Saturday, July 22, 2023

KERANA SANUSI- 3R MENJADI FENOMENA

HANYA akhir-akhirnya ini 3R menjadi isu hangat kerana dikatakan ianya boleh memudaratkan negara. Tiga R itu adalah Race, Religion, Royalty.

Hakikatnya isu 3R bukan pun baharu di negara ini. Atas sebab itu, perbincangan mulut mengenainya adalah perkara biasa dan telah dianggap sebagai asam garam dalam masyarakat majmuk.

Kerana 3R telah diterima sebagai asam garam, maka dibenarkan wujudnya parti berasaskan kaum dan agama.

Jika betul, bahawa bercakap berkaitan 3R boleh memudaratkan negara, sudah tentu, parti-parti berasaskan kaum dan agama sudah lama dilarang atau diharamkan di negara ini.

Selain itu, status kaum dalam pendaftaran negara atau mana-mana borang rasmi, sepatutnya tidak wujud.

Penulis melihat, isu 3R timbul, kerana politik, kerana ada pihak yang mendapat kelebihan dan pihak yang dirugikan.

Dipihak kerajaan, parti-parti yang menyokong tidak mendapat kelebihan

Sudah lazim, jika kerajaan terkesan dengan sesuatu isu/perkara, maka bertindak memadamkan isu-isu, agar tidak memalit imej negatif, apa tah lagi mengurangkan sokongan rakyat.

Mengambil tindakan terhadap lawan dengan menggunakan faktor 3R, memudahkan aparatur negara menjalankan tugas, kerana mempunyai landasan kukuh untuk bertindak.

Pada Selasa, MB Kedah- Datuk Sanusi Md Nor adalah Menteri Besar pertama di negara ini, ditahan/didakwa kerana isu 3R.

Dengan penahanan/didakwanya Sanusi, isu 3R seolah-olah menjadi sangat serius di negara ini, sama seperti anggapan pihak British semasa Akta Hasutan 1948 digubal, bertujuan membendung pengaruh komunis.

Adalah perkara biasa, sesuatu yang BIASA, apabila dianggap sebagai serius, maka boleh menjadi serius. Demikian juga sesuatu cerita palsu, jika diulang-ulang, maka akan diterima sebagai benar.

Jika benarlah faktor 3R boleh memudaratkan negara, maka mana-mana elemen di negara ini yang berkaitan dengan faktor tersebut perlu diharamkan, seperti pengharaman Parti Komunis Malaya (PKM).

Walaupun pihak kerajaan menafikan tindakan pada pemimpin lawan menggunakan 3R bukan bermotif politik, tetapi, kegagalan mengawal motif sebenar terserlah, apabila Menteri Dalam Negeri- mendesak agar pangkat kerhormat TLDM Sanusi dilucutkan, kerana mengambilkira, bahawa Sultan Selangor adalah Kapten Yang DiPertua TLDM.

Sanusi sebelum ini telah memohon ampun pada Sultan Selangor, berkaitan ucapan pada perhimpunan politik pada 11 Julai di Selayang Selangor.

Penulis yakin setiap rakyat negera ini, pasti patuh pada RUKUN NEGARA, termasuklah rukun ke-2- Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Apa yang malang, apabila rukun k-2 itu dijadikan alat, lalu agensi kerajaan yang terkait tiada pilihan melainkan akur, sehinggakan tindakan itu memberi gambaran mereka yang mengertik ditujukan pada salah satu elemen 3R, iaitu Raja/Sultan, sedangkan bukan lah demikian, yang dikritik itu adalah kelemahan/kegagalan mereka yang diberi amanah/tanggungjawab.

Akan menjadi duluan, apabila Datuk Muhammad Sanusi Md Nor menteri besar pertama di negara ditahan lalu didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, yang berkaitan Raja, kerana dituduh mempersoal prerogatif Raja/Agong melantik Menteri Besar Selangor dan Perdana Menteri ke-X.

Kalau lah diteliti isu yang dihadapi Sanusi lebih kepada kecuaian menggunakan ayat-ayat politik, atau dalam bahasa kasarnya, keceluparan, melawan pihak lawan, sehinggakan tidak menyedari, ianya terkait Raja atau Sultan.

Oleh kerana Sanusi tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan, maka terpulang pada Mahkamah, untuk memutuskan apa kah tuduhan terbukti atau sebaliknya menerusi Akta Hasutan.

Sanusi dianggap sebagai “penjenayah” kerana pihak keselamatan terpaksa menggunakan pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mengawal IPD Gombak, tempat di mana MB Kedah itu ditahan, selain proses penahanan dijalankan pada pukul 3 pagi, kerana menurut pihak PDRM tidak dapat menghubungi MB tersebut.

Selepas pertuduhan, Sanusi dilarang membuat sebarang ulasan berkaitan pertuduhan, sehinggalah kes selesai sepenuhnya. Pertuduhan akan disebut semula pada 4 Oktober ini untuk serahan dokumen.

Keberadaan pasukan FRU untuk “mengawal keadaan” mungkin pihak PDRM berpandukan pada pengalaman yang lalu-lalu, semasa PMX menjadi pembangkang, bahawa setiap penahanan seumpama ini, akan berlaku ketegangan, sedangkan keadaan amat berbeza, seperti kata peribahasa lain padang lain belalang.

Sanusi yang mempunyai penyokong termasuk simpatisan selain mendokong RUKUN NEGARA, akan tetapi juga dipandu pegangan agama yang kental, yang mengutamakan integriti moral yang tinggi, sehinggakan tidak akan tergamak menimbulkan huruhara atau kekacauan.

Penahanan dan dituduh di mahkamah ke atas Sanusi, walaupun cuba dinafikan oleh pihak kerajaan bukan bermotifkan politik, akan tetapi “efektifya” pihak yang terlibat menanganginya, kerana dalam tempoh seminggu, semua urusan perundangan selesai.

Isu Sanusi, pada hakikatnya, PERBUATAN CUAI yang disensasikan, kerana intipati tuduhan pada MB kedah itu tidak pun menimbulkan keresahan pada rakyat secara umum, akan tetapi hanya berlegar-legar pada pihak tertentu, seperti maksud peribahasa, siapa yang makan lada terasa pedas.

Jika pihak lawan Sanusi beranggapan, apabila MB Kedah merangkap Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu DITANGKAP DAN DIDAKWA, maka memberi kesan negatif pada rakyat, lalu mereka yang berhasrat menyokong PN pada PRN 6 Negeri, tidak akan menyokong lagi, pada hakikatnya satu kesilapan, kerana keadaan bertukar sebaliknya.

Mungkin bukan semua rakyat ingat, sebelum ini, berkaitan agenda REFORMASI, menentang undang-undang lapok warisan penjajah, menentang menghalang kebebasan bersuara, menentang penggunaan aparatur negara menekan lawan, akan tetapi apabila ada kuasa, maka keseronokan dirasakan, maka mula mengerti, sebab pihak yang ada kuasa dahulu menggunakan berbagai tindakan, menangkap/memenjarakan, termasuk penggunaan Akta ISA atau akta-akta lain JANJI KUASA DAPAT KEKAL.

Sepatutnya perlu ambil iktibar, betapa dahsyatnya pun menekan lawan, apabila rakyat bertindak, semua tekanan lunglai di peti undi.

Apa yang perlu dilakukan pemimpin yang telah seronok dengan kuasa dan kedudukan, ingat apa anda rasa semasa belum mendapat status itu.

Apa yang dirasakan itu, kini dirasai pihak yang melawan, dan jika yang dirasai pihak yang melawan itu juga dirasai rakyat, maka bersedia lah berhadapan dengan suara senyap yang bakal diterjemahkan menerusi peti undi.

No comments:

Blog Archive