Sunday, June 25, 2023

SESB: APA YANG KITA TIDAK TAHU

JANGAN nanti, selepas Sabah Elektrik Sdn Bhd (SESB) diambil alih kerajaan negeri, maka membebankan kewangan negeri.

Menurut maklumat yang penulis baca, SESB yang mempunyai 3000 kakitangan sangat bergantung subsidi kewangan ratusan juta ringgit setiap tahun untuk meneruskan operasi. Tanpa subsidi, syarikat itu tidak boleh meneruskan perkhidmatan.

Selain kerugian yang dihadapi setiap tahun yang mencecah ratusan juta, juga terhad sumber untuk kutipan hasil.

Syarikat utitli agar sustain perlu mempunyai sumber hasil untuk mengimbangi perkhidmatan sebagai penyedia tenaga pada kediaman penduduk.

Memandangkan hasil syarikat itu 82% bergantung pada rumah-rumah kediaman, bukan sahaja mengalami kesukaran mendapatkan keuntungan, malah tidak mampu menutup kos operasi.

Pandangan penulis, sebelum kerajaan negeri mengambil alih sepenuhnya syarikat tersebut, maka perlu memastikan pelan tindakan strategik, agar nanti tidak mengendong biawak hidup.

Pada 3 Januari tahun depan diadakan Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri untuk meluluskan pengambilalihan kawal selia perkhidmatan tenaga yang disediakan SESB.

Kawal selia tenaga di Sabah, ada hubungan dengan kekerapan black-out. Oleh kerana kerajaan negeri bergantung taklimat daripada SESB, kerana kerajaan negeri tiada autoriti kawal selia, memerangkap kerajaan untuk memberi penjelasan pada rakyat. Apabila kawal selia tenga ditangan kerajaan negeri, maka mudah bagi kerajaan memberi penerangan/penjelasan pada rakyat.

Sebagai catitan sejak Lembaga Letrik Sabah (LLS) diambil alih Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada tahun 1994, menerusi SESB, Pengerusi, CEO atau pembuat keputusan tertinggi syarikat tidak pernah diberikan pada rakyat Sabah. Hanya pada 16 Jun 2023, MP Tuaran- Datuk Madius Tangau, rakyat pertama Sabah dilantik sebagai Pengerusi syarikat tersebut.

No comments:

Blog Archive