Wednesday, July 26, 2023

BAYARAN 40% HASIL BERSIH PADA SABAH

PENULIS terbaca laporan yang memetik Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah- Datuk Jeffery Kitingan, bahawa bayaran 40% hasil bersih Persekutuan daripada Sabah akan diselesaikan dalam tempoh 12 bulan.

Data sokongan berkaitan bayaran tersebut sedang dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan/Lembaga Hasil Dalam Negeri yang dipandu menerusi Artikel 112D, 112C dan 112C(6) serta Para 24 Laporan IGC.

Apabila amaun yang diderive daripada pengiraan itu dicapai, maka amaun dijangka jauh lebih besar berbanding bayaran interim yang diterima secara sementara oleh negeri.

Tututan Bayaran 40% hasil bersih Persekutuan daripada Sabah berulangkali disebutkan oleh Ketua Menteri Sabah, termasuk dalam Sidang Dewan Undangan Negeri.

Pun demikian masig ada pihak di Sabah terutama pemimpin Parti Warisan Sabah, mendakwa, apabila Sabah bersetuju dengan bayaran interim, maka bermakna telah melupakan BAYARAN 40%, sedangkan dengan jelas, persetujuan antara kerajaan negeri era kerajaan GRS, bahawa amaun bayaran interim itu merupakan “stopgap” berkaitan amaun yang bakal diperolehi Sabah.

Rakyat Sabah dikira bernasib baik dalam era Kerajaan Perpaduan ini, khususnya berkaitan TUNTUTAN berkaitan MA63, kerana Perdana Menteri memberi komitmen yang jelas, malah telah memberi kepercayaan pada salah seorang Timbalan Perdana Menteri untuk menyelesaikannya, once for all.

Jika lah pada Tahun 1974, Timbalan Perdana Menteri yang ditugaskan untuk menyemak berkaitan geran dan atau bayaran 40% bagi Sabah dan Sarawak tidak kembali ke rahmatullah, sudah tentu, rakyat Sabah dan Sarawak tidak perlu menunggu lebih setengah abad mendapatkan hak-hak yang termaktub dalam MA63.

Antara 1974-2018, tiada mana-mana Perdana Menteri negara ini komited berkaitan MA63, malah mana-mana pemimpin Sabah bercakap berkaitannya dianggap “anti Malaysia”. Namun selepas pasca PRU14, apabila berlakunya perubahan politik negara, maka disedari, antara isu yang menjadi duri dalam daging, bagi Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia adalah MA63, manakala di Semenanjung kembali pada “ketuanan Melayu”.

Kerana kesan PRU-14, tersangat jelas perbezaan perjuangan antara 3 Wilayah, atas sebab itu, menerusi PRN 6 negeri, walaupun para pemimpin Sabah dan Sarawak yang berada dalam Kerajaan Perpaduan akan turut sama membantu calon-calon PH/BN, akan tetapi hanya fokus pada portfolio masing-masing, dengan pendekatan, betapa mempunyai kelebihan, jika pentadbiraan kerajaan negeri sehaluan/selari dengan Persekutuan.

Kesan PRU14, ada lah masa-masa yang digunakan oleh para pemimpin Sabah dan Sarawak untuk memastikan, apa-apa butiran dalam MA63 dapat direaliasaikan “no stone untrurn” atau dalam bahasa kasarnya “tanpa kompromise”.

Mana-mana pihak yang meragui komitmen pemimpin kerajaan GRS Sabah berkaitan MA63, termasuk bayaran 40%, boleh disifatkan sebagai agenda politik kosong, cuba mengelirukan rakyat untuk mendapat sokongan.

Mungkin sesetengah pemimpin baharu/muda Parti Warisan tidak mengetahui sesetengah pemimpin GRS, adalah pejuang MA63, sehingga ada di antara mereka ditahan tanpa bicara menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan era Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri.

Kepada rakyat Sabah, yakin lah menerusi kerajaan GRS, apa-apa hak Sabah dan rakyat akan terus diperjuangkan, bukan sahaja diperjuangkan akan tetapi direalisasikan.

Bagi penulis, yang lama memperhatikan, gerak kerja kerajaan negeri seawal tahun 80-an, gerak kerja para pemimpin kerajaan GRS cukup pantas, sehinggakan pihak pelaksana, iaitu agensi-agensi kerajaan, penjawat awam, tidak dapat mengimbangi kelajuan, seperti mana dilihat pada proress pembinaan rumah Rakyat Model Sabah sebanyak 1500 unit untuk 73 DUN, begitu lambat sekali, sehingga timbul dakawaan, bahawa ada sabotaj pada kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

No comments:

Blog Archive