beras, minyak masak paket (bekalan seperti chip more) tidak mengalami kenaikkan harga, akan tetapi, untuk memastikan makanan atas meja tersedia sesuai dengan kualiti makanan yang diperlukan tubuh badan, pendapatan boleh guna perlu ditambah 20%. Ertinya jika pendapatan boleh guna RM1000, maka pada masa sekarang perlu RM1200. Tambahan pendapatan boleh guna RM200 dalam tempoh singkat, tidak mudah diperolehi, malah kesan pandemik Covid-19, pendapatan boleh guna didapati menurun. Oleh kerana arah aliran antara harga barang dan pendapatan boleh guna berlawan arah, maka memberi kesan luar biasa pada kehidupan sebahagian rakyat.

Dalam konteks Sabah sebagai negeri, perekonomian semakin membaik, apabila nilai perdagangan meningkat melepasi RM100 bilion, KDNK meningkat hampir RM90 bilion, kutipan hasil tahunan hampir RM7bilion pada tahun lalu, sementara rezab negeri juga terus kukuh menghampiri RM7bilion.

Isunya kutipan hasil negeri itu tidak langsung sampai ke saku rakyat. Hasil negeri hanya sampai ke saku rakyat menerusi projek-projek yang dibiayai kerajaan, bantuan-bantuan one-off, bantuan pendidikan, amal, keagamaan mahupun sosial. Malangnya, pendekatan ini, hanya pendekatan jangka pendek untuk “top-up” pendapatan boleh guna, tetapi impaknya tidak sesignifikan apabila rakyat itu sendiri dapat menambah pendapatan boleh guna menerusi titik peluh masing-masing.

Apabila pemimpin bercakap berkaitan limpahan ekonomi, maka yang dimaksudkan, ada lah peluang rakyat meningkatkan pendapatan boleh guna menerusi aktiviti ekonomi.

Limpahan ekonomi bagi program/projek kerajaan yang bersifat khusus seperti MESEJ (mini Estet Sejahtera) hanya terhad pada mereka yang terlibat dengan program itu, tidak membabitkan mereka yang berada di luar program itu.

Apabila Ketua Pemuda Parti Warisan mendakwa bahawa MESEJ tidak membawa limpahan ekonomi, memang pun demikian, kerana program itu bertujuan khusus, iaitu merubah kehidupan peserta yang berstatus miskin tegar. Lain kesannya, jika program itu tidak berjaya mengubah status para peserta, maka program itu boleh lah dikatakan gagal.

MESEJ yang diihamkan oleh mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (kini Tan Sri) dan dilaksanakan pada tahun 2004, bertujuan tidak lain mengubah status kehidpuan peserta yang terdiri daripada miskin tegar.

Di Sabah lebih 50 program MESEJ dilaksanakan di daerah-daerah yang terkategori miskin, telah memberi kesan pada penuruan kadar kemiskinan dari tahun ke tahun sesuai dengan laporan Jabatan Statistik (DOSM) walaupun pun penurunan itu, tidak seperti hasil menggunakan kayu magic, tetapi apa yang pasti terdapatnya penurunan, maknanya, kehadiran MESEJ memberi kesan pada pengurangan jumlah rakyat yang miskin.

Bagi pandangan penulis, program seperti MESEJ perlu diperkukuh dengan melibatkan semakin ramai rakyat tidak lagi hanya melibatkan mereka yang tergolong miskin tegar. Program seperti ini, secara langsung memberi kesan pada peserta/rakyat yang terlibat, walaupun jika dilihat sumbangan pada KDNK tidak lah sehebat projek-projek berimpak tinggi seperti Loji Klinker/Simen; Projek Silika-Kaca; Projek Keranjang Tembaga; Projek Amonia atau projek berlandaskan tenaga hijau atau kredit karbon.

Projek seperti MESEJ telah menjamin penyediaan rumah kediaman yang dilengkapi dengan kemudahan asas, ertinya, peserta tidak lagi terganggu dengan kos sewa rumah. Para perserta hanya berkonsentarsi pada bidang yang diusahakan untuk memastikan keluaran yang berterusan. Apabila keluaran semakin tinggi, pasti industri berkaitannya akan muncul, atas sebab pelabur akan melihat keuntungan yang bakal dirai.

Perlu diambil kira, apabila bercakap berkaitan limpahan ekonomi bagi sesuatu projek/program kena ada “economic scale” kena ada “comparative advantage” tanpa dua elemen ini,jangan bercakap berkaitan limpahan ekonomi atau limpahan kemajuan.

Penulis masih berpandangan projek MESEJ walaupun berusia hampir 20 tahun, akan tetapi masih berbentuk printis, kena masih berselerak berasaskan daerah.

Sesuai dengan semakin tingginya kutipan hasil negeri samada menerusi minyak dan gas, industri berkaitan dengannya, maka, perlu dipertimbangkan mengembangkan lagi program MESEJ di kawasan-kawasan luar bandar, dengan mengenalpasti, kesesuaian masing-masing kawasan.

Dalam jangka masa 10 tahun daripada sekarang, apabila bercakap berkaitan kenaikkan kos sara hidup, maka akan terhad pada kawasan bandar bukan lagi kawasan luar bandar. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive