Friday, August 11, 2023

KERAJAAN PERPADUAN HANYA TUMBANG DALAM KEADAAN LUARBIASA

KERAJAAN Perpaduan hanya tumbang JIKA HANYA JIKA BN, GPS dan GRS secara enblok menarik sokongan. Jika hanya satu blok, tidak berkesan.

Kerajaan Perpaduan yang disokong 19 parti menguasai 148 kerusi daripada 222 (kuasa 2/3) selepas tahun 2008.

Kemenangan 6-0 Perikatan Nasional (PN) (jika berlaku), hanya mengwujudkan KRISIS LEGITIMASI MORAL, tidak menyebabkan Kerajaan Persekutuan bertukar/tumbang.

naratif yang digunakan oleh PN, jika menang PRN 6 negeri, maka ada kemungkinan Kerajaan Persekutuan bertukar, kerana ada blok parti yang menarik sokongan.

Cuba lihat senario yang berlaku, PH ada 82 kerusi, BN 30 kerusi, dua parti ini mengekalkan Kerajaan Perpaduan,kerana mempunyai majoriti mudah.

Penulis melihat, selagi, Umno dipimpin Datuk Ahmad Zahid Hamidi, maka parti itu akan kekal bersama PH, setidak-tidaknya hingga tamat penggal.

Blok Borneo (GPS dan GRS), sangat komited dengan Kerajaan Perpaduan, juga, setidak-tidaknya sehingga tamat penggal.

Melihat senario-senario ini, kerajaan Perpaduan tumbang hanya dalam keadaan yang LUARBIASA. MAKNANYA, apapun keputusan PRN 6 negeri, status quo peringkat Persekutuan KEKAL.

Mengingat pada senario yang disebutkan terpulang pada 9.7 pengundi 6 negeri, ke mana hala tuju mereka, bersama kerajaan Persekutuan atau menentang untuk tujuan semak dan imbang.

Walaupun banyak pandangan/dapatan, bahawa keputusan PRN 6 negeri akan berakhir seperti mana status quo sebelum PRN, iaitu negeri-negeri dikuasai PH/BN dan PN masing-masing akan mengekalkan status quo. Ertinya keputusan seri, iaitu 3-3. Pun demikian sama-sama tunggu keputusan sebenar esok malam.

No comments:

Blog Archive