MENERUSI Konvensyen parti-parti penyokong kerajaan perpaduan hari ini di Kuala Lumpur, nampaknya toleransi antara parti-parti mula terwujud, apabila masing-masing mengakui kesilapan/kelemahan masing-masing, saling memohon maaf, saling merungkai punca permusuhan/perbalahan, dan menoktahkannya untuk melakar kerjasama baharu, berasaskan kesetiakawanan.
Ucapan Presiden Umno/Pengerusi BN yang mengisyaratkan, “jika” BN kekal menyokong, maka kerajaan Perpaduan, bukan setakat sehingga tamat penggal, akan tetapi “beyond” PRU-16.
Hakikat, tiada isu yang boleh memisahkan hubungan 19 parti yang menyokong kerajaan perpaduan, asalkan semangat toleransi, saling bertolak ansur, saling hormat menghormati, dipupuk, kerana matlamat setiap parti ada lah untuk rakyat dan negara.
Jika semua parti memahami kepentingan/keutamaan adalah untuk rakyat dan negara, maka setiap gerak kerja diseragamkan, untuk mempersempit jurang perbezaan, maka kaedah demikian menjadi pengikat untuk bersama sebagai satu pasukan dan kekuatan.
Politik negara tidak perlu kembali lagi ke era lalu. Politik negara perlu move on selari dengan perkembangan masa dan pemikiran rakyat.
Apa yang mustahak adalah kerajaan yang memerintah perlu adil pada semua, rentas wilayah, rentas negeri, agar kesilapan masa lalu, sehingga adanya jurang kemajuan antara wilayah, antara negeri, antara rakyat.
Tepat sekali saranan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS)- Datuk Seri Hajiji Haji Noor menerusi ucapan pada konvensyen perdana Kerajaan Perpaduan hari ini, bahawa GRS komited menyokong kerajaan Persekutuan kerana mengangkat agenda rakyat, iaitu rakyat berkemajuan, khususnya menoktahkan kemiskinan.
Rakyat Sabah dibelengu kemiskinan berdekad lamanya, kerana dasar kerajaan yang timpang di masa lalu. Kerana ketimpangan itu, rakyat Sabah masih bergelumang dengan kemunduran ekonomi dan infrastrukutur termasuk kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya.
No comments:
Post a Comment