PENULIS teringat semasa belajar di Indonesia pada tahun 80-an. Di negara itu, begitu baiknya rangkaian pengakutan awam, keluar sahaja di pintu pagar, sudah menunggu, BIMO, pengakutan awam yang popular di negara itu terutama di Jawa Barat, kemudiannya ditingkatkan kapasiti pada ANGKOT (angkutan kota).
Sebagi pelajar pada masa itu, tidak perlu kenderaan sendiri/beli motosikal atau sebagainya, atas sebab ketersediaan pengakutan yang efektif dan tersedia sehingga jauh malam.
Sebagai pelajar hanya perlu menyediakan Rp25 sekali naik (kerana tambang jauh dan dekat bernilai sama).
Bukan pelajar sahaja, orang awam, kakitangan kerajaan atau swasta, mendapat manfaat pada jaringan pengakutan yang efektif ke semua destinasi, baik pasar awam, kedai-kedai, kampus, sekolah atau taman-taman perumahan.
Akan tetapi di Sabah khasnya prioriti bukan pada pengangkutan awam, sebaliknya jalan-jalan raya dibina untuk pengguna jalan raya yang mempunyai kenderaan sendiri.
Pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya, sesuai dengan pertambahan rakyat. Oleh kerana pertambahan kenderaan lebih cepat berbanding lebarnya jalan raya, maka sudah tentu kesesakan berlaku, pada masa-masa tertentu.
Apa yang didapati di Sabah, lokaliti yang diwujudkan apa kah taman-taman perumahan, kawasan pengajian tinggi, sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, hanya disediakan jalan-jalan untuk kenderaan persendirian.
Jika adapun kenderaan awam, hanya inisiatif perorangan atau syarikat membeli kenderaan dan meminta lesen pengangkutan awam seperti bas mini. Ertinya tindakan ini berbentuk komersial, bukan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Oleh kerana isu rangkaian pengangkutan awam di Sabah sangat lemah, maka memberi kesan pada kos sara hidup, bukan sahaja pada orang awam juga pelajar yang terpaksa tinggal di luar kampus, kerana terpaksa menggunakan teksi, grap atau maxim, yang berlipat ganda mahalnya berbanding kenderaan awam.
Tahun 70-an, dengan adanya “pick-up” bas Tuaran, Luntung, bas penampang, penulis nampak pengangkutan awam lebih mudah tersedia, kerana penulis ingat pada masa itu, setiap 10 minit menunggu di perhentian, ada bas, tetapi selepas setengah abad, kemudahan pengangkutan awam bukannya membaik, akan tetapi menjadi lebih teruk.
Kini timbul pula rancangan membina Lapangan Terbang Antarabangsa baharu bagi Sabah, kerana dikatakan KKIA tidak dapat menampung lagi urusan penerbangan mendarat/berlepas bagi pesawit, sedangkan frekuensi mendarat/berlepas di KKIA adalah 12 minit, berbanding di Changi 4 minit, di Heathrow, UK 1 minit.
Hakikatnya Sabah belum memerlukan Lapangan Terbang Baharu, sebaliknya sistem pengangkutan bandar, antara daerah yang efektif, supaya tidak timbul lagi, isu bapa seorang pelajar STPM yang terpaksa meninjam wang daripada jiran-jiran sekampung, keraana terpaksa naik teksi yang berkos mahal semata-mata untuk hadir menemani anak ke Kota Kinabalu mengambil keputusan. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment