Untuk menutupi episod itu, pemimpin parti itu membuat berbagai dakwaan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah kepemimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Cubaan sesetengah pemimpin parti itu mengelirukan rakyat berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), terutama mengenai Bayaran 40% hasil bersih Persekutuan daripada Sabah adalah usaha para pemimpin parti itu untuk menutup kegagalan.
Kebimbangan pemimpin parti itu,bahawa parti yang mereka sudah menjadi parti matahari terbenam, menunggu terkubur.
Jika berpandukan pada latar belakang politik Sabah, sesebuah parti dalam keadaan parti matahari terbenam sukar untuk bangkit.
Mungkin kerana menyadari bahawa parti menuju dinoktahkan, maka untuk kekal relevan, menggunakan naratif mempersoal tindakan kerajaan off the day, melalui putar belit, dengan harapan ada rakyat yang keliru lalu menyokong mereka.
Para pemimpin Parti Warisan, sukar untuk menafi, kegagalan mereka semasa menjadi kerajaan. Data tidak pernah berbohong. Pengalaman rakyat yang merasakan tidak mudah dilupakan.
Menujunamnya pertumbuhan ekonomi negeri era kerajaan Warisan telah memberi kesan yang panjang pada rakyat Sabah.
Bukan mudah mencipta pertumbuhan ekonomi negeri yang positif, kerana kerajaan lalu memerlukan masa panjang, akan tetapi, hanya dalam 26 bulan, ekonomi negeri yang telah dibina berdekad musnah.
Sebelum kemusnahan perekonomian negeri menjadi lebih teruk, maka ucapan tahniah pada tindakan berani 31 ADUN menarik sokongan terhadap Kerajaan yang dipimpin Shafie pada Julai 2020, menjadi pemudah cara menyelamatkan perekonomian negeri, dengan membuka ruang Kerajaan GRS mengambil alih kerajaan.
Pertumbuhan ekonomi NEGATIF 9.2% yang diwarisi pada tahun 2020, berjaya dipulihkan pada tahun 2021 dengan pertumbuhan 1.1%, kemudiannya meningkat lagi pada 3.7% pada tahun lalu, dan dijangka untuk tahun ini pada kadar 5%.
Sebagai perbandingan, pertumbuhan ekonomi Sabah pada tahun 2017 adalah 8.1%, menjunam bermula tahun 2018, era kerajaan Parti Warisan.
No comments:
Post a Comment