Tuesday, April 04, 2023

PILIH TERBAIK ATAU LEBIH BAIK?

MANA anda pilih terbaik atau lebih baik? Biasanya orang bersemangat bertanding dan berprestasi tinggi akan memilih yang terbaik.

Ada prestasi dan prestise. Mengalahkan orang lain. Apalagi di era persaingan seperti sekarang ini di mana manusia saling berlomba menjadi juara.

Sebelum bertanding dengan orang lain setiap orang bertanding dengan dirinya sendiri. Tentu bukan bukan menjadi yang terbaik tetapi menjadi lebih baik.

Seiring dengan perjalanan masa kualiti dirinya semakin baik. Kemenangan yang diraih jika ada kemajuan antara kualiti dirinya pada masa sekarang lebih baik dibanding kelmarin.

Pepatah bijak mengatakan-siapa yang hari ini lebih baik dari kelmarin maka itulah orang yang beruntung.

Ada beberapa aspek yang perlu dicermati dalam diri kita masing-masing iaitu- Spiritual, Emosionl, Teknikal, Intelektual dan Aspirasional (SETIA).

Spiritual terkait kualiti hubungan dengan Sang Pencipta. Bagi umat islam iaitu kuantiti dan kualiti ibadah khusus seperti sembayang, membaca Al-Qur’an, puasa dan lain sebagainya.

Emosional iaitu kualiti hubungan dengan sesama manusia seperti keramahan, kesabaran, kebijaksanaan, kerendahhatian dan toleransi.

Teknikal terkait dengan tingkat kemampuan dan keteramilan dalam mengerjakan tugas. Peringaktnya iaitu pemula, mahir dan pakar.

Intelektual iaitu wawasan umum dan keilmuan khusus dalam profesi atau pekerjaan terkait masa lalu atau sekarang. Lebih jauh lagi apakah mencintai mengembangkan dan memproduksi ilmu.

Terakhir iaitu Aspirational. Ini terkait dengan visi, harapan atau impian.

Visi yang berkembang terus bercita-cita meraih sesuatu yang membuatnya lebih baik dan bermanfaat.

Agar aspek SETIA itu dapat berkembang maka hindarilah rasa cepat puas dan merasa hebat.

Tumbuhkan/pupuklah sikap “hebat merasa” sehingga dapat merasakan apa yang masih kurang dalam diri yang perlu segera diperbaiki.

Kerap-keraplah introspeksi diri dan benchmarking kepada mereka yang lebih baik. Jangan jadi katak di bawah tempurung.

Jika telah menemukan area pengembangan diri maka bersungguh-sungguhlah belajar dan berlatih. Hadapi, hayati dan nikmati prosesnya dengan penuh kesabaran dan kesyukuran.

Secara berkala perikasa kemajuan, analisis masalah dan cari solusi terbaik. Jika salah segera perbaiki. Jika gagal segera ulangi sampai berhasil menjadi lebih baik.

Orang sukses pasti menghadapi kesukaran, masalah dan rintangan. Jatuh bangun dalam kehidupan menjadi menu sehari-hari.

Mereka tidak menyerah tetapi terus berlatih sampai berhasil meraih prestasi.

Penyelidikan pada orang-orang berjaya dalam sukan, keterampilan dan keilmuan tertentu ditemukan bahawa mereka berlatih minumum 10,000 jam baru mencapai level sebagai ahli sukan.

Akhirnya jika proses menjadi lebih baik terus dilakukan pada seluruh aspek kemanusiaan kita maka Insya Allah kita akan tumbuh menjadi manusia yang terbaik dunia dan akhirat.

Manusia yang semakin bertakwa dan bermanfaat sesuai sabda Rasulullah Muhammad SAW- Yang terbaik di antara kamu iaitu yang paling banyak bermanafaat untuk orang lain.

Moral of the story- dalam proses menjadi yang terbaik, jangan berlaku, penyisian orang lain, jadikan proses menjadi terbaik kerana mahu menjadi lebih baik kerana NIAT untuk Allah SWT.

Nota: Takzirah untuk diri sendiri sempena Bulan Ramadan..

No comments:

Blog Archive