ANTARA isu parti berseteru yang bergabung selepas pilihan raya adalah Pemindahan undi secara penuh (full vote transferability) yang berpandukan pada “baseline” undi masing-masing parti.
Pemindahan Undi Secara Penuh berlaku, apabila pengundi masing-masing parti 100% mengundi calon yang mewakili parti yang bergabung itu, misalnya pengundi PH mengundi calon BN 100% begitu juga sebaliknya.
Apa kah dengan bergabungnya dua parti pernah berseteru, maka undi masing-masing juga turut bergabung? Senario ini lah yang bakal diuji menerusi PRN 6 negeri pada 12 Ogos ini.
Jika berlaku pemindahan undi secara penuh, maka PH/BN tiada masalah mempertahankan Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, akan tetapi berhadapan masalah di 3 negeri yang dikuasai PN, kecuali berlaku perpindahan undi PN kepada dua parti yang bergabung itu.
Dalam senario sekarang, tidak terlihat faktor yang boleh mendorong pengundi yang menyokong PN untuk berpindah, kerana tidak terdapatnya “feel good factor”, selain isu-isu yang masih melanda rakyat seperti kos sara hidup.
Ada yang mengatakan, menerusi pengabungan antara PH dan BN, maka pengundi masing-masing ada yang protes. Jika ini berlaku, selain tidak berlakunya pemindahan undi, malah kedua-dua pihak kehilangan undi.
Apapun andaian, akan dilihat nanti, apa kah keputusan PRN pada 6 negeri, apa kah benar berlaku pemindahan undi secara penuh atau sebaliknya, atau berlakunya protes pada parti yang bergabung atau mungkin juga pengundi PN berpindah, walaupun tiadanya “feel good factor” kerana terdorong, bahawa lebih baik kerajaan negeri sehaluan dengan kerajaan Persekutuan, untuk memudahkan membela rakyat.
PH/BN memerlukan undi yang berpindah sokongan daripada PN ke dua blok parti itu di 3 negeri, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala di 3 negeri lain, memadai, penggundi PH/BN tidak berubah, kerana jumlahnya sudah mencukupi untuk memastikan 3 negeri itu dipertahankan.
Jika benar trend yang digambarkan Perdana Menteri, bahawa ada peluang besar bagi PH/BN merampas dua negeri, daripada PN, walaupun tidak menyebut negeri-negeri yang mana, tetapi dapat dijangka, negeri-negeri itu adalah Kedah dan Terengganu. Sebabnya, dua negeri ini adalah “swing states” seperti mana rekod yang lalu-lalu.
Kita mendengar daripada dua belah pihak, masing-masing dengan telaahan masing-masing, di pihak PN akan menang 5 negeri, demikian juga di pihak PH/BN akan menang 5 negeri. Telaahan mana yang tepat, hanya akan diketahui pada malam 12 Ogos.
No comments:
Post a Comment