Friday, August 11, 2023

MANIPULASI UNDI PH/BN PADA PRU15 JADI PERANGKAP

SEJAUH mana perangkap manipulasi undi PH dan BN semasa PRU15 memberi kesan pada dua blok parti yang bertindak bertentangan dengan janji masing-masing pada pengundi masing-masing?

Perangkap manipulasi undi ini adalah penghalang pemindahan undi secara penuh (full vote transferbility) antara pengundi ke dua-duanya. Berbeza dengan PN, isu pemindahan undi secara penuh tidak berbangkit.

PH/BN berhadapan isu perangkap manipulasi undi semasa PRU15, sehinggakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terpekasa mengeluarkan kenyataan, bahawa semua calon PH/BN adalah mewakili Kerajaan Perpaduan, atas sebab itu tidak perlu timbul isu ada pengundi PH atau BN menolak.

Perangkap manipulasi undi bukan sahaja memberi kesan pada pengundi melayu akan tetapi juga yang bukan.

Dikatakan, kerana kesan manipulasi undi oleh PH/BN, maka ada di kalangan pengundi kedua-dua blok, bertindak tidak keluar mengundi/merosakkan undi/memberi undi pada parti lawan untuk memberi pengajaran, pada pemimpin kedua-dua pihak berkaitan tindakan manipulasi undi (bertentangan dengan janji).

Kesan golongan pengundi yang merasa tertipu ini, jika jumlahnya signifikan, maka menjadi faktor utama calon-calon PH/BN tidak mampu merai undi yang diperlukan untuk menang kerusi.

Di kalangan pemimpin Kerajaan Perpaduan, telah mendekati pengundi/penyokong masing-masing menerangkan/menjelaskan punca kerjasama pasca PRU15. Pun demikian, tiada jaminan pemindahan undi secara penuh berlaku.

Apapun, apa kah kesan manipulasi undi pada dua blok parti- PH/BN, hanya berbaki kurang 24 jam untuk dirungkai dan dineutralisasi. Mungkin Kedah didapati kesan manipulasi undi tinggi, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Kedah sebagai lokasi Grand Finale kempen PH/BN.

No comments:

Blog Archive