Saturday, May 06, 2023

TUMBANGKAN KERAJAAN: HANYA MENERUSI UNDI TIDAK PERCAYA DI PARLIMEN

ISTANA negara memberi isyarat, mana-mana parti mengaku mempunyai majoriti menerusi SURAT AKAUN BERSUMPAH tidak akan dilayan, sebaliknya, sokongan majoriti perlu dilakukan di parlimen menerusi undi tidak undi percaya.

Jika berlaku undi tidak percaya, maka Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan atau memberi nasihat pada YDP Agong membubarkan parlimen untuk pilihan raya.

Memandangkan Undang-Undang Anti Lompat sudah berkuat kuasa, maka sukar bagi mana-mana ahli parlimen secara individu menukar sokongan, kerana terpaksa mengosongkan kerusi, ertinya sokongan tersebut pada mana-mana pihak tidak boleh diambil kira dalam penentuan majoriti mudah.

Dengan keterkaitan dengan Undang-Undang Anti Lompat, mana-mana ahli parlimen yang bertindak menukar sokongan perlu memastikan sokongan mereka benar-benar menyebabkan kerajaan hilangan sokongan majoriti, jika tidak, tindakan mereka itu, hanya membawa kepada pilihan raya kecil (PRK) tidak menyebabkan kerajaan tumbang atau Perdana Menteri meletakkan jawatan atau parlimen dibubar.

Memandangkan undang-undang anti lompat sudah berkuat kuasa, dan komitmen GPS dan GRS pada Kerajaan Perpaduan, usaha apapun menumbangkan kerajaan sebelum penggal tamat dilihat hanya propaganda politik atau menganggu pentadbiraan.

Di negara ini, tindakan pemimpin pembangkang mengganggu pentadbiran/pemerintahan terus dilakukan sehinggalah tiba musim pilihan raya. Selepas PRU, mana-mana parti menjadi pembangkang, tradisi yang sama dilakukan, dan begitu lah sampai bila-bila.

Kerajaan yang memerintah perlu maklum, bahawa tindakan mengganggu kerajaan seperti mana dilakukan semasa menjadi pembangkang, sudah menjadi asam garam politik negara ini. Atas sebab itu, dalam penggal pemerintahan utamakan sahaja langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memajukan rakyat dan negara.

Selepas sepenggal dan kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat, maka terpulang kepada rakyat sebagai penentu, parti mana diberikan mandat untuk memerintah.

No comments:

Blog Archive