Wednesday, August 02, 2023

ANUGERAH BIASISWA CEMERLANG NEGERI SABAH SIRI KE-34

SETIAP tahun Kerajaan Negeri Sabah menganugerahkan Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS), dan tahun ini memasuki siri ke-34.

Kerajaan Negeri dan Yayasan Sabah, bukan sahaja menganugerahkan ABCNS akan tetapi memberi tajaan pada anak-anak Sabah meneruskan pendidikan, samada dalam atau luar negara.

Sejak Yayasan itu ditubuhkan tidak pernah gagal menghulurkan bantuan kewangan samada dalam bentuk biasiswa, dermasiswa atau pinjaman agar ramai anak-anak Sabah mendapat pendidikan/ilmu yang diperlukan.

Modal insan adalah salah satu aset penting bagi sesebuah negeri yang dahagakan kemajuan dan pembangunan.

Modal insan adalah salah satu teras dalam Sabah Maju Jaya (SMJ), visi kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diterajui Ketua Menteri- Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Anugerah biasiswa, tajaan, tidak akan mampu berterusan, jika keupayaan badan yang mengurusnya tidak mapan, terutama daripada segi hasil yang berbentuk kewangan.

Yayasan Sabah yang diterajui Datuk Ghulam Haidar Bahadar sebagai Pengerusi, bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil bagi kumpulan itu, akan tetapi sentiasa dapat mengalokasikan kewangan untuk maksud penajaan untuk tujuan peningkatan ilmu pengetahuan/kemahiran bagi anak-anak Sabah.

Berhadapan dengan dunia teknologi, Sabah perlu bergerak serentak dengan kemajuan menerusi menimbah ilmu pengetahuan.

Peranaan Yayasan itu mendokong hasrat kerajaan, untuk pengwujudan modal-modal insan yang berklibar dan berilmu pengetahuan bakal menjadi kunci mengorak kemajuan dan pembangunan negeri di masa kini dan masa hadapan.

No comments:

Blog Archive