MANDAT lebih besar bagi parti politik adalah kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri (DUN), kerana menerusi kekuatan itu, mencerminkan kepercayaan rakyat pada parti yang membentuk kerajaan.
Kuasa 2/3 bukan sahaja menjamin kestabilan politik, akan tetapi memberi keyakinan pada pihak luar terutama pelabur, datang melabur kerana kestabilan politik juga mencerminkan kekukuhan kerajaan.
Kerajaan Sabah yang diterajui GRS, walaupun kini mempunyai sokongan lebih 2/3, akan tetapi, bukan hasil daripada pilihan raya melainkan penjajaran politik selepas pilihan raya.
Para pemimpin GRS yang menerajui kerajaan sejak September 2020, telah melakar berbagai pencapaian untuk rakyat dan negeri, termasuk pencapaian tuntutan hak negeri menerusi MA63.
Pencapaian sesebuah kerajaan bukan sahaja dilihat pada kerancakan ekonomi juga dilihat daripada segi kutipan hasil, rezab kewangan dan jumlah pelaburan asing.
Kerajaan GRS yang mengambil alih daripada kerajaan lalu dengan pertumbuhan ekonomi negeri yang negatif, secara pasti dapat memulihkan pertumbuhan ekonomi, kepada positif. Manakala kutipan hasil, meningkat dengan ketara, apabila pada tahun lalu hampir RM7 bilion, berbanding tahun sebelumnya RM5.5bilion. Peningkatan RM2.5bilion (45.45%) adalah peningkatan yang amat membanggakan.
Jika lah trend peningkatan sedemikian berterusan, maka pada tahun 2025, sesuai dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kutipan hasil negeri mencecah RM21 bilion.
Ada lah lazim bagi sesebuah perekonomian, perbelanjaan termasuk untuk pembangunan, sekurang-kurang 95% daripada jumlah hasil kutipan. Tidak dapat dibayangkan bagai mana spill over kemajuan pada rakyat dan negeri jika benar-benarnya kutipan hasil adalah RM21 bilion, dan bajet tahun juga hampir sama banyaknya.
Oleh kerana perekonomian negeri berada pada landasan betul yang disokong oleh strategi dan perancangan betul, maka tidak mustahil menjelang tahun 2025, kutipan hasil negeri meningkat sesuai dengan trend peningkatan semasa.
Ada lah merugikan rakyat jika kerajaan yang dipimpin oleh para pimimpin yang boleh membawa kejayaan dan kemajuan tidak diberi mandat yang kuat.
Pada PRN17 akan datang, bagi penulis, tiada keraguan bagi rakyat memberi mandat yang kuat pada parti GRS, untuk menjamin kemajuan dan pembangunan rakyat dan negeri berterusan.
No comments:
Post a Comment